抖阴社区

?Bab 38 [S]?

180 27 0
                                        

Amy & Adam ' s POV

Amy naik muak dengan permainan di depannya. Kenapa dia seorang sahaja dikenakan hukuman berturut-turut?

Sedangkan jejaka jambu air ni dapat staright menang?

Okey, jangan kecam Adam jambu. Suara serak basah yang comel tu membuatkan Amy meluat dengar suara dia.

Tapi selepas biasa tadah telinga dengar suara dia, bukannya teruk sangat suara dia. Mungkin dia bukan dikategorikan sebagai macho.

Tapi comel.

Amy: oh siau, aku lagi comel.

Dan Amy menyampuk tanda tak puas hati dengan kecomelan Adam.

Dahinya yang sedia merah dek lastik hebat Adam kini sedia menerima lastik seterusnya.

Masalah betul kalau kalah main o-som dengan jejaka ni. Entah bomoh negara mana dia upah supaya dapat pil bertuah berturut-turut.

TUK!

"Ahhh" suara rengekan manja Amy kedengaran lagi. Dahinya diusap lembut sebelum dijeling jejaka tersebut.

Halah, dia main sengih pulak. Geram betullah.

Sekali lagi, mereka bermain. Tetapi mood Amy mahu bermain punah begitu sahaja. Dia bosan.

Yang seronok Adam, bukan dia.

Dan,

Gunting vs Kertas !

"YESSAAA!!" Amy menjerit kuat sambil mengangkat tangan yang masih mengeluarkan simbol peace itu dengan ceria. Wajah kesal Adam dijeling sambil membuat tarian itik tanda mengejek.

"Ehe kali ni turn aku~ehe kali ni turn kau kena saman~ehee" Amy menyanyi sambil menari girang. Kali ini, dahinya tidak menjadi sasaran jejari gergasi Adam tetapi,

Jejari comelnya akan mencari sasaran tepat untuk balas dendam kearah jejaka itu semula.

"Sedia?"

Amy meniup jejarinya lalu digosok sesama sendiri. Adam sudah menutup mata lalu meneguk air liur sendiri.

Gerun jika perempuan ini akan membalas perbuatannya dengan lebih teruk.

Like President America say, karma is a bitch.

Lalu,

"AHHHHH!!! SAKIT AMY DAYANA!" Adam menjerit lantang sambil tangannya meronta jari halus Amy daripada menarik anak rambut di tepi wajahnya.

"Apa kau cakap? Amy Dayana?" Amy memandang Adam dengan tatapan geram. Dia semakin geram saat namanya disebut dengan nama yang salah.

"AHHH, SIAU AMY, SIAU! SAKIT WOI! LEPASKANLAH AMY DYENA!" Semakin kuat tarikan manja Amy, semakin kuat suara Adam keluar.

Tadi suara dia comel, tapi kali ni memang garau habis. Keluar semua suara jantan dia. Jambu air dia pun hilang macam tu.

Amy melepaskan tarikan itu sambil menepuk tangannya. Sengihan jahat di bibirnya terukir lalu matanya terarah kearah jejarinya.

"Weh, siau aku terampas rambut kau. Mesti berharga kan? Meh sini aku tampal balik dengan gam harimau cap gajah" Amy menggosok rambut yang tercabut ke tepi wajah Adam.

Adam menjeling gadis itu sebelum menyerang,

Yes. Dia geram dengan sikap Amy yang terlalu nakal kepadanya.

Kenapa perempuan ni mesti nakal sangat? Geram tau tak?!

Amy tersentak saat kedua tangannya dikunci. Wajah Adam yang berada di atas dipandang lama.

[S2] THE SONRAKI ?Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang