setiap bulan pasti akan ada event yang akan dianjurkan..untuk memudahkan kerja serta tugas.. segala kisah dan cerita yang dikarang oleh para ahli Fundingu Familia akan dipost kesini..
selamat membaca pada pembaca..
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Seorang lagi Ahli dari group ini.. kisah yang dikarang adalah Jejak Felix yang dikarang oleh Baby cat.. selamat membaca semua..
Saya sunyi. Saya bosan. Saya penat. Saya rasa saya hidup hanya untuk ikut impian papa saya. Kadang-kala saya benci hidup macam ini sebab tidak bebas. Saya nak hidup bebas seperti abang saya. Saya ada seorang abang. Kami kembar. Nama abang saya ialah Ace Merza.
Abang seorang yang bijak tapi tidak mahu belajar sebab bagi abang orang bijak membosankan. Macam saya sekarang ini. Abang jenis suka membantah dan memberontak terhadap papa. Papa dan mama selalu bergaduh sebab abang. Sekarang saya dijaga oleh papa dan abang dijaga oleh mama.
Kami hidup dalam satu rumah tapi saya jarang jumpa abang sejak papa jaga saya sebab saya banyak habiskan masa di bilik bacaan berbanding di dalam bilik. Papa juga melarang saya untuk bermain. Papa selalu beli banyak buku yang bahasanya pelik-pelik dan susah difahami. Papa suruh saya belajar dari cikgu khas di rumah setiap hari. Abang pula belajar di sekolah semula sebab mama uruskan abang. Waktu papa jaga abang dulu, abang belajar di rumah seperti saya sekarang. Saya sunyi tanpa abang di sisi.
Suatu hari, saya lari dari rumah ketika saya mengikut papa pergi ke rumah kawannya. Saya berharap saya dapat bebas dari semua penderitaan yang saya alami selama ini. Saya berlari dan terus berlari tanpa hala tuju. Saya berlari sehingga saya sedar saya berada di dalam sebuah hutan yang tiada jalan keluar. Saya sesat. Saya takut.
Tiba-tiba, saya terdengar bunyi kucing sedang mengiau. Saya cuba mencari suara kucing comel itu. Kemudian, saya terjumpa seekor kucing di dalam jaring perangkap yang tergantung di atas pokok yang tinggi. Saya panjat pokok tersebut dan cuba membuka jaring tersebut.
Akhirnya, jaring berjaya dibuka dan kucing comel itu selamat. Tetapi saya pula yang terjatuh dari atas pokok. Badan saya rasa sakit. Kepala saya rasa pening sebab terhempas ke tanah. Pandangan saya jadi gelap. Saya hanya dengar bunyi suara comel kucing sedang bunyi, “Meow. Meow...”
Saya membuka mata perlahan-lahan. Saya melihat ke sekeliling. Sebuah bilik yang cantik dan dipenuhi buku-buku. Saya duduk di atas katil dan melihat seseorang sedang duduk di atas kerusi yang terletak di sebuah meja bulat. Dia seorang lelaki berambut putih dan berpakaian kemeja berwarna putih. Dia sedang membaca buku bertajuk ‘King Lear – by William Shakespeare’.
Lelaki itu kemudiannya melihat ke arah saya. Dia senyum dan berkata, “Hai, apa khabar? Baguslah awak sudah sedar. Sudah seharian awak pengsan. Awak lapar?”
“Hai, khabar baik. Ya. Saya lapar. Siapa nama awak?”