"Berhentikan saya kat sini." kata Amanda yang sempat menatap langit malam yang sedang menurunkan hujan gerimis itu.
"Kan hujan. Biar saya hantar sampai dalam." balas Aariz yang mula serba salah dengan permintaan Amanda itu. Sudahlah hari malam,hujan pula. Tak mungkin dia mahu membiarkan gadis itu meredah hujan seorang diri.
Amanda menghela nafas panjang. Kalau dia tidak bertemu Aariz dahulu tadi,sudah pasti dia akan menelefon Adilla,Ellyza atau Aireen. Sekarang dia terpaksa suruh Aariz memberhentikan kereta di tepi simpang ini pula kerana tidak mahu ahli keluarganya perasan dia pulang bersama Aariz.
"Tolong faham situasi saya,Aariz. Saya tak nak keluarga saya tanya macam-macam kalau nampak awak. Lagi-lagi dengan Abang Izz dan papa. Dan terima kasih sebab tumpangkan saya. Lagipun,hujan gerimis je." balas Amanda lalu berura-ura ingin membuka pintu kereta.
"Jadi betul awak akan kahwin dengan dia?" tanya Aariz dengan nada suara mengendur. Amanda tidak jadi membuka pintu kereta itu. Nafas keluh dihela panjang.
"Rasanya." balas Amanda sepatah. Tanpa menunggu balasan daripada Aariz,Amanda terus keluar daripada kereta itu. Hujan gerimis yang semakin turun lebat diredah oleh Amanda dengan langkah kaki yang pantas.
Aariz pula menghela nafas pendek. Terus dia mencapai sekaki payung yang terletak di seat belakang keretanya lalu keluar berlari daripada kereta untuk mengejar langkah Amanda. Sebaik sahaja hampir dengan gadis itu,lengan Amanda yang berlapik itu dipegangnya. Payung yang sudah sedia dibuka disuakan kepada Amanda.
"Ambil ni."
Amanda terdiam dan teragak-agak mahu meneriman payung itu sama ada mahu diambil atau tidak. Melihat Amanda yang sebegitu,terus Aariz meletakkan payung itu ke dalam genggaman tangan Amanda. Tanpa aba-aba,lelaki itu terus berlari masuk ke dalam kereta tanpa sempat Amanda mengucapkan terima kasih.
What's wrong with you,Aariz? Getus hati Amanda seraya memandang belakang tubuh Aariz yang berlari masuk ke dalam kereta meredah hujan yang mulai turun lebat sebelum melanjutkan langkahnya pulang ke rumah.
-
Usai membersihkan dirinya,Amanda turun ke ruang makan rumah banglo itu untuk makan malam bersama keluarga. Dia mengambil tempat di sebelah mamanya lalu mencedok nasi dan lauk yang terhidang ke atas pinggannya.
"Balik dengan siapa tadi? Tak nampak pun kereta Amanda." tanya Tan Sri Lukman. Amanda mengerling sekilas ke arah papanya dan mula mengoyakkan senyuman kelat.
"Dengan kawan. Sebab kereta Amanda rosak." jawab Amanda lalu menyuapkan nasi ke dalam mulutnya.
"Kawan mana pula ni?" tanya Tan Sri Lukman lagi. Semua mata yang berada di meja makan itu fokus ke arahnya. Kunyahan Amanda menjadi perlahan. Dia cuba mencari akal untuk menjawab soalan papanya yang senang itu tetapi susah untuk diberi jawapan. Silap cakap,memang kantoilah dia.
"Hm,kawan masa sekolah dulu. Papa tak kenal sangat kot."
"Lelaki?"
"Lelaki,perempuan."
Aku tak menipukan kira? Sebab betullah lelaki dan perempuan. Aariz lelaki,Anisya yang dah tertidur dekat seat belakang perempuan. Bisik hati Amanda yang serba salah dengan jawapan yang diberikan kepada papanya.
Tan Sri Lukman mengangguk faham lalu fokus kembali kepada makanannya. Amanda pula berasa lega kerana usai itu papanya tidak bertanyakan sebarang soalan lagi. Kalau tidak,masaklah dia hendak mencari jawapan setiap pertanyaan yang mengalahkan seorang detektif hendak menyiasat kes itu.
-
Walaupun sempat reda buat beberapa jam,sekali lagi hujan lebat turun pada waktu tengah malam ini diiringi kilat dan bunyi dentuman petir yang membuat Amanda terjaga. Dia meraba-raba bawah bantalnya cuba mencari telefon pintarnya. Biasanya dia akan meletakkan telefon pintarnya di bawah bantal sebelum tidur agar dia mudah untuk melihat jam dikala dalam biliknya yang gelap pada waktu malam.
Amanda menepuk dahinya. Baru dia teringat telefon pintarnya tertinggal di ruang tamu tadi selepas membelek Instagram sebelum tunaikan solat Isyak tadi. Walaupun asyik terkejut dengan kilat dan bunyi dentuman petir,Amanda tetap memberanikan diri untuk keluar daripada biliknya. Bahaya juga kalau telefon pintar tiada di sisi,risau terbabas pula hendak bangun pagi.
Amanda tersenyum setelah dapat telefon pintarnya yang terletak di atas sofa itu. Tiba-tiba dia terasa deru nafas seseorang terasa pada tengkuk lehernya. Bau alkohol juga turut memasuki rongga hidungnya.
"A-abang,ba-balik lewat lagi? " tanya Amanda gagap. Izz tersenyum sinis dan mula merangkul pinggang Amanda daripada belakang.
"Sebab Amanda lah. Abang cemburu tengok Aariz dengan Amanda siang tadi." balas Izz. Lantas Amanda melepaskan tangan Izz yang melingkar pada pinggangnya lalu menolehkan badannya menghadap Aariz.
"Abang dah pernah janjikan nak tinggalkan semua ni? Sampai bila abang nak tipu mama papa?" soal Amanda lagi serius. Nafasnya mula tidak teratur.
"Sampai Amanda sah jadi milik abang! Sekarang,ini saja cara biar Amanda cepat jadi milik abang." kata Izz lalu menolak tubuh Amanda jatuh di atas sofa itu. Telefon pintarnya yang berada di tangannya terhempas kuat di atas lantai dan berderai.
"Ya Allah,bang. Abang nak buat apa ni?! Istighfar lah,bang!" kata Amanda sambil cuba menggunakan segala kudratnya untuk menolak tubuh Izz menindih dirinya walaupun agak sukar bagi dirinya untuk melawan seorang lelaki.
"Diam!"
Pang!
Satu tamparan hinggap pada pipi Amanda yang membuat bibir Amanda pecah berdarah. Tanpa membuang masa,Amanda terus menendang kuat alat sensitif Izz dan terus mencicit lari menuju masuk ke bilik tidurnya. Izz pula yang sudah terasa senak itu terbaring di atas lantai cuba menahan sakit sambil mengepitkan kedua kelengkangnya.
Terus Amanda mengunci pintu bilik tidurnya risau diterjah oleh Izz pula. Dadanya yang berombak kencang dipegang cuba merasakan jantungnya yang berdegup kencang. Peluh dingin menitik dari tepi dahinya walaupun kamarnya dipasang pendingin hawa. Ini bukan pertama kali dia terserempak dengan Izz dalam keadaan begitu. Pulang dalam keadaan mabuk pada waktu lewat malam tanpa pengetahuan sesiapa. Pandai talam dua muka sehingga semua orang menyangka dia baik. Inilah salah satu sebab Amanda menolak keras untuk dikahwinkan dengan Izz. Izz tidak boleh menjadi imam yang terbaik untuk dirinya pada masa akan datang sedangkan dia amat memerlukan seorang suami yang boleh membimbing dirinya suatu hati nanti agar lebih dekat dengan Allah.
Amanda membuka lampu dan duduk dihadapan cermin meja soleknya. Tisu yang terletak dihadapannya itu diambil lalu mengelap darah yang terdapat pada tepi bibirnya. Kelihatan pipinya juga bengkak. Dia mahu keluar untuk mengambil ais bagi menuam pipinya yang bengkak tetapi takut. Risau Izz yang masih dalam keadaan mabuk itu masih berada di tingkat bawah. Pada masa yang sama,Amanda baru teringatkan tentang telefon pintarnya yang tercampak dari dalam tangannya. Dia berdecit perlahan. Kedengaran tadi seperti terhempas kuat dan berderai. Nafas keluh dihela. Entah apa nasib telefon pintar miliknya. Sudah rosak ataupun masih boleh digunakan.
BERSAMBUNG....

ANDA SEDANG MEMBACA
LOST IN LOVE
RomanceROMANCE OF THE YEAR (THE ICE AWARD 2019) First Romance Novel by @pinkguinsoo__ "Jadi kita berpisah buat sementara je? Bukan selamanya?" "Yes,my dearest Jihan Amanda." - Adeeb Aariz. - "Here,Maisara Sumayyah. My wife. We married two years ago." Perk...