"Yoora.. tak baik layan diorang macam tu. Diorang kan tetamu kita" ujar Jimin dengan lembut. Tangan cuba menyentuh bahu Yoora namun gadis itu cepat-ii menepis
"I peduli apa. You pon sama je!" Yoora sempat menjeling Jimin sebelum berlalu meninggalkan mereka semua
Yoongi menumbuk perlahan bahu Jimin. "Weh, kau masih boleh berlembut dengan dia lagi? Kalau akulah dapat bini macam tu, memang dah lama aku campak tepi hutan"
"Tak mainlah campak tepi hutan. Campak atas katil terus baru baekk" Hoseok tayang gigi. Sekadar bergurau
Jungkook pula cepat-ii angguk kepala tanda setuju. Laju aje bila cakap pasal ni. Jin terus luku kepala Hoseok dan Jungkook sambil menggeleng tapi mereka cuma tayang sengih
***
"KAMU jagalah dia baik-ii kat sana nanti. Tahan jelah dengan perangai dia tu ye" Encik Jung menepuk bahu Jimin sebaik sahaja kereta yang dipandu oleh pemandu peribadinya itu tiba di depan hotel
Jimin mengangguk sebelum menghala pandangan ke arah Yoora yang masih sibuk melayan mamanya di sana. Dari jauh dah nampak muncung itik dia tu
"I will. Kalau macam tu, Jimin minta diri dulu ye pa" Jimin meminta diri dan terus bergerak ke arah kereta
Setelah beberapa minit menunggu, akhirnya Yoora meminta diri untuk pergi. Jimin mula membuka pintu belakang dan menunggu isterinya untuk masuk ke dalam kereta itu.
Sepanjang perjalanan, mereka cuma mendiamkan diri. Hanya bunyi dari corong radio sahaja yang memecahkan kesunyian di dalam kereta itu. Sekali sekala Yoora membuang pandang ke luar tingkap. Sedikit pon dia tak pandang wajah Jimin di sebelahnya
"I nak tidur sekejap. Tolong kejutkan I bila dah sampai rumah nanti" pesan Yoora. Kepala terus disandarkan ke tingkap kereta
Jimin yang melihatnya cuma tersenyum kecil sambil menggeleng kepala. Kemudian, dia mengangkat tangannya perlahan lahan. Cuba meraih tangan isterinya namun dengan pantas isterinya itu mengelak dari disentuh lelaki itu
Jimin mengeluh kecil
"Apa pegang-ii ni? You sengaja nak ambil kesempatan kan?!"
"Sakit lah leher tu nanti. Meh sini" Jimin menepuk nepuk ribanya. Tetap tersenyum walaupun hati terasa dengan bicara isterinya tadi
Yoora pula cuma buat tak tahu lantas dia memejamkan matanya semula tanpa menghiraukan lelaki itu
***
"ENCIK, kita dah sampai"
Jimin pandang sekeliling sebaik sahaja Encik Lee menghentikan kereta. Kemudian, dia toleh pandang Yoora yang masih lena tidur di sebelahnya. Tuxedo hitam yang masih melekat di tubuh isterinya itu dibetulkan sedikit sebelum tangannya menggoncang lembut bahu isterinya
"Yoora. Bangun. Kita dah sampai ni"
"Hmm.."
"Yoora.."
"Kejaplah mama..lima minit eh..?"
Jimin jongket kening sebelah. Rengekan manja Yoora membuatkan dia tersenyum kecil. Mama? Tch! Mengigau lah tu. Ni kalau dah betul-ii sedar, agaknya terkejut beruk tak tengok muka dia nanti? Entah-ii tak ingat langsung yang mereka sudah pon menjadi suami isteri
Jimin cuba kejut lagi tapi mata Yoora masih terpejam rapat. Tak sampai hati nak kejut lagi, akhirnya Jimin menapak keluar dari kereta itu.
"You left me no choice, Yoora" Jimin melepaskan keluhan kecil. Perlahan lahan tangannya memeluk bahu Yoora lalu mengangkat tubuh isterinya itu keluar dari perut kereta

ANDA SEDANG MEMBACA
[ Edit ] Mine + Jimin
Fanfiction[ Sedang diedit ] Dia.. Yoora. Seorang gadis liar berumur 19 tahun yang dipaksa berkahwin dengan lelaki bernama Park Jimin. Malangnya selepas kahwin, tak semua yang dia bayangkan menjadi kenyataan. Segala harta kemewahan miliknya ditarik semula ole...
Part 10
Mula dari awal