抖阴社区

TEN

824 113 19
                                    


NET

Soonyoung mengambil tempat duduk bersebelahan dengan lelaki yang merupakan leader bagi vocal team

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

Soonyoung mengambil tempat duduk bersebelahan dengan lelaki yang merupakan leader bagi vocal team.

Melihat lelaki bertubuh kecil itu termenung, membuatkan Soonyoung mengeluh.

"Kau dah minta maaf ke belum?" Tanya Soonyoung tanpa menatap lelaki itu.

Jihoon tersedar dari lamunannya. Dia lantas menoleh dan memandang tepat pada wajah Soonyoung. Namun lelaki bermarga kwon itu tidak membalas tatapannya.

Bukan tidak mahu, cuma dia rasa kata-kata Jihoon pagi tadi benar-benar kasar untuk seorang hyung yang sedang sakit seperti Seungcheol.

"Dia.. belum balik."

Soonyoung mengeluh.

"Kau tak patut cakap macam tu. Kau tahu tu Lee Jihoon. Tak semua benda kau perlu ikut emosi. Dan tadi, aku rasa kau memang dah melampau."

Nada suara dingin milik Soonyoung membuatkan Jihoon menunduk.

Drrt..
Drrt..

Telefon yang terletak elok di atas meja kopi itu dengan pantas dicapai oleh Soonyoung.

Nama Junhui jelas terpapar di skrin telefon menandakan lelaki itu la yang menelefon Soonyoung.

"Tengah malam buta ni dia telefon? Buat apa? Sakit mata? Ke lupa jalan balik?"

Dengan pantas Soonyoung menjawab panggilan tersebut usai bertanya pada diri sendiri.

"Hello?"

"..."

"Hah?!"

"..."

"Ok."

Panggilan tamat, Jihoon kembali menatap Soonyoung yang kini terlihst cemas.

"Kenapa?" Tanya jihoon. "Cepat bersiap, Seungcheol hyung pengsan!"

Terus kedua-dua mereka bergerak untuk mengejutkan kesemua anggota Seventeen yang lain.

***


Seventeen dengan tergesa-gesa masuk ke dalam wad yang menempatkan Seungcheol. Figura seorang Wen Junhui yang sedang menunggu mereka semua itu menjadi tatapan mereka.

"Jun-ah, Seungcheol macam mana?" Tanya Jeonghan risau.

Mana taknya, tadi sebelum Junhui dan Seungcheol keluar, lelaki itu masih baik-baik sahaja.

"Keadaan dia makin lemah hyung.." Lirih Junhui sambil menunduk.

Seventeen terpaku.

Jeonghan sekaligus Joshua melangkah menghampiri Seungcheol yang kini terbaring lemah di atas katil.

Wayar jelas terpasang pada badannya. Menandakan jika keadannya sekarang benar-benar lemah.

Jika seperti ini, mampukah Seventeen bertahan hingga akhir?

"Cheol hyung.. bangun la..." Suara Chan bergetar menahan tangisan.

Semua manusia tidak kuat. Apatah lagi sempurna.

Begitu juga dengan Seungcheol, dia hanya la seorang lelaki biasa yang berpangkat leader bagi sebuah group yang diberi nama 'SEVENTEEN'

Dia bukanlah tuhan yang boleh ubah takdir. Dia hanya sekadar manusia biasa yang tidak sempurna.

***

Kesemua ahli Seventeen pulang ke dorm masing-masing meninggalkan Soonyoung untuk menemani Seungcheol di hospital.

Jika boleh, mereka semua mahu menemani Seungcheol di hospital namun disebabkan esok mereka masih mempunyai jadual, jadi mereka terpaksa pulang ke dorm.

Soonyoung termenung. Tangannya menggenggam erat tangan Seungcheol yang masih belum sedar.

"Hyung, aku tak boleh bayangkan kalau suatu hari nanti kau pergi hyung..." Lirih Soonyoung.

Pemandangan kota Seoul yang jelas kelihatan di sebalik cermin tingkap wad Seungcheol itu tidak cukup untuk membuatnya tenang.

Seungcheol tersedar. Tangannya mengelus rambut adiknya yang kini tunggu masa sahaja mahu menangis.

"Hyung, show esok ditangguhkan." Ujar soonyoung. Sekadar memberi info. Tanpa niat apa-apa.

Namun, jauh di sudut hatinya.

Dia berharap supaya kesempatan untuk Seungcheol menyertai mereka masih ada.

Kerana leader itu telah berjanji,

Jika dia akan menjaga dan menyayangi Seventeen hingga akhir.

Persetan penyakit yang dia hidap. Bagi Seungcheol,

Seventeen lebih penting.

Namun,
Bagi Seventeen,

Seungcheol lebih penting dari segalanya.

༺═──────────────═༻

ArinSwag's Note ;

Weyh siyes dah berapa lama sia aku nak update.

Esok hingga 30 nov ni, aku akan up hingga habis. Janji.

Ehe💕

- Revision & Edited on June 2, 2024-namihosh

ULMS || CSC ?Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang