Aira dah bersiap awal pagi tu. Dia peluk beg pink coquette ribbon kesayangan dia sebelum masukkan ke dalam kereta. Tapi belum sempat dia hidupkan enjin, bunyi hon pendek buat dia toleh.
Motor besar berkilat berhenti depan pagar.
Aidan.
Dengan helmet kat tangan kiri, jaket hitam dan muka tenang macam biasa. Tapi pagi tu, dia senyum sikit. Sikit je. Tapi cukup buat Aira rasa nak tutup muka dengan beg ribbon pink tu.
Aidan: "Saya hantar awak."
Aira: "Tak payah. Aku boleh drive sendiri."
Aidan: "Kereta awak ok dah ke? Semalam kan rosak."
Aira terdiam. Hmm, dia lupa.
Aidan nampak peluang tu.
Aidan: "Saya tunggu kat sini je. Kalau awak tukar fikiran, naik je. Saya janji tak bawa laju."
Aira: "Aku…"
Dia pandang beg pink dia, tarik nafas. Perlahan-lahan dia jalan ke arah Aidan. Tapi tak pandang pun muka lelaki tu.
Aidan ambil helmet spare, pusingkan badan Aira sikit, dan pakaikan helmet tu kemas-kemas.
Aidan: "Sedia?"
Aira: "...Eeee gediknya awak ni—"
Aidan: "Comel."
Aira cubit perut Aidan perlahan sebelum naik belakang dia, peluk perlahan.
Aira: "Jangan laju."
Aidan: "Saya jaga."

ANDA SEDANG MEMBACA
cinta tak dirancang
Romance? Sinopsis: "Lepas Nikah Baru Rasa" Aira Hanis, seorang pelajar universiti yang ceria dan bebas, terpaksa menerima satu berita tak masuk akal - ayahnya mahu menjodohkannya dengan anak kawan lamanya. Dalam keadaan terdesak dan tak mampu melawan kepu...