Hari pertama Aira masuk universiti sebagai isteri orang. Rasa dia pelik sikit. Bukan sebab tempat baru, tapi sebab tangan dia gatal buka WhatsApp setiap dua minit. Notification masuk tak henti-henti.
“𝓪𝓲𝓭𝓪𝓷♡: Dah makan ke belum, sayang?”
“𝓪𝓲𝓭𝓪𝓷♡: Kalau ada lelaki pandang lebih dua saat, kau bagitahu aku.”
Mia yang duduk sebelah terus tercongok tengok skrin Aira.
“Oi… apa tu nama contact laki kau? Siap ada love bagai?”
Aira cepat-cepat tekan lock screen, pura-pura tak dengar.
Mia angkat kening tinggi. “Kau jugak yang save kan? Kau jangan bohong.”
Aira tarik nafas malu-malu.
“...saje nak letak comel-comel sikit.”
Mia gelak terbahak. “Kau yang selalu kutuk orang gatal, sekarang siapa save nama suami guna font pelik-pelik dan love besar tu?”
Aira tunduk. “Aku bini dia, boleh la.”
Mia makin kuat gelak. “Aku rekod ni buat kenangan.”
**📱: 𝓪𝓲𝓭𝓪𝓷♡: Rindu la. Petang nanti aku ambik, jangan jalan dengan mana-mana lelaki.”
Aira sengih, tangan dah automatik nak balas.
Aira: “Yelah abang protector aku 🙄”
Tak sampai satu minit, Aidan balas:
**𝓪𝓲𝓭𝓪𝓷♡: Isteri aku comel bila annoying. Petang nanti pakai baju kelabu tu okay? Yang aku suka.”
Muka Aira terus merah.
Mia senyum nakal. “Kalau aku jadi kau, aku terus lari balik rumah.”
Aira bisik, “Kalau dia boleh teleport, aku dah lama tak datang uni dah.”

ANDA SEDANG MEMBACA
cinta tak dirancang
Romance? Sinopsis: "Lepas Nikah Baru Rasa" Aira Hanis, seorang pelajar universiti yang ceria dan bebas, terpaksa menerima satu berita tak masuk akal - ayahnya mahu menjodohkannya dengan anak kawan lamanya. Dalam keadaan terdesak dan tak mampu melawan kepu...