抖阴社区

shakespeare Eight

18 4 0
                                    

Untuk kali ini tajuk Sonnet '18 telah dikarang oleh Don_Chorleone

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

Untuk kali ini tajuk Sonnet '18 telah dikarang oleh Don_Chorleone .. selamat membaca semua

×××××××××

Sonnet '18


Sebuah jentera empat roda jenama Honda Ferio berwarna merah terang yang baru sahaja selesai dimodifikasi dilihat meluncur laju di atas jalan raya menghala ke arah Utara.

Laluan trafik petang itu sarat dengan kenderaan dari kedua-dua arah jalan. Maklum sajalah hari minggu, pasti ramai umat manusia yang merancang untuk keluar bersiar-siar sama ada bersama rakan taulan atau bersama famili tercinta.

Namun itu semua tidak cukup untuk menghalang gaya pemanduan pemilik kenderaan tersebut daripada memandu secara melulu.

Jika dilihat daripada gaya pemanduannya tampak sedikit kelam kabut. Tidak pasti apa yang sedang dikejar pemandu jentera empat roda buatan Jepun itu.

Keadaan jalan yang bengkang bengkok bagaikan ular dipalu itu bukanlah satu penghalang besar. Sebuah demi sebuah kenderaan yang berada di hadapan dipotong tenang mengikut giliran.

Rumie membuat gerak hayungan kepala sambil memandu ketika itu. Halwa telinganya sungguh asyik menghayati rentak lagu bertajuk Critical Acclaim dendangan kumpulan muzik metal antarabangsa yang cukup terkenal, Avenged Sevenfold.

Speaker bass yang baru saja dipasang tengah hari tadi bergegar dengan kuat. Jika tidak diteliti dengan betul pasti orang akan menyalah anggap jentera Honda Ferio itu sebagai kenderaan disko bergerak.

Rumie memandu dengan gopoh tetapi masih mengekalkan gaya kool dan machonya. Tangan kiri memegang stereng sementara tangan kanan pula berjuntai di luar tingkap sambil memegang sebatang rokok daun tembakau yang hampir terpadam bara apinya.

Sekali imbas jejaka itu tidak ubah seperti seorang pemandu veteran yang sedang memandu secara santai di jalan-jalan kampung tetapi di dalam versi samseng jalanan. Lumrah anak muda, asal memandu wajib sahaja persis orang gila.

Sudah pasti ayat berbaur maki hamun dan sumpah seranah dilafaz secara taklik oleh pemandu yang datang dari arah berlawanan.

Manakan tidaknya dalam keadaan trafik yang sarat itu masih ada lagi kenderaan yang berani memotong secara membabi buta.

Tetapi Rumie tetap seorang Rumie. Dia dan hati keringnya berpisah tiada. Jiwa kelajuannya yang cukup menebal sejak dari zaman kanak-kanak lagi dengan berani mempersetankan itu semua.

"Hish lembab macam kura-kura betul la Abu ni. Bodoh!"

Dengan adrenalin kemarahan yang membuak-buak bersama carutan kecil, Rumie dengan pantas menurun tombol gear tiga sebelum memecut laju memotong jentera Mercedes lama di hadapannya yang bernombor pendaftaran ABU itu.

Anda telah sampai ke penghujung bahagian yang diterbitkan.

? Kemaskini terakhir: Oct 13, 2017 ?

Tambah cerita ini di Pustaka anda bagi pemberitahuan tentang bahagian baharu!

Event for this month(oct) : Shakespeare'sTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang