setiap bulan pasti akan ada event yang akan dianjurkan..untuk memudahkan kerja serta tugas.. segala kisah dan cerita yang dikarang oleh para ahli Fundingu Familia akan dipost kesini..
selamat membaca pada pembaca..
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Kisah keempat dalam event kali ini.. ia adalah dari Mizuki_Anazuki dengan bertajuk Selamat tinggal,maafkan aku..
"I dah tak tahan dengan you. I nak minta putus. From now, I dengan you dah tak ada apa-apa hubungan lagi. Faham?" Kata-kata itu masih kedengaran pada telingaku.
Itulah kata-kata terakhir sebelum dia pergi meninggalkan aku sendirian di tepi jalan selepas kereta milik aku dipandunya.
Teman wanita hilang. Kereta pun hilang. Apalah nasib malangnya aku pada hari ini.
Kenapalah perempuan susah sangat nak dengar penjelasan seorang lelaki yang tidak berdosa seperti aku ini? Apa salah aku? Minah yang selalu whatapps aku bukannya kekasih gelap aku. Itu kakak aku. Dia ingat muka aku ini muka anak tunggal ke? Kakak aku pun sama, suka sangat tulis ayat menggedik. Menyampah. Sampai teman wanita aku pun salah anggap.
Kenapalah tadi aku boleh tertinggal phone dalam kereta? Lepas itu pergi bayar duit minyak kereta. Masuk kereta, dia diam saja. Sampai tengah jalan mula membebel dan tidak mahu dengar penjelasan aku. Sekarang aku ditinggalkan di sini. Kereta aku dibawa lari. Sadisnya hidup.
Beretta APX pantas memuntahkan pelurunya terus kepada sasaran si penggunanya. Jejaka yang cekap bersenjata pistol itu berlari pantas ke arah dinding bangunan yang terdapat di kawasan itu. Matanya yang memakai cermin mata pengesan ligat mencari kedudukan musuh-musuh yang tidak pasti keberadaan mereka.
Tanpa diduga, satu das tembakan dilepaskan ke arah jejaka tersebut. Namun, tidak mengenainya kerana dia sempat mengelak. Dalam keadaan fizikalnya yang berpakaian serba hitam itu sukar untuk dijejaki kedudukannya. Tambahan pula dalam situasi yang samar-samar cahaya bulan purnama.
"Kapten Ace. Saya dah sedia. Snipper, on." Kata seseorang melalui alat perhubungan yang terdapat pada telinga jejaka itu.
Jejaka yang beranama Kapten Ace atau nama sebenarnya Lycoan Adien Eucharis dari Echinacea Justice Agency mengeluarkan bekas peluru pistol yang kosong. Selepas itu digantikan dengan bekas peluru yang penuh pelurunya.
"Ace, on." Kata Kapten Ace. Sambil bergerak setapak kehadapan dengan berhati-hati.
Seorang lagi ahli Echinacea Justice Agency berdiri tidak jauh dari Kapten Ace tetapi terselindung disebalik kain yang terjuntai di tingkap bangunan tersebut. "Wing, on."
Serangan hendap dimulakan oleh kumpulan Kapten Ace setelah masa 10 minit dihabiskan demi menanti masa yang sesuai untuk bertindak.
"Adien!" Jerit seorang gadis berpakaian seksi sedang berlari ke arah Adien sambil menarik lengan seorang lelaki yang lengkap berpakaian seragam Echinacea Justice Agency.
Adien yang berbaring di bawah pokok maple kesukaannya mula mengeluh. "Masalah dah datang."
Adien segera bangun dari baringnya dan duduk di bawah pokok tersebut.