抖阴社区

                                    

****

"DAH kenapa tu tersenyum senyum macam kambing?"

Jimin tayang sengih sambil melangkah ke arah lobi. Dari jauh lagi dia dah nampak Eunjung noona menggeleng kat meja kerja dia sana.

"Takdelah. Salah ke saya senyum? Orang cakap apa? Mulakan pagi anda dengan senyuman? Barulah hidup ceria selalu."

"Elehh. Ke.. Rindu bini kat rumah? Tahulah yang hang tu dah kahwin." sindir Eunjung.

Jimin menjeling. Ada betulnya jugak apa yang Eunjung noona cakapkan tu. Rindu tu memang la ada. Asyik duk teringatkan Yoora kat rumah je.

"Cakap pasal bini hang, macam mana dia sekarang? Dah sihat ke?" Eunjung jongket kening.

"Dah. Dah boleh buat kerja rumah dah pon." balas Jimin sambil mengambil surat-ii di atas meja.

"Baguslah kalau macam tu." Eunjung cuma mengangguk. "Ha! Surat-ii tu, kamu hantar dekat tempat biasa eh. Ingat, pastikan surat-ii ni sampai kat company yang betul. Jangan tersalah pulak. Risau noona tengok kamu sekarang ni. Angau semacam!" bebel Eunjung.

Jimin tayang sengih.

"Jangan risaulah, noona. Saya tak nyanyok lagi. Masih mampu nak tengok jalan raya kat luar tu lurus ke bengkok. Lagipon, saya kan dah lama kerja kat sini. Saya tahulah kerja saya."

"Yelah. Yelah.. Noona percayakan kamu. Dah, pergi cepat. Nanti lambat pulak." Eunjung menggeleng.

"Orite, bos!"

****

"PROJEK tu berjalan macam biasa. Cuma, saya nak buat penambahbaikan sikit. Lagi satu, jadual yang saya suruh awak edit tu.. saya nak kamu serahkan semula pada saya hujung bulan ni. Make sure segala aktiviti berjalan mengikut masa yang saya dah tetapkan ya."

"Baiklah, encik. Ada apa-ii lagi ke?"

"Takpe. Kamu boleh keluar dulu. Nanti kita bincang lagi"

"Baik, encik"

Tok.. Tok.. Tok!

Encik Jung mengerling ke arah pintu yang diketuk. Buku nota ditutup sebelum dia membetulkan kot di badan.

"Masuk!"

"Encik. Ada orang nak jumpa dengan encik. Encik free tak sekarang?" soal Jiyoung.

"Siapa?"

Jiyoung senyum. Sesaat kemudian, terpacul wajah Jimin di sebalik pintu.

"Jimin! Ya tuhan. Kenapa tak bagitahu papa dulu kamu nak datang sini?" Encik Jung tersenyum lebar. Dia bangun dan mendekati Jimin. Lalu, tubuh Jimin dipeluk erat sebelum dia memperlawa lelaki itu duduk di atas sofa.

"Saya singgah sekejap je ni, pa. Kebetulan saya hantar surat kat bawah tadi. Papa apa khabar?"

"Papa sihat. Hari-ii pon macam ni jugak. Takde apa yang berubah." Encik Jung ketawa. "Ah, sekejap. Papa suruh Jiyoung buatkan air panas. Jiyoung, tolong buatkan kopi panas dua ye."

Jiyoung mengangguk sebelum melangkah pergi dari situ.

"Dah lama papa tak jumpa kamu. Yoora macam mana? Papa tak sempat nak mintak maaf dekat dia lagi. Hari tu tak sempat nak jenguk dia kat hospital sebab papa outstation."

"Yoora okay je, pa. Papa janganlah risau. Yoora mesti faham. Lagipon mama kan ada datang jenguk dia kat hospital hari tu."

Encik Jung mengangguk perlahan. Sesaat dia mendiamkan diri sebelum dia memandang Jimin semula.

[ Edit ] Mine + JiminTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang