"YOU pergi mana? Tinggalkan I seorang-ii kat sini"
"Aku ke toilet sekejap tadi. Asal? Kau takut aku tinggalkan kau?" jawab Jimin. Kening sebelahnya dijongket sambil malakar senyuman sinis
"Asal kau tenung aku macam tu? Handsome sangat ke aku ni?" gurau Jimin. Dari tadi dia lihat Yoora asyik tenung dia dengan pandangan tajamnya itu. Marah ke?
"Hey. Jangan nak perasan boleh tak? Atuk I, 10 kali ganda lebih handsome daripada you tau?"
Jimin berdecit. Alahai Yoora. Atuk kau jugak yang kau bandingkan dengan aku
"Tak hensem sekalipon, aku ni bakal suami kau jugak"
"Sorry, I takkan kahwin dengan orang macam you. Lepas ni, you tak payah datang jumpa I lagi"
Jimin diam. Tenung muka Yoora lama-ii. Dan tak lama lepas tu, dia tersenyum manis pula. Raut wajahnya cukup tenang ketika dia memandang gadis itu
"Nak atau tak, kau tetap kena kahwin dengan aku juga. Ini permintaan papa kau. Aku ni, cuma nak tolong papa kau je"
"Ouh. yeke?" Yoora ketawa sinis. "You dengar sini eh, even I terpaksa kahwin dengan you pon, I tetap dengan hidup I, Jimin. I takkan berubah"
Jimin cuma mendiamkan diri. Susah betul nak lembutkan hati si Yoora ni. Hati sekeras batu. Aish. Patut ke dia teruskan semua ni?
***
DENGAN perlahan Yoora turun daripada motosikal sebaik sahaja mereka sampai ke rumah. Bajunya dibetulkan sedikit. Tanpa menghiraukan Jimin, dia terus berjalan menuju ke pintu rumah
"Ehem! Pergi macam tu je ke?"
Yoora berpaling ke belakang semula. Kelihatan Jimin sedang memandangnya ke arahnya sambil silang tangan ke dada
"Habis tu you nak apa? Duit? Kalau you nak I boleh bagilah" Yoora terus buka zip beg. Tangan sibuk mencari sesuatu dalam beg tangannya itu
Jimin yang melihatnya mula turun dari motosikal. Perlahan langkah diatur menuju ke arah Yoora lalu tangan gadis itu direntapnya perlahan. "Aku tak nak duit kau. Kau ingat aku ni mata duitan sangat ke? Cukuplah hanya ucapan terima kasih. Aku tak minta apa-apa pon"
Yoora tergamam. Terkebil kebil dia memandang lelaki itu. Pelik. Biasa kalau dia tawarkan duit pada sesiapa, takde seorang pon yang menolak.
"Okay." Yoora cepat-ii menarik tangannya dari Jimin. "Walaupun I tak suka tapi..thanks untuk hari ni" Yoora menjeling Jimin bersama senyuman senget. Tanpa menghiraukan Jimin, dia terus meninggalkan lelaki itu
Jimin merengus perlahan. Sentap pula dia dengan perangai dingin Yoora tadi. Kenapalah susah sangat nak lembutkan hati gadis itu? Agaknya bila dah kahwin nanti macam manalah ek? Boleh ke dia didik isterinya nanti?
Baru sahaja Jimin nak melangkah pergi, kedengaran suara Encik Jung memanggilnya dari arah belakang. "Kamu dah balik rupanya. Mana Yoora?"
"Dia baru je masuk tadi, encik"
Encik Jung mengangguk. Tangannya kemudian mendarat di atas bahu Jimin. "Tak payahlah berencik encik dengan saya lagi lepas ni. Panggil je papa. Tak lama lagi kan kamu akan berkahwin dengan anak saya"

ANDA SEDANG MEMBACA
[ Edit ] Mine + Jimin
Fanfiction[ Sedang diedit ] Dia.. Yoora. Seorang gadis liar berumur 19 tahun yang dipaksa berkahwin dengan lelaki bernama Park Jimin. Malangnya selepas kahwin, tak semua yang dia bayangkan menjadi kenyataan. Segala harta kemewahan miliknya ditarik semula ole...