Seperti yang dijangkakan, 6G tiba di sekolah selepas 4 hari tidak bersekolah tanpa sebarang alasan.
Wajah masing-masing mempamerkan reaksi dingin. Tak kisah sebarang pandangan yang diterima, mereka beku.
Kenapa boleh tiba-tiba beku? Yelah kan, sebelum ni pun diorang manalah nak beku macam tak ada hati.
Fahrin terlihat 6G yang tiba. Pantas sahaja ketua pengawas itu menegur dengan sapaan yang paling ramah.
Paling ramah dan spesial untuk diorang. Khas untuk 6G sendiri.
Dan, muncullah ketibaan si kepala hanat, Faiq. Korang mesti pelik kan kenapa Faiq ni kena label hanat?
Memandangkan kes conteng meja masih lagi disiasat, daripada situlah mereka berkawan
Entah teman macam mana, yang pasti si Faiq dan Fahrin ni ada personaliti yang berbeza-beza.
Biarpun kepala dua-dua mintak sebijik penumbuk.
"Korang belum berkumpul lagi ke? Tak lama lagi perhimpunan pagi sebelum acara mula" ujar Faiq, memandang mereka berenam.
"Ckk, awal pagi pun nak perhimpunan segala. Macamlah kompleks ni sekolah dia punya" sindir Dayyan, geram saat melihat rumah sukannya.
Sudahlah alone, siapa nak temankan dia di sana selepas lima rakannya yang lain berpecah ke rumah rumah sukan masing-masing?
"Kau janganlah risau, Day. Aku tau kau alone sekarang, nanti mintak diorang Faiq temankan ek" pujuk Waniey, menampar pipi Dayyan bertubi-tubi dengan lembut.
Nanti bila ditampar kuat, memang meraung lah dia sampai nyanyi lagu Despacito.
"Ahh, sudahlah. Jom eskep" ajak Dayyan, bersinar mata memandang lima rakannya yang berkerut dahi.
Eh sat, dia cakap eskep ke tadi?
"Wahai tikusku yang dilabel Dayyan Hazira, sejak bila kau excited nak eskep sukan?" soal Athiyah, dengan nada datar sambil memandang rakannya.
"Sejak aku malas nak tengok muka DEXSAA" jawab Dayyan, menggulingkan anak matanya daripada terus memerhati DEXSAA yang diam-diam mencuri pandang.
Amboi, pandai ek curi tengok orang. Tau tak mencuri tu salah satu akta larangan undang-undang negara? Akta-
Keyh, kita setop kat sini memandangkan author tak tau akta ke berapa.
Tapi ni kes lain. Kalau setakat curi pandang pun dikira mencuri jugak ke?
Jam menunjukkan pukul 7:40 pagi. Masing-masing berbaris berhadapan dengan stadium kompleks itu sambil menyanyi lagu 'Negaraku' dan lagu rasmi sekolah.
Memandangkan waktu yang ada cukup terhad, peserta lelaki 15 tahun akan turun terlebih dahulu diikuti oleh peserta perempuan 15 tahun.
Walaupun salah satu tokoh British mengungkap, 'ladies first', tetapi kita bukan agama British kan?
Jadi, ikutlah syariat Islam yang mengungkap, 'kaum adam first'. Nak suruh perempuan rasmikan setiap acara tetapi populasi perempuan yang tengah sakan membeli makanan kat bawah lebih banyak berbanding lelaki.
Yups, diorang ulat beluncas yang tak serik-serik dengan makanan manis. Kalau duit ada, tak jadi masalah pun untuk mereka.
Yang jadi masalah,
Bila dompet kau tinggal, sekaligus dengan duit berlambak kat dalam pun turut tinggalkan kau.
Okey, itu sakit.
Puasa setengahlah jadinya.
Acara lelaki 15 tahun dimulakan. Seperti yang berlaku sewaktu tahun lepas, sememangnya atlet asli seperti Arden, Shah, Xavier dan Dhafiq tak akan tinggalkan peluang sesuci emas lenyap begitu sahaja!

ANDA SEDANG MEMBACA
[S2] THE SONRAKI ?
Action? *?-2nd peonylimette land-?*? ?They come back.? W A R N I N G ? - Mature Content . - There'll be scene brutal and violence . - Gonna have a strong languages . - Stealing the work of a person is unlawful . - Mistakes with some words , english lan...