"Dah tahu dia tunang orang,kenapa still bersama dengan dia lagi? Tak ada lelaki lain dah?" soal Nayla dua tubi. Maisara terdiam seketika. Matanya menekur ke lantai. Bukan dia tiada jawapan,cuma sukar untuk mengungkapkan jawapan kepada persoalan itu.
"Answer me,Maisara Sumayyah. I know you know the answer." kata Nayla. Maisara berdiri memberanikan diri memandang wajah Nayla dan bertentang mata.
"Sebab saya dah terlanjur cintakan dia." jawab Maisara. Mengendur nada suaranya. Nayla terus mengangkat tapak tangannya lalu dihalakan pada pipi kanan Maisara.
PANG!
Tapak tangan Nayla hinggap pada pipi Maisara sehingga terteleng wajah sepupunya itu.
"My butt,terlanjur cinta. You're such a selfish,Sara." kata Nayla dengan nada perlahan. Maisara masih tidak memandang wajah Nayla.
Dia memegang pipinya yang terasa kebas itu. Kuat juga tamparan Nayla,tidak padan dengan orangnya yang lemah lembut dan sentiasa ayu. Sekali amarahnya dilepaskan,tiada yang dapat sangka dia akan bertindak sejauh ini.
"Saya takkan balas,Nayla. Saya sedar kesalahan saya. Kalau saya tahu saya akan dibenci oleh ramai orang macam ni,saya takkan kahwin dengan Aariz dan datang sini. Ini salah satu penyesalan saya dalam hidup." kata Maisara. Air matanya menitis ke lantai.
"Dah terlambat untuk segalanya,Sara. Nasi dah jadi bubur. Nak menyesal pun dah tiada guna. Assalamualaikum." balas Nayla lalu mengambil beg tangannya dan mengorak langkah pergi dari situ.
Maisara pula terjelepok di atas lantai dengan air mata yang menitis sambil memandang Nayla pergi dari rumah itu.
Ya Allah,kau tabahkan lah aku dalam menerima balasan atas perbuatanku dulu. Sungguh aku menyesal. Aku tidak sanggup dibenci oleh saudaraku sendiri. Hanya dia yang aku ada di dunia ini,Ya Allah.Berdoa Maisara merayu kepada Allah dalam hati.
-
Deringan telefon pintarnya menyentakkan Amanda dari lamunannya yang menatap kosong skrin komputer sejak tadi. Sejak dia akan dijodohkan dengan Izz,dia banyak termenung. Sama seperti dia saat dia memutuskan pertunangan bersama Aariz dulu. Walau bagaimanapun,Amanda akan memastikan perkahwinan ini tidak akan pernah terjadi.
Amanda lantas menjawab panggilan itu. Kedengaran suara seseorang yang dikenalinya menyapa di hujung talian.
"Hello,Amanda. Assalamualaikum."
"Waalaikumsalam. Ada apa ni tiba-tiba call aku?"
"Saja,rindu kau."
"Rindu aku?"
"Ala,aku gurau je. Ni hah nak tanya kau pasal dinner next week tu. Kau pergi dengan siapa?"
"Of course with my mama,papa and other family members."
"Maksud aku selain family kau. Mana tahu kau pergi sama dengan boyfriend kau."
"Pfft,boyfriend? Sorry,kau lupa ke aku ni shining solo? Macam dalam lagu Solo by Jennie Kim tu."
"Lah,mana tahu nak buat suprise tiba-tiba. Kalau macam tu baguslah. Kita pergi sama-sama nak?"
"Girlfriend kau nak letak mana kalau kau pergi dengan aku?"
"Ish,aku ni single twinkle. Mana ada girlfriend. Kau jelah aku ada."
"Banyaklah kau. Aku suruh pergi ngurat Nayla tak nak. Walhal Nayla tu baik,solehah,lemah lembut,ayu. Kira full pakej apa."
"Ala,kau ni. Ke situ pula jadinya. Jomlah kau saing dengan aku. Kau shining solo,aku single twinkle. Tak ke great combination gitu?"
"Pandailah kau punya great combination. Nanti-nantilah aku fikir."
"Kau jangan lupa,Manda. Ex kau nanti ada sekali kat sana. Ini dinner tiga buah syarikat. Syarikat papa kau,uncle aku dan ayah Aariz. Mustahil dia tak ada sebab dia perwaris tunggal ayah dia. Kita dah pernah mengaku kita bertunang dulu dengan dia. Takkan aku nak datang dengan orang lain?"
Amanda memicit pelipisnya. Ada benarnya juga kata Raihan. Kenapa dia tidak boleh terfikir sampai begitu sekali? Mungkin kerana serabut masalah yang satu persatu datang.
"Okey,aku setuju pergi sama dengan kau. Thanks sebab ingatkan aku pasal tu."
"Yezza! No problem,darl. Nanti apa-apa roger okey? Bye!"
"Bye."
Talian diputuskan. Amanda meletakkan telefon pintarnya di atas meja. Makan malam di hotel tersebut akan berlangsung minggu hadapan. Satu masalah lagi datang.
Masalah ingin mencari dress atau gaun untuk ke majlis itu. Ini yang paling payah kerana perlu sesuai dengan tema yang ditetapkan. Andai dibenarkan memakai baju kurung moden ke sana,pasti dia akan pakai kerana baginya simple dan cantik.
BERSAMBUNG....
Long time no see,guys! I've been so busy lately. Sorry for the late update. 😓
So,amacam? Puas hati tak Maisara kena cukup-cukup dengan Nayla?
Btw,korang fikir Izz tu baik sangat ke?😏

ANDA SEDANG MEMBACA
LOST IN LOVE
RomanceROMANCE OF THE YEAR (THE ICE AWARD 2019) First Romance Novel by @pinkguinsoo__ "Jadi kita berpisah buat sementara je? Bukan selamanya?" "Yes,my dearest Jihan Amanda." - Adeeb Aariz. - "Here,Maisara Sumayyah. My wife. We married two years ago." Perk...
BAB 18?
Mula dari awal