抖阴社区

Shakespeare Two

34 8 3
                                    

Tajuk untuk Shakespeare two adalah SONNET yang dikarang oleh IqbalRafiuddin

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

Tajuk untuk Shakespeare two adalah SONNET yang dikarang oleh IqbalRafiuddin..

××××××××××××××

Tempoh hari di perpustakaan sekolah, aku telah bertemu dengan gadis cantik bagai seorang bidadari. Wajah polos, bibir munggil dengan rambut pendek terhias dengan riben polka berwarna biru. Sayangnya setiap kali aku hadir ke perpustakaan aku lihat dia sering kelihatan berseorangan. Tanpa rakan, tanpa teman. Seolah dia sedang dipulaukan.

Gadis ini, aku tak pernah melihatnya luar daripada perpustakaan. Aku jangka mungkin kelasnya berada di blok lama. Blok Roses. Pelajar-pelajar di blok Roses mempunyai perhimpunan mereka sendiri. Blok itu terasing kerana ia jauh dari kami blok sekolah yang baru. Ia berada di seberang padang sebelah sana, kecuali kami akan berkongsi kantin dan bangunan pentabiran yang sama saja.

Hari itu, selepas waktu sekolah aku singgah ke perpustakaan bercadang untuk meminjam buku Hamlet karya Shakespeare. Seperti biasa, aku akan lihat gadis itu lagi, sedang duduk di meja paling hujung berdekatan dengan tingkap, terlindung dek rak buku berlabel sastera barat.

Aku lihat dia tekun membaca buku di tangan. Hari ini aku memberanikan diri untuk menegurnya. Biarlah dituduh beriya sekalipun. Kali ini aku nekad. Aku perlu berkenalan dengan gadis cantik ini. Jika tidak aku mungkin akan menyesal di kemudian hari.

Kerusi di hadapan mejanya ditarik aku. Lalu aku duduk di hadapannya. Berpura membuka buku hamlet pada mulanya. Namun sedikit pun dia tidak menghiraukan aku. Matanya masih tekun membaca. Lama aku menatap, lidah masih terasa kelu untuk menegur. Sedetik kemudian barulah aku berdehem perlahan. Mendapatkan perhatiannya. Aku pun mula menegurnya.

Soalan pertama yang aku tanyakan padanya, ialah buku yang dibacanya sehingga nampak begitu serius tatkala membaca. Dia memberikan senyuman yang sungguh manis, diangkat buku supaya nampak tajuknya di kulit buku.

[Sonnet]

Karya Wiliam Shakespeare juga. Aku jadi teruja. Hari itu aku dan dia bersembang mengenai mahaguru sastera dari barat itu. Ternyata, dia juga seorang penggemar tegar Shakespeare. Kami berbual sampai lupa masa. Sedar saja hari hampir masuk waktu senja. Kami berhenti berbual. Hujung-hujung perpisahan kami pada hari itu. Aku ambil kesempatan menanyakan nombor telefonnya.

Mulutnya terbuka. “0..”

Aku memberhentikan dia, aku mahu menyalinnya dulu. Segera aku bawa keluar buku dan pen. “Okey kosong.”

“Find no determination; then you were. Yourself again after yourself’s decease,” ucapnya kemudian dia meninggalkan aku.

“Eh what?” dia telah tinggalkan aku dalam keadaan terpinga-pinga. Apa maksudnya dengan itu?

Balik itu aku pusing memikirkan dengan ayat english yang dituturnya. Adakah ia ayat daripada Shakespeare. Jika ya kenapa dia menyebutnya. Aku bukan nak tahu pasal tu. Aku nak nombornya saja. Ah.
Esoknya aku temuinya kembali. Namun kali ini dia tak berminat untuk berbual dengan aku. Sebaliknya apabila aku hampir ke mejanya, dia memberikan segulung kertas kecil. Aku membuka dan membacanya.

“Great princes' favourites their fair leaves spread. But as the marigold at the sun's eye,”

Aku sesudah baca, aku angkat kepala dan lihat dia sudah hilang. Sekali lagi dia buat aku terpinga-pinga. Hari ini dia nak aku tahu dia princess ke apa?

Esoknya aku kembali lagi ke perpustakaan, hari itu dia tak hadir sebaliknya dia menyuruh pengawas perpustakan menyerahkan sekeping kertas pada aku.
Dan ya, ayat bahasa inggeris lagi.

“That hath his windows glazed with thine eyes.

Now see what good turns eyes for eyes have done:”
Aku mula berfikir adakah dia cuba memberitahu aku sesuatu? Tetapi aku tak bersedia dengan teka teki. Ah aku tak kira, aku akan tanyakan dia apa significantnya dia lakukan ini. Aku mahu tahu.
Pada hari isnin, aku lihat dia berada di tempat yang sama sambil membaca buku Sonnet lagi. Aku segera sergah dia. Aku tanyakan kenapa dia lakukan hal ini. Dia membalas aku dengan senyuman sebelum dia berkata.

“Awak masih ingat ayat-ayat yang saya berikan pada awak sebelum ini?”
Aku angguk kepala ku.

“Awak mahu tahu kenapa saya berikan awak ayat-ayat ini berbanding nombor telefon saya?”

Aku angguk lagi. “Ya ia ayat dalam Sonnet kan?”

Gadis itu senyum lagi. “Jawapan saya ada di dalamnya. Nah.” Dia menyerahkan aku buku sonnet di tangannya. “Ayat terakhir ada dalam buku ini.”

Balik itu, aku mula membelek buku Sonnet yang diberinya. Ada bulatan pada ayat di Sonnet 151,
Love is too young to know what conscience is;
Yet who knows not, conscience is born of love?

Lama aku tenung ayat itu dan kemudian sesuatu aku tangkap. Ah dah tentulah, kenapa aku tak perasan akan hal ini! Semua ayat yang dicedok daripada sonnet ini semuanya diingatkan aku kembali. Kemudian aku mencarinya di buku ini.

Find no determination; then you were. Yourself again after yourself’s decease ,Sonnet 13.
Great princes' favourites their fair leaves spread. But as the marigold at the sun's eye, Sonnet 25

That hath his windows glazed with thine eyes. Now see what good turns eyes for eyes have done, Sonnet 24

Love is too young to know what conscience is; Yet who knows not, conscience is born of love? Sonnet 151.

“0132524151. Itulah nombornya!” Terus telefon pintar digapai aku, dan mendailnya.
Trut..

Aku menunggu.

“Hello..”

Suara merdu itu menyambut panggilan aku. Tidak aku sangka dalam hidup aku, aku mendapat nombor seorang gadis melalui puisi Shakespeare.

-Tamat-

Event for this month(oct) : Shakespeare'sTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang