抖阴社区

Part 5

7.1K 591 47
                                    

"PAPA, tolong jangan main-main dengan Yoora please?"

"Papa serius, Yoora. Papa nak kamu kahwin dengan Jimin"

Yoora menggeleng tidak percaya. Terus gadis itu bangun dari sofa seraya memandang Jimin. Tiba-ii disuruh kahwin? Dengan lelaki yang tak pernah dia kenal pulak tu. Oh, tak mungkin!

"Tak. Papa tipu. Papa mesti saja nak bergurau dengan Yoora kan?"

"Yoora..dengar dulu apa papa nak cakap ni. Papa.."

"Kenapa Papa buat Yoora macam ni? Kenapa tak bincang dengan Yoora dulu?"

Jimin cuma diam memerhati. Malas nak masuk campur. Nanti bila dia turut buka mulut, dikatakan penyibuk pulak

"Sayang..papa buat semua ni untuk kebaikan kamu jugak. Yoora janganlah macam ni.." pujuk Puan Jung

"Mama. Yoora baru 19 tahun, okay. Yoora belum bersedia nak kahwin lagi"

"Papa tetap dengan keputusan papa. Nak tak nak, kamu kena kahwin. Jimin baru 22 tahun. Bukannya papa kahwinkan kamu dengan orang tua pon"

Yoora tunduk. Rasa marah dan kecewa bila dipaksa berkahwin dengan orang yang tidak pernah dicintainya. Kenapa papa begitu kejam dengannya?

"Ni semua salah you!". jerkah Yoora dengan linangan air mata. Jari ditunding ke arah Jimin. "Kalau you tak pernah muncul depan papa, papa takkan suruh I kahwin dengan orang macam you ni!"

"Yoora, jangan salahkan Jimin. Dia tak salah. Papa sendiri yang minta dia kahwin dengan kamu"

"Pftt! papa percaya ke dengan orang macam dia ni? Entah-ii ada sebab lain kenapa dia bersetuju nak kahwin dengan Yoora" sinis Yoora

Jimin menggenggam kedua dua tangannya. Hanya mampu bersabar dengan sikap gadis itu. Nasib baik mama dan papanya ada kat sini. Ikutkan nak je dia tengking balik lepas tu gigit gadis itu sampai mati

"Kalau kamu tak nak kahwin, takpe. Papa tak kisah. Tapi lepas ni, jangan harapkan duit papa lagi. Papa takkan bagi sesen pon duit papa pada kamu. Semua akaun kad kredit kamu, papa akan bekukan"

"Papa.." Yoora kesat air mata dengan tangan. Kemudian, dia memandang ibunya pula. Berharap agar ibunya dapat menghalang perkahwinan ni. "Mama..tolong pujuk papa please. Yoora tak nak kahwin."

"Mama mintak maaf, sayang. Mama tak boleh buat apa-ii" jawab Puan Jung

"Papa bagi kamu dua pilihan. Kahwin, atau papa akan buat seperti apa yang papa cakapkan tadi"

Yoora hentak kaki. Geram. Sakit hati. Nak lari rumah, semua ada. Ah! Kenapalah semua ni berlaku?

"Yoora benci papa!". Yoora berlari meninggalkan ruang itu dan terus naik ke bilik semula

"Encik, saya tak kisah kalau Yoora tak suka. Kita tak boleh nak paksa. Saya dah tahu yang dia takkan terima orang macam saya ni"

"Tak. Saya tetap akan kahwinkan kamu berdua. Kamu jangan risau. Pandai pandailah saya pujuk dia nanti"

***

"PAPA nak bawak Yoora pergi mana ni?" tanya Yoora dingin sambil berjalan ke arah papanya yang sedang duduk bersantai di tepi kolam renang itu

Encik Jung melakar senyuman manis. Kaca matanya dibetulkan sedikit sebaik sahaja melihat anaknya di depan. "Tak pergi mana-ii"

Yoora kerut dahi. "Tadi papa yang suruh Yoora bersiap kan?"

"Memanglah. Tapi bukan papa yang akan bawak kamu keluar"

[ Edit ] Mine + JiminTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang