抖阴社区

Part 9

6K 566 25
                                    

"MACAM mana? Kamu selesa tidur kat bilik tu? Papa harap kamu suka" Encik Jung toleh pandang Jimin di sebelah sambil menghirup teh

Jimin cuma mengangguk. "Lebih dari selesa, encik–maksud saya pa. Tu pon dah cukup besar bagi saya"

"Baguslah kalo kamu suka" Encik Jung tarik senyum. Dan tak lama lepas tu, dia pandang isterinya pula. "Mana Yoora? Takkan sampai sekarang tak bangun-ii lagi?"

"Entahlah. Saya pon tak tahu. Kamu makan jelah dulu, Jimin. Tak payah tunggu si Yoora tu" Puan Jung mencedok nasi goreng lalu dituang ke dalam pinggan Jimin

"Jangan malu-ii. Tambah lagi kalau kamu nak. Nanti pandai-ii lah Yoora turun makan sendiri" kata Encik Jung pula

Jimin cuma mengangguk perlahan

***

"HA, Yoora. Lambat kamu keluar bilik? Jimin dah lama tunggu kamu tadi. Kata nak breakfast sama-ii" kata Encik Jung sebaik sahaja melihat Yoora berdiri di depan pintu biliknya

"Yoora nak cakap dengan papa sikit boleh?"

Encik Jung mengangguk. Surat khabar yang dibacanya tadi dilipat semula dan diletakkan di atas meja.

"Emm..boleh tak kalau papa cancel kan aje wedding Yoora dengan Jimin? Please?" rayu gadis itu

Encik Jung melepaskan keluhan kecil. Kaca matanya ditanggalkan sebelum dia menatap wajah anak gadisnya itu.

"Kamu jangan nak mengada, Yoora. Lusa kamu dah nak kahwin. Papa dengan mama dah siapkan semua persiapan majlis kamu. Invitation card pon papa dah edarkan pada semua orang. Kamu jangan nak malukan papa dengan mama pula"

"Tapi pa..Yoora masih belum sedia lagi nak jadi isteri orang. Tolonglah pa.."

"Dah. Papa penat lah asyik cakap benda yang sama je dengan kamu. Kamu faham tak yang papa tetap dengan keputusan papa? This is my own decision. Kamu tak boleh bantah!" Terpaksa juga dia meninggikan suara.

Yoora tertunduk. Merayu melutut macam mana sekalipon, takkan mengubah apa-ii. Papa tetap dengan keputusannya.

"Sampai hati papa kan.."

"Yoora.."

"Sampai hati papa buat Yoora macam ni! Papa dah tak sayangkan Yoora" Yoora terus berlari keluar dari bilik papanya. Air mata dikesat dengan kasar. Sedang dia berlari, tubuhnya bertembung dengan Jimin yang kebetulan baru sahaja keluar dari bilik. Gadis itu terus mendongak untuk memandang lelaki itu. Bahunya kemudian, digosok perlahan

"Hey, gwenchana?" Jimin menilik seluruh tubuh Yoora. Kedua dua tangannya kemudian memegang bahu gadis itu. Risau juga kalau terjadi apa-ii pada gadis itu

"Tak payah nak tunjuk baik sangat. Tepilah! gila!"

Tangan Jimin ditepis kasar.

Lelaki itu cuma diam memerhati gadis itu. Dia kata aku gila? Hey, ikutkan bukan dia yang bersalah dalam hal ni. Perempuan tu yang jalan tak pakai mata. Kira baik apa dia yang mengalah walaupun dia tahu dia tak bersalah. Tsk!

Bunyi dentuman pintu membuatkan Jimin tersedar dari lamunan. Perlahan lahan dia melepaskan keluhan. Dengan melihat kelakuan Yoora tadi, taulah dia apa masalah gadis itu

***

"YOORA..stop crying please.." Jiyoung mencapai tisu lalu mengelap air mata Yoora sambil menggeleng. Tinggal beberapa minit je lagi ni majlis nak bermula. Ni kalau dibiarkan menangis je, sampai ke esok pon tak sudah

"Habislah make up tu nanti kalau asyik menangis je"

"Peduli apa" Yoora mencebik.

"Unnie faham perasaan kamu. Kamu menangis pun, bukannya boleh mengubah apa-ii" Jiyoung menepuk perlahan bahu Yoora lalu melabuhkan punggung di sisi gadis itu

"But I don't love him..Macam mana Yoora nak bahagia kalau Yoora langsung tak cintakan dia?"

"Yes you will, dear. Tak salah kan kalau bercinta selepas kahwin? Kata orang, bercinta selepas kahwin ni lagi bagus tau" balas Jiyoung bersama senyuman.

Yoora hanya diam membisu. Bercinta selepas kahwin? Tch! Dia takkan sesekali jatuh cinta dengan lelaki bernama PARK JIMIN tu!

"Kamu nak tau tak? Masa mula-ii unnie kenal Jimin dulu, dia tu ramai peminat tau kat sekolah. Termasuk geng-ii sengal dia tu. Semua perempuan kalau boleh nak dekat dengan dia. Tapi seorang pon dia tak pandang. Masa tu, unnie dah last year dekat sekolah. Jimin baru gred 6. Unnie tengok, memang susah diorang nak dapatkan si Jimin tu. Unnie tak pernak lagi tengok dia keluar dengan mana-ii perempuan selain kamu" Jiyoung ketawa kecil. Teringat pula masa zaman sekolah dulu.

"kamu beruntung tau dapat lelaki macam Jimin tu. Yelah. Sapa yang tak nak suami hensem..betul tak? Orang gila je yang tak nak. Kalau dulu, semua perempuan berebut nak dekat dia " sempat Jiyoung menyindir bersama senyuman sinisnya itu

Yoora cuma menjeling. Macam tuju kat dia je? Perli ke apa ni?

"Hensem macam mana sekalipon, kalau dah hati tak suka..tak guna jugak" kata Yoora perlahan sambil mengeluh.

Jiyoung cuma tersenyum kecil. Buat-ii tak dengar apa yang baru sahaja Yoora cakap tadi. Hati Yoora terlalu dingin. Panjang lebar dia bercerita, langsung tak memberi impak pada gadis itu. Takpelah. Mungkin suatu hari, Yoora akan terima juga Jimin dalam hidupnya nanti

"Takpelah, Unnie keluar dulu ye. Nanti unnie suruh Puan Jung panggil kamu bila majlis dah nak mula nanti" Kata Jiyoung lalu dia pon bangun dan melangkah keluar dari bilik itu

Tbc

[ Edit ] Mine + JiminTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang