抖阴社区

Identity 19

7.1K 361 8
                                        

Adam meneliti muka tenang Aqilah yang sudah pun terlena itu. Jarum jam menunjukkan sudah hampir 1 pagi.

Adam perlahan lahan keluar dari bilik mereka. Ruang tamu dituju.

Kelihatan Hafie , Amran dan Haikal memakai pakaian serba hitam lengkap bersama topeng muka.

"Dia dah tidur?" Soal Hafie. Adam mengangguk sebagai balasan. Topeng muka dan jaket kulit yang berada diatas meja diambil.

"Jom. Sebelum Aqilah bangun."

Mereka menuju ke kereta masing masing.

Masing masing menuju ke lokasi yang sama.

Dengan menggunakan bluetooth earphone mereka berkomunikasi.

"Kau pasti dia tak kan apa apa?" Soal Amran.

"Aku pasti. Aku dah suruh budak kita jaga rumah dari jauh. Jadi kita tak perlu risau." Kata Adam

Menjadi Ketua Mafia dan Spy sebuah organisasi bukanlah pilihan tetapi takdir.

Ketua Mafia kumpulan Black Wolf memang sangat disegani. Dan itu ialah Adam.

Bersama orang kanannya , Hafie Si Headhunter , Amran Hacker dan Haikal The Cunning Fox membuatkan empayar Mafianya lebih meluas.

Adam. Atau lebih dikenali sebagai Ad di dunianya. Dia segalanya. Pakar dalam semua bidang. Pelurunya tidak pernah terlepas dari badan musuh. Dalam bidang IT pula dia amat pantas dan cekap. Setiap maklumat pasti dapat.

Hafie ataupun Fie Lelaki yang amat gilakan kepala musuh. Peluru tidak pernah terlepas dari kepala mereka. Dia yang paling ganas.

Amran AKA Nik Hacker terbaik kumpulan Mafia ini. Dalam masa beberapa minit , setiap maklumat yang dia inginkan terletak digenggamannya.

Haikal atau nama Mafianya Az ialah seseorang yang amat licik. The Cunning Fox nama yamg diberi khas. Pandai menyamar dan bijak menyusun strategi. Pandai mengambil perhatian musuh dikala rakannya membuat kerja.

Inilah hidup mereka.

Membunuh atau dibunuh.

4 kereta berjenama elok diletakkan dihadapan sebuah mansion mewah lagikan besar.

The Black turun dari kereta masing masing. Sebaik sahaja pintu dibuka , kesemua menunduk hormat.

"Info?"

Seorang lelaki yang berada disitu memulakan bicara.

"Tiger tiada apa apa pergerakan sekarang tetapi ada beberapa dari kumpulan kita kata mereka mendengar perbualan anak buah Tiger. Tiger rancang nak culik isteri bos dan menjualnya."

Adam mengetap rahangnya erat.

"Anything more?" Soalnya dingin.

"Kami masih tak dapat cari identiti isteri boss sebab kawalan terlalu ketat. Kami pun tak tahu kenapa."

"Hah? Wei Aqilah siapa do? Pahal kawalan dia ketat sangat?" Rungut Amran.

"Tentang siapa yang nak bunuh kawan aku? Kau dah cuba cari?" Soal Hafie pula.

"Buat masa ni kami belum jumpa apa apa clue. Tapi saya rasa boss patut tengok ni." Satu fail diberikan pada mereka.

"Apa ni?" Soal Adam.

"Laporan psikologi isteri boss."

The Black tersentak melihat laporan itu.

Despression.
Anxiety.
Athazagoraphobia. (Fear of being ignore)
Thanatophobia. (Fear of losing the love)
Aquaphobia. (Fear of drowning)
Astrapophobia. (Fear of storms)
Photophobia. (Fear of flashlight)

[OG] IdentityTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang