抖阴社区

?Bab 24 [S]?

231 28 0
                                        

"Stay sana untuk 2 minit Dayyan. Lepas 2 minit, aku nak kau jalan slow 12 langkah dan sampai ke titik buta" - Amy

"Jap, jap. Kau nampak aku di mana ni?" soal Dayyan, pelik sambil melilau mata mencari mata-mata Amy.

"Eva dah letak cctv mini di setiap penjuru tu. Kau cuma perlu ikut cakap aku, dan jangan buat apa-apa tindakan sekarang ni" - Amy

"Ha, okey okey"

Dayyan menunggu sehingga 2 minit berlalu. Kedengaran suara Amy di dalam gegendang security earphone.

"Okey, jalan 12 langkah sampai aku cakap stop. Satu," - Amy

Perlahan-lahan Dayyan berjalan sambil mendengar pengiraan Amy melalui earphone tersebut. Dia perlu sampai ke titik buta sebelum ada yang terlihat dirinya.

Terutama sekali, figura tersebut.

"Okey stop. Nanti bila kau dah nampak dia, kau ikut je stairght. Kalau dia perasan, kau menyorok di sebalik bangunan tu. Jangan terlalu hampir dengan dia kalau taknak kantoi" - Amy

"Roger" akur sahaja mendengar perintah Amy, Dayyan menunggu seseorang masuk ke kawasan tersebut seperti yang mereka harapkan.

"Aku dah nampak" beritahu Dayyan, sambil melirik kearah figura yang berjalan selamba tanpa menyedari kehadirannya.

Jalannya begitu santai sehingga figura itu bersiul tanpa menyedar Dayyan menghendap dirinya.

"Macam yang kita cek petang tadi, dia tetap pergi ke tempat tu." Tak jangka jugak sebab petang tadi sudah 2 orang masuk kawasan ni.

Dan, kedua-duanya sama jantina.

Tapi, salah satu figura itu bukan target 6G. Seperti orang baru atau kemungkinan besar,

Mereka menjumpai,

Ketua TED Junior.

Flashback

8:40am

"Okey, okey. Aku malas nak turun ke xxx tu. Busuk nak mati" - [ A ]

"Bullshit. Aku pun malas nak turun ke xxx tu. Buat stress je. Sudahlah kawasan terpilih tu buruk sangat. Bangunan simpang xxx tu pun macam nak roboh. Kalau kita mati, aku tuntut duit saman" - [ B ]

"Ckk, kau bercakap macam berani betul. Tadi boss ada bagitau dia nak jumpa kau petang ni, kat xxx " - [ A ]

"Ish, apa yang dia nak ni ha" - [ B ]

"Ikut je lah. Jam 3 petang. Don't be late. Bye" - [ A ]

Amy menjeling jam tangannya. Ahh, dia hilang idea mahu memancing dua targetnya lagi.

'Rasanya, aku pernah dengar simpang xxx tu' Amy menekan laptopnya lalu membuka laman web location.

Simpang tersebut ditulis bersama dengan kawasan pertemuan yang dijanjikan oleh sang penerima telefon.

'Laa, sini ke?' Amy tersenyum sinis sambil dia meniup telapak tangannya. Tak sudah-sudah dia mencari simpang yang disebut oleh penerima telefon.

'Gotcha!' Amy bersorak perlahan sambil tersengih suka.

Kali ni, plan A mereka masih bergerak lancar.

Tinggal plan B lagi mahu dilakukan pada petang ni.

3:00pm

"Aku periksa dulu" Dayyan keluar senyap-senyap sambil melilau mata. Dia berjalan perlahan lalu menyorok di setiap rooftop bangunan usang itu.

[S2] THE SONRAKI ?Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang