[ 2020 Brothership Fanfic ] - BETTER VERSION
Full Title: ?? ?? ??? ??? (Uri Leader Mianhae Saranghae/ULMS)
Dia tidak tahu apa salahnya dan mengapa dia dibenci. Tatapan mereka, kata-kata mereka dan segala layanan mereka terhadapnya sangat menyakitkan...
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Tuala berwarna putih itu diambil oleh Seungcheol sebelum masuk ke dalam tandas. Air dibuka sebelum dia duduk memeluk lutut di dalam tab mandi.
Mukanya ditekup pada kedua-dua lututnya.
Badannya dibiarkan basah bersama baju yang masih belum ditanggalkan.
Apa yang anda harapkan?
Seungcheol menangis?
Tidak. Itu tak akan terjadi.
Seungcheol mengeluh. Entah mengapa, jika bersama Seventeen, serta merta dirinya akan berasa lemah untuk melawan mereka.
Mungkin dimata Seventeen, Seungcheol hanyalah seorang insan yang lemah dan tidak boleh melakukan apa-apa.
Tapi sebenarnya, dia lemah kerana satu perasaan 'sayang' yang menghalang dirinya untuk melawan mereka semua.
Dia tidak lemah.
Dia tidak mudah putus asa.
Dia juga tidak pernah menangis.
Kerana dia kuat. Dia pernah berjanji untuk menjaga Seventeen dan selalu membuat Seventeen bahagia biarpun dirinya sendiri terluka.
"Penat.." Lirih Seungcheol sayup di dalam tab mandi yang kini airnya hampir memenuhi tab tersebut.
"Eomma... Kenapa tinggalkan Cheol?" Lirihnya lagi. Air yang mula mencecah paras lehernya itu dibiarkan tanpa niat ingin keluar dari tab mandi tersebut.
"Appa... Cheol rindu appa..."
"Hyung kenapa tinggalkan Cheol?..."
"Eomma..."
Lirihan bernada perlahan itu membuatkan seseorang yang berada di luar bilik mandi Seungcheol kaku.
Jika itu Vernon atau Minghao, tidak mengapa.
Tetapi ini bukan Minghao mahupun Vernon. Melainkan seseorang yang sangat membencinya.
Seungcheol mengangkat mukanya dan serentak dengan itu juga dia seakan-akan lemas kerana air yang kini mencecah paras hidungnya.
Dia ingin berdiri, tetapi kakinya tetap tidak ingin bergerak. Bahkan badannya juga turut kaku. Seakan-akan membiarkan dia lemas di dalam tab mandi itu tanpa pengetahuan Seventeen.