Nayla memasuki rumah Maisara setelah dipelawa masuk. Matanya meliar ke segenap ruangan rumah itu. Cantik,bersih dan kemas. Namun tiba-tiba matanya tertancap pada sebuah bingkai gambar besar yang tergantung pada dinding ruangan itu. Gambar sebuah keluarga yang bahagia.
Rasanya sebelum ini gambar ini tiada. Mungkin baru sahaja diambil.Maisara pula meletakkan segelas jus oren yang ditatangnya di atas dulang bersama sosej yang digorengnya tadi di atas meja.
"Adeeb Aariz suami Maya?" tanya Nayla untuk memastikan kebenaran. Dia tidak mahu tersalah tuduh dan risau lelaki dalam gambar itu hanya pelanduk dua serupa.
Maisara melangkah ke sisi Nayla dengan senyuman di bibirnya. Walaupun sudah beberapa tahun bertemu Maisara tetapi dia tidak pernah bersemuka lagi dengan suami sepupunya.
"Ya. Dari mana Nayla tahu nama dia?" jawab Maisara diiringi dengan soalan semula untuk Nayla. Senyuman juga masih lekang pada bibirnya kerana tidak tahu apa tujuan disebalik pertanyaan Nayla.
"Jadi awak perosak kebahagiaan Amanda empat tahun yang lepas?" tanya Nayla seraya menatap tajam wajah Maisara.
"Awak kenal dia,Nayla?" tanya Maisara dengan senyuman kekok.
"She's my bestfriend. We were schoolmate." balas Nayla dengan tatapan yang tajam. Maisara terpana seketika.
"Awak tahu tak betapa merana dia selepas ditinggalkan Aariz macam tu je? Awak tak tahu macam mana susahnya dia nak lupakan Aariz? Awak dan Aariz tak tahu semua tu. Yang awak berdua tahu ialah kebahagiaan korang sendiri. Tapi awak pernah tak terfikir kebahagiaan awak tu atas air mata seseorang? Pernah awak fikir?!" luah Nayla yang selama ini memang tidak berpuas hati dengan Aariz dan isterinya. Tetapi dia tidak mampu ingin meluahkan seperti rakan-rakannya yang berpeluang 'sound' Aariz dan Maisara memandangkan dia sedang melanjutkan pelajarannya di Jordan saat itu.
Terus Maisara terduduk di atas sofa sambil menekup wajahnya dan menangis teresak-esak. Dia tidak sangka perkara ini akan diungkit lagi setelah 4 tahun. Kejam sangat ke apa yang dirinya lakukan sehingga membuat orang sekeliling Amanda sangat membencinya?
"Adakah sebab tu suami awak tak pernah nak berjumpa saya? Atau awak sengaja sembunyikan dia?! Awak pura-purakan tadi!"
"Stop it,Nayla! Enough! Stop tuduh saya macam-macam!"
"Saya tak tuduh! Saya just nak tahu apa yang ada dalam fikiran awak. Takkan awak tak tahu dia tunang Amanda?" tanya Nayla yang masih berdiri. Tidak betah dia hendak duduk berhadapan dengan Maisara untuk bahas hal ini.
"Saya sayangkan dia sebagai seorang lelaki yang bukan tunang orang,Nayla. Buat pengetahuan awak,dia tak pernah dia dah bertunang kat saya sampai kami dah kahwin." jelas Maisara sambil memandang Nayla yang membelakangi dirinya di muka pintu.
Nayla pula diam,tidak menjawab sepatah. Pandangannya hanya dihalakan ke luar rumah itu sambil berpeluk tubuh. Dia yakin pasti ada lagi yang ingin diluahkan oleh Maisara.
"Tapi..." Maisara berjeda. Nayla memusingkan badannya ke arah Maisara.
"Tapi apa,Sara?" tanya Nayla seraya melangkah perlahan ke arah Maisara masih dengan berpeluk tubuh. Matanya dipincingkan memandang sepupunya itu.
"Sebenarnya saya sendiri dah tahu Aariz bertunang sebelum kami menikah lagi. " jujur Maisara dengan nada yang agak perlahan. Bengis wajah Nayla yang lemah lembut itu menatap Maisara. Dia mendengus kasar.

ANDA SEDANG MEMBACA
LOST IN LOVE
RomanceROMANCE OF THE YEAR (THE ICE AWARD 2019) First Romance Novel by @pinkguinsoo__ "Jadi kita berpisah buat sementara je? Bukan selamanya?" "Yes,my dearest Jihan Amanda." - Adeeb Aariz. - "Here,Maisara Sumayyah. My wife. We married two years ago." Perk...