抖阴社区

ELEVEN

786 109 12
                                    


NEVELE

Dua hari,

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.


Dua hari,

Seventeen langsung tidak fokus ketika latihan. Bahkan Soonyoung yang biasanya tegas dalam memimpin latihan mereka pun terlihat tidak fokus.

Padahal selalunya jika berkaitan latihan, pasti dia la yang paling bersemangat.

"Hei! Fokus! Kenapa dengan korang semua ni? Minggu depan korang akan tampil di acara muzik!"

Manager Kim masuk ke dalam bilik latihan dengan perasaan hairan. Biasanya, masuk sahaja ke dalam bilik latihan itu pasti bilik itu dipenuhi dengan gelak tawa riang bahkan terdengar meriah.

Namun sekarang,

Semuanya berubah. Ke mana hilangnya semua gelak tawa tersebut? Ke mana perginya suasana ceria yang sentiasa memenuhi bilik latihan tersebut?

"Eo? Hyung, Seungcheol macam mana?" Tanya Jeonghan seraya menghampiri manager kim yang sedang meletakkan beg sandangnya di atas kerusi.

Manager kim mengeluh. Sesungguhnya, dia mahu memarahi kesemua ahli Seventeen kerana tidak memberitahunya tentang kesihatan Seungcheol.

Namun apa boleh dibuat?

"Kenapa awak tak bagitahu saya kalau kesihatan Seungcheol makin memburuk?"

Pertanyaan manager kim membuatkan Jeonghan bungkam. Bukannya dia tidak mahu menjawab, dia cuma takut untuk berbicara soal itu.

Jeonghan menunduk memandang lantai.

"Maaf..." Lirihnya perlahan. Bahunya ditepuk oleh manager kim. Mencuba menenangkan lelaki itu.

Matanya meliar sekeliling sebelum sesuatu yang kurang menyapa penglihatannya.

"Mana Wonwoo? Kenapa ada sebelas orang je?" Tanya manager kim.

"Dia teman Seungcheol dekat hospital semalam. Kitorang dah halang tapi dia berkeras nak teman Seungcheol." Jawab Jeonghan perlahan.

Bila diingat balik, padahal Wonwoo itu ahli yang pendiam dan tidak selalu berbicara namun tiba-tiba sahaja semalam dia merayu pada Jeonghan dan Joshua supaya membenarkannya menemani Seungcheol di hospital.

"Huh.. pergi sambung berlatih. Hari ni korang semua habis latihan pukul empat petang. Habis latihan korang boleh lawat Seungcheol."

Mendengar itu, Seventeen terus bersemangat untuk berlatih.

Manager kim tersenyum namun beberapa saat kemudian, senyumannya luntur.

Bahkan ketika seungcheol dalam keadaan kritikal dan lemah, Seventeen sudah terlihat rapuh.

Apa yang akan terjadi jika Seungcheol benar-benar pergi? Adakah Seventeen akan musnah?

Seketika, manager kim menggelengkan kepalanya. Mengapa dia perlu berfikir sampai ke tahap seperti itu?

Seungcheol takkan pergi. Dia takkan tinggalkan Seventeen.

Kan?



Cklek!

Wonwoo masuk ke dalam wad Seungcheol bersama senyuman tipis. Sosok leader yang menyedari kehadiran Wonwoo itu hanya tersenyum lemah.

Cukup.

Wonwoo tidak mahu melihat senyuman itu. Sungguh. Senyuman itu menyakitkan.

"Hyung,"

Wonwoo duduk di atas kerusi di damping katil seungcheol. Di tangannya terdapat seutas gelang yang dia buat sendiri semalam.

"Kenapa?" Tanya Seungcheol. Wonwoo menunduk. Suara Seungcheol benar-benar kedengaran lemah.

Dia mendongak dan melihat wajah sang leader sebelum senyuman tipis terukir di bibirnya.

Senyuman yang memaparkan kesedihan.

"Hyung, cuba pakai ni."

Wonwoo menyerahkan seutas gelang kepada Seungcheol dan di sambut oleh leader itu dengan pergerakan lemah.

"Pakaikan." Pinta Seungcheol. Wonwoo terkekeh.

Keadaan macam ni pun, perangai dia masih macam budak-budak.

Wonwoo memakaikan gelang tersebut pada pergelangan tangan seungcheol.

Seungcheol merenung perkataan yang terdapat pada gelang tersebut

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

Seungcheol merenung perkataan yang terdapat pada gelang tersebut.

"Kenapa 'grateful'?" Tanya Seungcheol hairan.

Wonwoo tersenyum manis.

"Sebab kitorang bersyukur ada hyung sebagai leader. Atau dalam bahasa inggeris,

Because we are grateful to have hyung as a leader."

༺═──────────────═༻

ArinSwag's Note ;

Triple? Atau sebanyak yang aku mampu buat malam ni?

- Revision & Edited on June 2, 2024

ULMS || CSC ?Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang