Tepat pukul 12:45 tengah hari, Aira keluar dari bangunan kuliah sambil tengok-tengok sekeliling. Panas. Ramai orang. Tapi satu benda je dia cari—Aidan.
Tak sampai lima minit, bunyi motor yang dia dah kenal sangat kedengaran. Aidan parking elok di tepi pagar dan angkat helmet dia sikit sambil senyum penuh makna.
“Awal?” tanya Aira sambil jalan menghampiri.
Aidan angkat kening. “Untuk sayang, kena la awal.”
Aira buat muka geli. “Jangan panggil aku macam tu la. Geli.”
“Tapi aku suka,” jawab Aidan, masih tersenyum sambil bagi wink satu. “Sayang.”
Aira tarik nafas panjang, tahan malu. “Apa surprise kau tu?”
Aidan ambil beg kertas kecik dari dalam raga motor. “Tadah tangan, sayang.”
“Gila betul,” gumam Aira, tapi hulur jugak tangan.
Aidan letak beg tu atas tapak tangan Aira dengan gaya manja, macam bagi hadiah hari jadi.
“Buka la.”
Aira buka perlahan-lahan. Dalam beg tu ada satu bekas makanan bento comel, ada nasi berbentuk hati, ayam goreng madu, dan potongan buah. Tapi yang paling mencuri perhatian, ada nota kecil yang dilukis tangan—lakar wajah Aira tengah tidur dengan tulisan “Ratu Tidur Saya ♡”
Aira terkedu, pandang Aidan macam nak cubit.
“Kau yang buat semua ni?”
Aidan angguk. “Bibik tolong sikit, tapi aku yang bagi idea. Untuk sayang la. Siapa lagi?”
Aira tunduk, tak boleh nak sembunyi senyum. “Aidan...”
“Kenapa, sayang?”
Aira geleng kepala. “Comel sangat la kau ni.”
“Memang. Dari dulu lagi.” Aidan kenyit mata.
“Rating surprise ni dari 1 sampai 10?” tanya Aidan sambil bersandar kat motor.
“9.5,” jawab Aira, sengaja tak nak bagi penuh.
“Kenapa tolak setengah?”
“Tak ada dessert.”
Aidan mendekat sikit, bisik kat telinga Aira, “Kalau sayang nak, aku boleh jadi dessert.”
Aira terus ketuk bahu Aidan dengan beg bento tu. “Cukup-cukup la!”
Tapi dia tak berhenti senyum sepanjang lunch tu.

ANDA SEDANG MEMBACA
cinta tak dirancang
Romance? Sinopsis: "Lepas Nikah Baru Rasa" Aira Hanis, seorang pelajar universiti yang ceria dan bebas, terpaksa menerima satu berita tak masuk akal - ayahnya mahu menjodohkannya dengan anak kawan lamanya. Dalam keadaan terdesak dan tak mampu melawan kepu...