Amanda dan Nayla duduk sambil ralit memakan rambutan di atas pankin. Mulut mereka sejak tadi tidak habis-habis berbual. Ada saja topik yang dikupas mereka termasuk bertanyakan jika Amanda mempunyai lesen membawa motosikal.
"Kau pandai ke bawa motor? Ada lesen ke tak?" tanya Nayla. Amanda tersenyum sinis.
"Jom aku bawa kau jalan-jalan. Aku pinjam motor pak ngah. Baru pukul 6:30." ajak Amanda. Nayla menggeleng laju.
"Tak nak aku. Kau entah ada lesen ke tak. Takut aku." balas Nayla. Amanda menghela nafas keluh.
"Sebab aku ada lah aku ajak. Kalau tak ada, malas aku nak ajak kau. Banyak risiko aku nak tanggung. Jomlah. Besok kita nak balik dah. Jomlah." rayu Amanda merungut kepada Nayla.
"Cakaplah awal-awal. Ini aku tanya tadi tak jawab. Cepatlah sana." balas Nayla setelah puas dipujuk Amanda. Terus Amanda bangun lalu masuk ke dalam rumah.
"Pak Ngah, pinjam motor boleh? Nak saja berjalan-jalan ambil angin sekejap dengan Nayla." tanya Amanda meminta izin kepada Pak Ngah yang sedang duduk berehat di ruang tamu.
"Ambil lah tu kunci. Bawa elok-elok. Jangan merempit pula." kata Pak Ngah seraya berpesan kepada Amanda. Anak saudaranya itu mengangguk faham lalu mengambil kunci motor yang tersangkut dalam sebuah kotak kecil.
-
Mereka berdua hanya diam sahaja menunggang motosikal EX5 hitam milik Pak Ngah. Tenang rasanya membiarkan angin menyapa wajah mereka. Dalam menikmati angin petang di kampung itu, tiba-tiba Amanda terpaksa brek mengejut. Terkejut Nayla di belakang dibuatnya. Untung tak tercicir sahaja dia.
"Kenapa brek mengejut dok? Kucing melintas ke?" tanya Nayla hairan. Amanda terus memecut laju mengejar sebuah kereta mewah. Soalan Nayla tidak diendahkan.
"Hoi, kau nak jadi minah rempit ke apa? Bukan kau kata pak ngah kata jangan merempit ke?!" jerit Nayla dibelakang.
"Kereta tu biadab. Menonong je keluar simpang. Aku kena ajar sikit yang drive tu." kata Amanda. Nayla menepuk dahi. Sudahlah kalau Amanda naik angin.
"Hoi, tak usahlah kejar. Nanti dapatlah balasan dia, Allah bayar cash. Kan nyawa kita yang melayang macam mana? Tak sempat nak balik Johor besok." ujar Nayla. Sekali lagi, dia tak diendahkan Amanda. Nayla sudah kecut perut dan berdoa dalam hati agar mereka selamat.
Amanda hon beberapa kali apabila kereta itu tepat dihadapan motornya. Pemandu itu hairan sendiri mengapa Amanda sibuk mengejar keretanya. Tanpa aba-aba, pemandu tersebut menghentikan keretanya di tepi jalan. Begitu juga Amanda, dia terus memakirkan motor milik Pak Ngah di belakang kereta itu. Nayla mengiringi langkah Amanda yang pergi ke arah tingkap kereta.
Amanda mengetuk beberapa kali pintu kereta. Pemandu itu terus keluar daripada kereta dan berhadapan dengan Amanda yang sudah bercekak pinggang itu. Nayla pula melopong besar tatkala melihat wajah pemandu itu.
"Raihan Azizi?" teka Nayla. Dahi Amanda berkerut melihat Nayla dan Raihan silih ganti.
"Jihan Amanda? Nayla Zahira?"
Nayla mengangguk laju. Matanya seakan bersinar-sinar melihat lelaki yang segak dan tidak kalah juga kacaknya. Inilah 'crush' Nayla semasa sekolah dahulu.
"Kenapa korang ada kat sini? Itu ke sebab awak hon kereta saya?" tanya Raihan. Kaca mata hitamnya ditanggalkan.
"Suka hati kamilah, ini kampung kami. Kau tu buat apa kat sini? Bukan main bawa kereta macam kampung kau pula." balas Amanda masih geram. Tidak sangka lelaki sebaik Raihan merupakan pemandu yang tidak berhemah. Semakin senanglah dia hendak 'cuci' memandangkan saling mengenali.
"Hm, sorry. Aku rushing sebenarnya. Sebab sekejap lagi kan dah nak Maghrib. Risau saya tak sempat solat pula nanti." jelas Raihan. Amanda mengangguk faham memandangkan Raihan munasabah. Jarang ada lelaki pada zaman kini berfikiran demikian.
Mata Nayla pula daripada tadi tidak lekang memandang Raihan. Dia masih terkesima dengan figura yang berada dihadapannya ini. Bagi Nayla, sedikitpun Raihan tidak pernah berubah sejak dahulu sehingga kini. Malah semakin kacak adalah. Nampaknya kalau jodoh tidak ke mana. Buktinya takdir sedang mempertemukan mereka berdua di sini.
"Kalau macam tu awak ikut saya lah balik rumah Mak Ngah saya. Boleh tumpang solat sekali kat sana." pelawa Amanda tiba-tiba. Nayla memandang Amanda tidak percaya.
"Kau biar betik?!" tanya Nayla.
"Iyalah. Tak salahkan?" jawab Amanda. Raihan mengusap tengkuknya. Segan pula apabila dipelawa sedemikian.
"Tak susahkan awak ke?" tanya Raihan yang masih ragu-ragu.
"Taklah! Mana ada. Saya tahu awak lelaki baik, tu pasal saya berani ajak. Jom, ikut saya. Awak follow saya okey?" kata Amanda meyakinkan lelaki itu. Raihan mengangguk laju sebagai tanda faham dan bersetuju dengan pelawaan Amanda itu.
-
"Sebenarnya Raihan tu kawan baik Aariz masa kami sekolah dulu,mak ngah." beritahu Amanda sambil menggodak air sirap dan gula dalam sebuah jag. Mak Ngah pula sedang menggoreng karipap sejuk beku yang dibeli daripada usahawan kampung sini.
"Perangai dia sama macam Aariz tak?" tanya Mak Ngah. Amanda mengangguk mengiakan. Mak Ngah melihat Amanda dengan riak terkejut.
"Hah, biar betul?! Dua-dua kaki perempuan?!" naik seoktaf suara Mak Ngah. Amanda yang risau suara Mak Ngah didengari oleh Raihan yang berada di ruang tamu lantas mendekati Mak Ngah dan memeluk bahu wanita itu.
"Mak ngah ni, nanti Raihan dengar macam mana. Maksud Manda, diorang kategori manusia baik. That's it. Bukan dia playgirl ke tak setia macam Aariz." jelas Amanda. Mak Ngah sekadar diam tidak membalas dan menghadam apa yang dimaksudkan oleh Amanda itu.
"Amanda hantar air ni ke depan dulu tau, mak ngah." kata Amanda. Mak Ngah memasukkan karipap yang selesau digorengnya ke dalam penapis bagi menapis minyak gorengan pada karipap.
"Hah, pergi letak dulu. Sekejap lagi mak ngah hantar karipap kat depan."
-
Nayla yang berada di ruang tamu daripada tadi hanya mendengar cerita Pak Ngah dan Raihan sejak tadi dan mencelah sekali sekala. Rasa gugup pula dia ingin berbual bersama apabila melihat wajah Raihan. Jantungnya pula sudah berkerja dengan keras sejak perjumpaan mereka tadi. Nampaknya dirinya masih menyukai lelaki bernama Raihan Azizi.
"Jemput minum. Maaf jus mahal tak ada. Ada air sirap je." pelawa Amanda seraya meletakkan dulang yang berisi satu jag air sirap dan beberapa gelas di atas meja. Dia duduk melutut menuangkan air tersebut ke dalam gelas satu persatu.
"Tak apa lah. Sirap pun sedap apa. By the way, awak apa khabar Amanda?" balas Raihan seraya bertanya khabar kepada Amanda.
"Good. Alhamdulillah, sihat." jawab Amanda seraya menyuakan gelas kepada Raihan.
"Then, how about Aariz? Masih macam dulu ke?" tanya Raihan lagi. Riak wajah Amanda lantas berubah dan lidahnya seakan kelu untuk menjawab pertanyaan tersebut.
"Sorry. Aku baru teringat ada karipap kat belakang. Aku ambil sekejap." kata Amanda untuk mengelakkan diri menjawab soalan cepumas Raihan. Usai itu, dia mengatur langkah kembali ke dapur bersama dulang air tadi di tangannya.
"Raihan, never mention about Aariz in front Jihan." kata Nayla perlahan, risau didengari Amanda tetapi masih dapat didengari oleh Raihan dan Pak Ngah.
"But why? Aariz is her fiancé. Salah ke? Aku tanya khabar je." balas Raihan hairan. Nayla menghela nafas keluh.
"They already broke up." jawab Nayla yang berjaya membuat Raihan terkejut. Raihan menggelengkan kepalanya seakan tidak percaya. Baginya mustahil Aariz sudah berpisah dengan Amanda. Bukan dia tidak tahu Aariz sangat sayang akan Amanda.
"I will tell you later. Now, have a drink first."
BERSAMBUNG....

ANDA SEDANG MEMBACA
LOST IN LOVE
RomanceROMANCE OF THE YEAR (THE ICE AWARD 2019) First Romance Novel by @pinkguinsoo__ "Jadi kita berpisah buat sementara je? Bukan selamanya?" "Yes,my dearest Jihan Amanda." - Adeeb Aariz. - "Here,Maisara Sumayyah. My wife. We married two years ago." Perk...