抖阴社区

Identity 50

6.8K 369 17
                                        

"Tepuk amai- amai belalang kupu kupu. Tepuk adik pandai emak--"

"Astaughfirullahalazim... Kal. Dah 27 kali aku suruh kau diam." Hafie meraup mukanya.

"Suka hati aku lah. Kerja aku dah habis."

Ya. Mereka sekarang di markas mereka.

"Kerja kau dah habis , masalahnya kitorang punya belum lah , syaitan."

Jap jap. Kerja apa dorang buat?

Hehe rahsiaaa~~

Haikal: Cakap je lah yang kau tak ada idea

Waina: Hehe...

"Aku bosan kut. Lama lagi ke korang nak habis?"

"Kitorang dah nak habis. Si Adam tu ha. Kerja dia berlambak." Balas Amran.

"Kutuk aku ke?" Suara datar dari arah pintu menyentakkan mereka.

"Ehh Adam.. Tak lah. Takkan lah kita nak ngutuk kau."

"Haikal. Aku kenal kau dah berapa tahun wei. Bila nak ubah perangai munafik kau tu?" Ujar Adam selamba.

"Tahun depan?"

"Dah lah. Malas aku layan kau." Adam memusingkan matanya.

"Yang kau ni kenapa datang sini , Dam?"

"Jom balik."

"Aik? Tak pernah pernah kau nak balik awal. Selalunya jam 3-4 pagi baru balik." Sambung Amran lagi.

"Aku tak nak tinggalkan Aqilah sorang sorang kat rumah. Bahaya. Korang tak nak balik awal ke?"

"Eh eh nak wei nak! Siapa tak nak?"

"Dah tu? Jom lah."

Selesai menutup suis komputer , mereka berempat menuju ke kereta masing masing.

Bunyi deruman kereta kedengaran di sepanjang jalan raya.

✴✴✴✴✴✴✴✴✴✴

"Awal awak balik?" Kata Aqilah sebaik sahaja Adam memasuki bilik mereka.

"Habistu? Kan aku dah janji tak balik lambat dah."

"Tapi kerja awak?"

"Aku pergi sana buat kerja sejam je. Yang sampai 3-4 pagi tu kalau ada musuh datang serang ataupun ada mesyuarat. Tak pun aku berlatih."

"Mesti awak penat kan?"

"Memang penat. Tapi lepas tengok muka kau terus tak jadi penat."

"Ceh. Ayat cliché! Cringeee!!"

"Cringe cringe ni juga yang kau suka kan?"

"Hehe.. Awak dah makan ke belum?"

"Belum."

"Nak makan tak? Saya masakkan."

"Kau tak makan lagi ke?"

"Belum."

"Kenapa tak makan?"

"Malas."

"Makan pun malas? Sebelum ni 24 jam makan je kerja. Tu tengok. Pipi ni dah macam pau dah." Adam mencubit kedua belah pipi Aqilah.

[OG] IdentityTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang