抖阴社区

Part 13

6.4K 599 33
                                    

SEBAIK sahaja menanggalkan kasut, Jimin terus menolak pintu kayu rumahnya. Kunci motor kemudian disangkut di tepi pintu. Jimin menggeliat kecil sambil menguap. Niat untuk ke dapur terus mati apabila melihat Yoora sedang nyenyak tidur atas sofa

Bibir mula tersenyum. Perlahan lahan dia mendekati Yoora lalu tubuh isterinya itu diangkat untuk dibawa masuk ke dalam bilik tidurnya

"Jimin?" panggil Yoora sambil menggosok matanya

Jimin memandang isterinya bersama senyuman. Baru sahaja dia nak membuka mulut, Yoora terlebih dahulu memukul dadanya

"You nak bawak I pergi mana ni? Turunkan I sekarang" pinta Yoora sebaik sahaja menyedari situasi mereka. Kaki dah meronta ronta untuk diturunkan

"Bawak kau masuk bilik lah. Sakit badan tidur kat sofa tu nanti"

"No! Turunkan I! Turunkan I sekarang!"

"Kau jangan degil boleh tak?"

"Jimin!"

Jimin merengus perlahan. Satu keluhan kecil dilepaskan apabila Yoora masih tak henti-ii memukul bahunya. Aishh. Ingat tak sakit ke? Kalau dia jenis yang tak boleh sabar sekarang ni, dah lama dia humban perempuan ni atas lantai

"Fine!" Jimin mula turunkan Yoora di atas sofa semula. Mata sempat menjeling isterinya sebelum dia melangkah ke arah bilik. "Tidurlah kat sofa tu sorang-ii. Kalau ada apa-ii nanti, jangan panggil aku"

"Tsk! Ingat I takut?" Yoora jelir lidah

Bila dengar Jimin dah tutup pintu bilik, Yoora terus pejam mata rapat-ii dan sambung tidur semula.

****

TAP!

Bunyi bising yang datang dari arah tingkap buatkan Yoora terjaga dari tidur. Lantas dia merapatkan bantal kusyen ke dada. Peluk kuat-ii sambil cuba tenangkan diri. Mata pula tak lari dari memandang tingkap bersebelahan dengan ruang dapur itu

Bayangan pokok yang ditiup angin jelas kelihatan, buatkan gadis itu serta merta menekup mukanya dengan bantal kusyen. Menyesal dia tak ikut cakap Jimin tadi. Rasanya tidur dalam bilik sorang-ii lagi baik daripada tidur kat ruang tamu ni

Tap!

Tiupan angin makin kuat. Yoora lantas bangun dari pembaringan. Tangan dan kaki dah mula menggigil ketakutan lagi-ii bila dengar bunyi anjing yang dari tadi tak henti menyalak . Terus langkahnya diatur menuju ke arah bilik lalu pintu itu diketuk berkali kali

"Jimin.."

Tok..tok..tok..

"Jimin..!"

Tok..tok..

Yoora pandang sekeliling. Dah banyak kali ketuk pon Jimin masih belum bangun untuk membuka pintu. Rasanya dah naik merah dah tangan ni asyik mengetuk je dari tadi

"Jimin... hiks.. bukaklah pintu ni cepat.. I takut.." Yoora toleh ke arah tingkap semula. Bahu kirinya kemudian disandar ke dinding sambil tangannya masih lagi mengetuk pintu bilik

Tak lama kemudian, pintu kayu itu terbuka. Cepat-ii Yoora mendongak untuk memandang Jimin bersama linangan air mata. Lantas dia menapak masuk ke dalam bilik itu lalu tubuh lelaki itu dipeluk kuat

"Yoora–

"Jimin.. I takut.."

Jimin diam. Otak cuba proses apa yang sedang berlaku. Bila dah sedar, terus segar bugar matanya sekarang ni. Bibir tiba-ii tersenyum lebar. Tangannya kemudian diangkat untuk mengusap kepala isterinya. Harap-ii ini bukanlah mimpi. Hihi. Bukan senang nak dapat free hug dari Yoora. Lagi-ii waktu macam ni. Pukul 3 pagi pulak tu

[ Edit ] Mine + JiminTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang