Aqilah membuka matanya. Jarum jam menunjukkan jam 5 pagi.
Adam masih lena disebelahnya.
Aqilah menggeliat sedikit sebelum bangun dari pembaringannya.
Muka dibasuh dan gigi diberus sebelum melangkah kearah bilik pakaian.
Uniform sekolah kelima lima mereka digosok dengan berhati hati. Kang hangus susah pula.
30 minit kemudian , dia menuju pula keaah dapur setelah selesai menyerika kesemua baju.
Bahan mentah dikeluarkan dari peti sejuk.
Dia mula memasak santapan untuk mereka.
30 minit selepas itu , nasi goreng serta bihun goreng tersedia diatas meja.
Jarum jam menunukkan jam 6:00 pagi. Dia pergi kebilik pakaian , mengambil uniform kelima lima mereka sebelum pergi kebilik untuk mengejutkan para lelaki.
Bilik Hafie dimasuki. Kelihatan lelaki itu masih enak diulit mimpi.
Baju pengawas Hafie digantung di pintu almari.
"Hafie , Hafie. Bangun woi sekolah."
Hafie terpisat pisat bangun. Dia terus mengambil tuala dan masuk ke bilik mandi.
Aqilah keluar untuk mengejutkan yang lain.
Selesai mengejutkan Amran dan juga Haikal dia menuju kearah biliknya dan Adam.
"Awak.. Awak. Bangun lah. Sekolah."
Adam membuka matanya.
Dia bangun dari pembaringannya.
"Kau pergi lah mandi dulu."
Aqilah akur. Dia mengambil bajunya dan tuala sebelum masuk ke bilik mandi.
Beberapa minit kemudian , dia keluar semula.
"Kau boleh solat?"
Aqilah hanya mengangguk.
"Tunggu aku. Kita solat sama sama."
Adam hilang didalam bilik mandi.
Aqilah pula menyediakan sejadah. Telekung yang disimpan didalam almari pakaian diambil dan dipakai.
Beberapa minit selepas itu , Adam keluar.
Walaupun dia ialah seorang mafia , tak semestinya dia perlu meninggalkan perkara wajib itu. Begitu juga Aqilah. Dia memang tidak bertudung tetapi dia masih melakukan ibadah itu.
Adam mula mengangkat takbir mengimamkan solat mereka.
"Allahuakbar."
Bacaan alunan suci al-quran dari mut Adam mendayu dayu.
Beberapa tika selepas itu , salam diberikan.
"Assalammualaikumwarahmatullah , Assalammualaikumwarahmatullah."
Selesai berdoa , Aqilah menghulurkan tangannya.
Adam menyambutnya dan Aqilah menyalam tangan suami nya itu.
Telekung dan sejadah diletakkan semula ditempat asal.
Aqilah menyikat rambutnya. Dari cermin kelihatan Adam sedang memakai tali lehernya.
Kaki melangkah kearahnya.
"Sini saya tolong."
Aqilah mengambil tali leher dari tangan Adam. Tangannya lincah memakaikannya.

ANDA SEDANG MEMBACA
[OG] Identity
Teen FictionBeautiful cover by @prncsiman Aryana Aqilah. Siapa sangka gadis yang dingin ini bisa mengubah hidup seorang Tengku Adam Iman Hanafie? "You're my Miele." - Tengku Adam Iman Hanafie. Disaat kesusahan melanda, dia datang menghulurkan tangan biarpun tah...