抖阴社区

Identity 6

9.1K 442 7
                                        

"Aryana..."

"Aryana...."

"Ikut aku. Jangan tinggalkan aku."

"Ikut aku.."

Tangan seorang perempuan yang berlumuran darah memegang pipi seorang gadis kecil.

Gadi kecil bernafas kencang.

"Tak nak!!"

"Ikut aku!! KAU MILIK AKU!!"

Tangan perempuan itu mencekik leher si gadis kecil tersebut.

"TAK NAK!!!"

Aqilah bangun mengejut.

Nafasnya tidak sekata. Kencang bagaikan dia berlari laju.

Jam menunjukkan 3 pagi.

Aqilah menutup matanya seketika. Tubuhnya berpeluh lebat.

"Kenapa aku mimpi bukan bukan?'

Muka diraup.

Pantas langkah dituju ke dapur di tibgiat bawah. Air mineral yang berada di peti sejuk diminum.

"Huh..."

Peti sejuk ditutup.

Tubuh dipalingkan dan sesusuk tubuh manusia mengejutnya.

"Argh!!"

Aqilah terkejut akibat sergahan itu.

"Eiii!! Abang!!" Aqilah mengurut dadanya.

"Terkejut Yana tahu tak?! Kang kalau Yana ada sakit jantung macam mana?!"

Aqilah menjeling Arfan yang terkekek kekek ketawa dihadapannya.

"Hehe.. Yela yela maaf. Ni kenapa bangun ni?"

"Tanya diri sendiri dulu."

"Eh budak ni. Abang ada kerja sikit la. Kenapa Yana bangun?"

"Abang...."

"Apa?"

"Tadi Yana mimpi ada budak kecil ni kena serang dengan seorang perempuan. Yana tak tahu lah apa maksud dia tu."

Dalam kegelapan sempat Aqilah menangkap riak muka Ardan berubah seketika.

"Takde apa apa lah tu. Mimpi kan mainan tidur je. Dah lewat ni , pergi tidur."

"Yela..."

Baru sahaja beberapa langkah dia menaiki tangga..

Groommm

Bunyi guruh dan cahaya kilat yang menembusi dari tingkap menyentakkan gadis itu.

"Argh!!!" Aqilah jatuh terduduk ditangga itu sambil kepala menunduk dan tangan menekup telinga.

Nafasnya kencang dan hampir air mata menuruni pipinya.

"Yana!!"

Ardan pantas mendapatkan adiknya.

"Yana takut.."

"Shh.. Shh.. Takde apa apa. Abang ada." Ardan memeluk Aqilah.

Aqilah tidak boleh mendengar bunyi guruh dan cahaya yang terang.

[OG] IdentityTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang