"Weh Sar, ada manusia yang sudi korbankan nyawa untuk kau lah" Dayyan berbual seketika pada sejurus tubuh yang siap mengenakan pakaian bedah.
Tubuh itu pucat dan tenang terlelap. Membuatkan Dayyan yang menjaganya mengalirkan sebutir air mata.
"Weh Sar, untungnya ada orang yang sayang kau lebih dari diri sendiri" Dayyan mengesat air matanya sambil tergelak kecil.
Dayyan baru sahaja tersedar pada hari yang sama Waniey sedar. Hanya sahaja gadis tinggi itu tersedar beberapa jam kemudian.
Kini, dia duduk di kerusi roda dan menemani Sarra sebelum sahabatnya itu masuk ke dalam bilik pembedahan.
Ting! Ting!
Dayyan mengambil telefonnya lalu mengangkat panggilan daripada Arden. Kedengaran suatu berita yang tidak menggembirakan bagi dirinya.
Shah cakap dia tak dapat temankan kita waktu ni. Katanya Tuan Aidil panggil ke Malaysia sebab emergency service.
Dayyan hanya akur lalu mematikan panggilan. Sedih rasanya apabila pasangan Sarra tidak dapat menemani rakannya.
"Weh Dayyan!"
Dayyan menoleh lalu menguntumkan satu senyuman kepada Waniey, Amy, Eva, Arden, Ethan, Adam, Xavier dan Dhafiq. Masing-masing terselit senyuman manis di bibir.
"Apa macam? Dah ready nak kena bedah ke apa?" perli Dayyan lalu menyiku pinggang Arden dengan mengejut.
"Woi sakit. Nanti macam mana aku nak derma kat Athiyah kalau kau rosakkan huh?" marah Arden bersahaja.
"Ceh, dulu cakap tak suka. Kenapa sekarang ni excited sangat?" sindir Xavier, sempat tersengih nakal kearah rakannya.
"Weh, friends is important tho. So, sekali sekala aku buat pahala. Bukan macam korang, buat dosa memang tak bosan" balas Arden, tersenyum sinis kearah mereka.
"Dahlah, kau pergi dulu masuk. Athiyah dah lama tunggu pinggang kau" arah Eva, menolak tubuh jejaka itu agar masuk segera ke dalam bilik tersebut.
"Ha yelah, yelah. Doakan aku pendek umur. Ehh, panjang umur" sempat jejaka itu berjenaka sebelum melangkah masuk.
Dan ketika itu, kedengaran derupan langkah sekumpulan gorilla kearah mereka. Siapa lagi kalau bukan anak buah 6G !
"Eh, lambat sampai" ejek Amy, menjeling Alex tanda merajuk.
"Boss sorry. Kami lambat gerak dari hotel tadi" jawab Zaqib dengan nada memujuk.
"Eh jap, mana Farhan?" soal Waniey, mula menyedari ketidakhadiran anak buah kesayangan Sarra ketika itu.
"Aik? Tadi dia cakap dia on the way ke sini. Dia belum muncul ke?" soal Fauzy, mula curiga.
"Entah-entah-" Ucapan Dayyan terhenti seketika.
"Entah-entah Farhan sebenarnya penderma jantung Sarra?" tembak Dayyan, membuatkan mereka semua terkaku untuk beberapa saat.
Suasana hening mula muncul. 6G mula naik pening dengan tindakan terburu-buru Farhan. Rakan-rakan seperjuangan jejaka itu juga turut berasa kesal kerana jejaka itu merahsiakan perkara penting tersebut.
"So, macam mana?" soal Ethan, sedari tadi mendiamkan diri.
"Kita redha je lah"balas Eva, dengan keluhan di hujung bait bicaranya.
Dan pada waktu itu, katil Sarra dikunjungi oleh beberapa jururawat untuk dibawa masuk ke dalam bilik pembedahan. Mereka yang mengiringi katil Sarra dengan pandangan, sempat mengeluh pendek.

ANDA SEDANG MEMBACA
[S2] THE SONRAKI ?
Action? *?-2nd peonylimette land-?*? ?They come back.? W A R N I N G ? - Mature Content . - There'll be scene brutal and violence . - Gonna have a strong languages . - Stealing the work of a person is unlawful . - Mistakes with some words , english lan...