抖阴社区

shakespeare Eight

Mula dari awal
                                    

"Awak biar betul? Kenapa je tiba-tiba ni? Marilah masuk dulu." Rumie dengan tenang menjemput Salina masuk ke halaman rumahnya terlebih dahulu. Enggan terburu-buru melayan permintaan tidak logik tunangnya. Dah kenapa dia ni?

"Tak payah. Aku nak cepat. Ambil cincin ni. Cakap pada mak dan ayah kau kita putus tunang. Aku dah ada orang lain." Salina meletakkan cincin pertunangan mereka di atas kerusi jentera dua roda 125Z kesayangan Rumie.

Rumie terpempan menyaksikan tindakan selamba Salina. Manakan tidak tutur bahasa gadis itu juga turut berubah. Pantas Rumie maju ke hadapan.

"Awak kenapa ni? Tiba-tiba je awak nak putus tunang. Majlis kita tinggal sebulan lagi tau." Rumie bersuara lantang namun tidak dipedulikan Salina.

Salina bergegas mahu meninggalkan Rumie secepat mungkin. Bimbang agenda utamanya malam itu bakal terjejas. Tambah pula dia tidak sanggup melihat diri tunangnya itu terluka.

"Nur Salina binti Abdullah!" Laung Rumie dengan nada keras.

Salina berjeda seketika menghentikan langkahnya. Jika Rumie sudah menyebut nama penuhnya ia bermakna akan berlaku perbalahan besar selepas itu. Dia sudah cukup masak dengan hal tersebut.

"Apa lagi yang kau nak? Aku rasa kau dah cukup faham kan? Aku nak pertunangan kita ni putus! Apa lagi yang kau tak faham?" Balas Salina dengan jeritan seoktaf.

"Tapi kenapa?" Lembut sahaja pertanyaan Rumie. "Apa salah saya Salina? Cuba awak cakap."

Suara Rumi seakan tersekat namun digagahkan juga. Dia tidak boleh terlihat lemah ketika ini. Tambahan pula dia adalah seorang lelaki. Pantang baginya seorang lelaki mengalirkan air mata di hadapan wanita.

Namun situasi yang dialaminya ketika ini ternyata cukup berbeza. Hampir-hampir sahaja air mata jantannya yang entah dari mana hadir bertakung di tubir mata merembes keluar tetapi ditahan.

"Kita tidak serasi." Jawab Salina ringkas tanpa memandang wajah Rumie. Rumie membeliakkan matanya. Tergamam. Tidak serasi?

"Saya dah jumpa lelaki yang jauh lebih baik daripada awak. Saya harap awak faham." Jauh di sudut hati Salina tidak sanggup melafazkan ayat tersebut di hadapan Rumie.

Dia sedar kata-katanya telah menyinggung hati dan perasaan Rumie. Namun apakan daya soal hati dan perasaan tidak boleh dipaksa. Dia telah pun terlanjur melayan perasaan dengan Alif. Lelaki yang pernah menjadi teman setia ketika zaman persekolahan dulu.

Perasaan terhadap Rumie sedikit demi sedikit kian terhakis sehingga menjadi kosong. Setelah difikirkan semasak-masaknya Salina nekad mahu menamatkan segalanya pada petang itu.

Biarlah apa sahaja yang mahu dikatakan Rumie selepas ini dia hanya redha. Lebih baik berterus terang daripada terus berpura-pura. Sesungguhnya Salina sudah tidak mampu lagi berlakon di hadapan Rumie. Lima bulan lamanya dia berpura-pura menyintai Rumie.

"Betul ke apa yang awak cakap ni Nur Salina binti Abdullah?" Soal Rumie tegas. "Saya ulang sekali lagi betul ke apa yang awak cakap?"

"Ya." Jawab Salina ringkas.

"Sebab jantan tu kaya kan?" Rumie terus menebak. "Tu pasal kau boleh pilih dia." Salina hanya membisu. Malas mahu bertekak lama-lama. Dia mulai berkira-kira mahu meninggalkan kawasan itu dengan segera.

Anda telah sampai ke penghujung bahagian yang diterbitkan.

? Kemaskini terakhir: Oct 13, 2017 ?

Tambah cerita ini di Pustaka anda bagi pemberitahuan tentang bahagian baharu!

Event for this month(oct) : Shakespeare'sTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang