Amanda baru sahaja selesai makan ubat setelah diberikan oleh jururawat sebentar tadi. Dia mula berbaring merehatkan badannya di atas katil. Tangan kirinya yang dicucuk dengan set branula dipandangnya.
"Agak-agak bila boleh keluar? Aku dah bosan kat sini." omel Amanda sendirian. Mana tidaknya bosan,kerjanya asyik baring,makan dan tidur sahaja. Ini baru dua hari. Belum seminggu lagi. Hendak menghadap telefon pintar pun tidak berapa nak larat. Pegang sebentar lalu akan diletakkan semula.
Pintu dikuak daripada luar menandakan akan ada seseorang yang masuk sebentar lagi. Kelihatan mamanya melangkah masuk bersama dua orang gadis dibelakangnya sambil menutup wajah menggunakan hujung tudung masing-masing. Konon pura-pura sembunyi biar Amanda tidak mengecam mereka
"See,Amanda. Mama bawa siapa ni."
"Tadaa!" Dengan terujanya Adilla dan Ellyza menunjukkan wajah mereka berdua. Amanda memincingkan matanya untuk mengecam wajah mereka berdua.
"Kenapa tengok Dilla dengan Ell macam tu?" tanya Puan Sri Henny hairan.
"Dilla? Ell? Siapa diorang ni?" balas Amanda kembali dengan soalan. Adilla dan Ellyza saling berpandangan sesama mereka.
"Wait. Kau amnesia ke? Kitaorang ni kawan kau. Takkan tak kenal?" kata Adilla seakan tidak percaya. Amanda menggeleng perlahan.
"Aunty,Amanda betul-betul amnesia ke?" tanya Ellyza. Mama Amanda sekadar menggeleng dengan kerutan seribu di dahinya.
"Tak. Doktor just kata dia stres dengan demam panas je. Kalau kepala dia tu tak ada apa-apa yang parah pun."
Melihat kegusaran pada Adilla,Ell dan mamanya,terus terbahak-bahak Amanda ketawa seraya memegang perutnya. Lucu betul apabila melihat reaksi mereka. Pada masa yang sama, Puan Sri Henny,Adilla dan Ellyza terpinga-pinga seketika.
"Kelakarlah korang ni. Kena prank sikit dah kalut macam apa." ujar Amanda yang masih dengan sisa ketawanya. Adilla mengetap gigi dan mendongkol geram. Bahu Amanda menjadi sasaran pukulannya.
"Aduh,sakitlah! Tak baik tau pukul orang sakit."
"Amboi,banyaklah kau. Orang sakit dia tak kenakan orang. Rehat je. Memang dasar Jihan Amanda!" balas Adilla geram. Puan Sri Henny menggeleng kepala melihat Amanda.
"Menyempat je nak kerjakan orang. Dia betul-betul amnesia baru tahu." bebel mamanya pula.
"Ala,ala...Tak naklah macam tu. Manda gurau je." rengek Amanda seakan anak kecil dengan riak wajahnya yang seperti ingin meraih simpati.
"Tahu pula kau takut. Orang punyalah risau,dia siap boleh main-main lagi." omel Ellyza pula. Amanda tersengih seperti kambing.
"Apa-apa jelah. Mama keluar dulu. Berboraklah dulu dengan Dilla dan Ell." celah Puan Sri Hennya agar mereka dapat meluangkan masa dengan selesa.
"Terima kasih aunty sebab tolong bawa kami ke sini." ucap Adilla dengan senyuman manisnya.
"Sama-sama." balas Puan Sri Henny lalu keluar daripada ruangan wad itu. Adilla pula menarik rapat sebuah kerusi ke sisi katil Amanda manakala Ellyza lebih selesa melabuhkan punggungnya pada birai katil itu.
"Apa yang buat kau stres sangat tu? Mesti banyak benda kau pendam ni." kata Adilla.
"Haah. Kalau kau pun dah lama tak cerita apa-apa dengan kitaorang. Sunyi je dalam chat group." balas Ellyza pula. Amanda sekadar mengukirkan senyuman nipis.
"Eh,eh. Dia senyum pula. Cerita jelah. Kau lupa ke kami sentiasa ada untuk kau." kata Adilla lagi. Ellyza mengangguk setuju.
"Entah. Aku pun sanggup lari ke sini jenguk kau walhal orang kat rumah tu tengah tungkus lumus untuk majlis nikah aku besok." balas Ellyza pula. Amanda berdecit perlahan sambil memandang ke arah Ellyza.

ANDA SEDANG MEMBACA
LOST IN LOVE
RomanceROMANCE OF THE YEAR (THE ICE AWARD 2019) First Romance Novel by @pinkguinsoo__ "Jadi kita berpisah buat sementara je? Bukan selamanya?" "Yes,my dearest Jihan Amanda." - Adeeb Aariz. - "Here,Maisara Sumayyah. My wife. We married two years ago." Perk...