抖阴社区

Shakespeare Five

Mula dari awal
                                    

“Nama saya Arden Merza.”

Selepas makan, saya sejalan-jalan di dalam rumahnya. Sangat cantik dan klasik. Banyak barangan antik di dalam rumah ini.

Tiba-tiba, Felix berdiri di belakang saya. Dia tanya saya, “Awak ingat tak awak pernah datang ke sini sebelum ini?”

“Tak. Saya tak rasa saya pernah datang ke sini.”

“Sini ikut saya. Saya ada benda nak tunjuk kepada awak.”

Felix berjalan di hadapan saya. Saya mengikutinya sehingga ke bilik saya berada tadi. Felix mengambil sebuah buku berwarna oren yang terletak di sebuah rak. Buku itu sangat tebal dan kelihatan berat. Buku itu kemudiannya diletakkan di atas meja bulat. Kami duduk di kerusi masing-masing.

Felix membuka buku tersebut. “Ini ialah album lama. Ini sebenarnya buku. Ada gambar dan beberapa ayat.”

“Diari?”

“Lebih kuranglah.”

Dia selak setiap muka surat sehinggalah pada muka surat di tengah buku tebal tersebut. Dia kata, “Cuba tengok ini. Ini ialah gambar awak masa kecil. Ini pula gambar abang awak. Dan ini gambar saya.” Felix tunjuk pada gambar seekor kucing berwarna putih ketika berkatakan ‘Ini gambar saya.’

“Latar belakang ini ialah di dalam bilik ini. Cuba tengok betul-betul. Di sana ada sebuah bingkai gambar mawar merah sama seperti di dinding bilik ini.” Felix menunding jari telunjuknya pada sebuah bingkai gambar yang berada pada satu sudut di dinding bilik ini.

Saya tanya, “Kenapa awak tunjuk gambar kucing dan kata itu ialah diri awak?”

Felix jawab, “Sebab saya seekor kucing. Saya ialah kucing milik tuan saya iaitu Tuan Arden. Terima kasih sebab selamatkan saya tadi.”

“Saya tak faham. Sejak bila saya ada kucing?”

“Sejak tuan dilahirkan. Saya tinggal bersama tuan dan abang tuan di rumah datuk tuan pada masa itu. Lepas itu ibu bapa tuan berpindah ke tempat lain. Saya ditinggalkan di sini sebab bapa tuan tak suka saya. Saya lagi tak suka dia sebab dia selalu sepak saya.” Jelas Felix kepada saya.

“Kasihan awak. Tapi macam mana awak jadi manusia?”
“Rahsia.”

Tiba-tiba, kepala saya sakit dan pandangan saya gelap lagi.

Tiba-tiba, saya terdengar bunyi suara kucing. Saya buka mata. Saya lihat seekor kucing berada di sebelah kanan saya. Kemudian, dia menjilat pipi saya. Kucing itu sama seperti kucing yang saya selamatkan tadi. Adakah itu Felix? Adakah tadi saya sedang bermimpi? Tapi sekarang saya masih berada di dalam bilik ini.

Saya melihat di meja bulat. Ada seseorang di situ. Itu seperti abang. Apa abang buat di sini? Ketika ini abang sedang membaca sebuah buku bertajuk ‘A Lover’s Complaint – by William Shakespeare’.

“Abang buat apa dekat sini?”

Abang melihat ke arah saya. “Adik dah bangun? Abang tengah menyanyi. Adik tak dengar ke?”

“Kata bijak. Menyanyi dengan membaca pun tak tahu beza.”

“Ceh, dia tu kata bijak. Dah nampak, tanya lagi.”

Abang berdiri dan mencapai dua buah buku kecil dari atas meja bulat tersebut. Abang berjalan ke arah saya yang berada di atas katil.

“Tadi abang terjumpa adik masa abang nak datang rumah datuk dengan mama. Adik buat apa sampai pengsan?”

“Adik selamatkan kucing ni. Dia kena tangkap dengan jaring.”

Abang pandang Felix. “Adik ingat lagi tak kucing ni?” Abang tanya.

“Ummm...”

“Ini kucing yang selalu ada dengan kita sewaktu susah dan senang. Dia selalu tolong kita masa kecil-kecil dulu. Ini hadiah dari seseorang. Tapi abang tak ingat.” Kata abang sambil duduk di atas katil.

“Abang. Tadi adik mimpi Felix jadi orang. Kacak. Lagi kacak dari abang. Dia beritahu adik tentang kita dan dia. Dia ada tunjuk dekat adik buku tebal yang ada gambar. Macam diari.”

“Buku tebal? Warna apa?”

“Oren.”

“Oh, itu buku diari abang. Adik baca semua ke?” Abang pandang Felix ketika bertanya kepada saya.

“Tak. Felix hanya tunjuk gambar adik, abang dan Felix di dalam bilik ini. Itu saja. Lepas itu gelap. Adik buka mata lagi. Adik nampak Felix dan abang sekarang.”

Tiba-tiba, abang cubit saya. “Eeee... Geramnya. Adik ni cakap tu janganlah guna nada manja sangat. Rasa nak gigit je pipi bulat tu. Dah macam pau.”

Saya menekup kedua-dua pipi saya dengan menggunakan kedua-dua tapak tangan saya. “Adik tak gemuklah. Adik comel, kacak dan gebu.”

Abang ketawa. Kemudian, abang serahkan dua buah buku kepada saya. “ Ini buku untuk adik. Abang beli dekat kedai buku masa pergi shopping dengan mama.”

Saya terima buku-buku yang abang beri kepada saya. Tajuknya ialah ‘Book Of Quotations On Nature – by William Shakespeare’ dan ‘Book Of Quotations On Death – by William Shakespeare’.

Saya tanya abang, “Buku apa ni? Adik tak faham. Kenapa death? Seram.”

Abang ketawa. “Bacalah dulu, baru faham. Tengok saja, mana faham. Nanti adik akan guna juga untuk buat karangan Bahasa Inggeris.”

“Abang. Adik belajar tak guna bahasa klasik. Dan adik tak faham.”

Abang ketawa lagi sambil menggosok kepala saya sehingga rambut saya serabut. “Tak nak baca, simpan je lah. Buat kenangan. Bukan selalu kita dapat jumpa walaupun duduk serumah, kan?”

“Ya. Adik nak hidup macam dulu. Ada abang dalam bilik adik. Boleh tidur sama-sama. Sekarang bilik kita pun dah berpisah. Papa tu tak sayang kita ke?”

“Adik. Apa kata kita jangan cakap pasal papa. Buang mood baik abang je.”

“Adik minta maaf. Adik tak bermaksud pun...”

“Tak apalah. Abang faham.” Abang senyum.

“Abang. Bila kita nak balik?”

“Malam ni kita tidur sini. Biar papa cari.” Kata abang dengan muka seriusnya. Menakutkan.

“Yeay. Boleh tidur dengan abang. Rindunya tidur sama-sama. Sayang abang.”

“Kalau sayang abang, adik kena baca buku yang tajuknya Venus And Adonis – by William Shakespeare. Buku tu ada di rak-rak sana. Carilah sendiri.”

“Venus And Adonis? Abang itu kan nama saintifik tumbuhan. Venus Flytrap dan Adonis Vernalis.”

Abang hanya ketawa. Jadi saya juga tidak faham kenapa abang ketawa. Adakah saya salah cakap? Saya rasa betul sebab saya ada belajar subjek botani.

Event for this month(oct) : Shakespeare'sTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang