[ 2020 Brothership Fanfic ] - BETTER VERSION
Full Title: ?? ?? ??? ??? (Uri Leader Mianhae Saranghae/ULMS)
Dia tidak tahu apa salahnya dan mengapa dia dibenci. Tatapan mereka, kata-kata mereka dan segala layanan mereka terhadapnya sangat menyakitkan...
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
BYUURR!!
SPLASH!!
"Uhuk! Uhuk!"
Kesemua ahli seventeen terbangun.
Kesemua mereka dengan bingung mula menatap antara satu sama lain. Badan mereka basah kuyup akibat disimbah air oleh seseorang.
"Sejak bila kita tidur ni?" Tanya Jeonghanmembuatkan seventeen turut kebingungan.
"Woi! Sampai bila korang bak tidur hah?!"
Jeritan yang terdengar familiar itu membuatkan Seventeen semakin bingung dengan keadaan yang sedang terjadi.
Figura seorang lelaki yang berjalan turun dari–
Wait.
Pentas?!
"Apa yang jadi ni?"
Makin figura itu mendekat, makin jelas pula wajah figura itu membuatkan Seventeen terkejut.
"Ha bangun pun! Sejak dari habis latihan persembahan tadi, korang tidur tinggalkan aku kena bersihkan semuanya! Korang fikir aku ni pembantu ke apa?!"
"Seungcheol hyung?" Nama tersebut meniti secara tiba-tiba dari bibir Soonyoung yang kini matanya bertakung dengan air mata.
Figura yang merupakan Seungcheol itu menatap Soonyoung dengan tatapan aneh.
"Kau kena sampuk ke apa? Sebut nama aku macam aku ni dah mati. Kenapa? Kau mimpi aku mati ke tadi?"
Seungcheol bercekak pinggang saat salah satu dari mereka mengangguk mengiyakan kata-kata Seungcheol.
"Tu la, lain kali jangan tidur tengah-tengah hari buta ni. Kan dah mimpi benda pelik-pelik." Bebel Seungcheol.
"Jap. Tidur? Maksudnya tadi kitorang mimpi?" Tanya Joshua yang otaknya mula menerima apa yang sedang terjadi.
Seungcheol berdecit kesal.
"Dua jam korang tidur lepas habis latihan. Korang hilang ingatan ke?" Seungcheol berkata dengan nada kesal sebelum tangannya naik memegang wajah Soonyoung yang masih kebingungan.
"Kau ni pun satu. Dah tidur tu tidur je la, ni jerit-jerit nama aku pulak dah kenapa? Tengok sekarang suara kau serak. Mujur dah habis latihan. Kalau tak macam mana? Ha korang pun sama. Duk menangis masa tidur. Aku fikir kena sampuk tadi."
Ujar Seungcheol membuatkan mereka tercengang.
Maksudnya semua yang terjadi itu sebenarnya adalah mimpi?
"Tidur?! Mimpi?!" Serentak mereka semua menjerit.
"Ya, anak-anak. Korang tidur dan mimpi. Jelas? Ok kalau jelas, sekarang bangun la! Kemas baju! Nanti kita ada shooting untuk persembahan esok!"
Sungguh Seungcheol tidak faham mengapa kawan-kawannya sekarang dilanda kebingungan. Kecuali vernon memandangkan lelaki itu memang sering kebingungan.
Secara tiba-tiba badan Seungcheol dipeluk oleh Seventeen serentak membuatkan Seungcheol terkejut dan kini gilirannya pula yang kebingungan.
"Korang dah kenapa?" Seungcheol bertanya hairan. Namun yang dia dengar hanyalah tangisan milik Soonyoung, Seungkwan dan Seokmin.
"Hyung.. kitorang mimpi hyung mati sebab kanser tahu tak? Mimpi tu macam betul sebab tu kitorang bingung bila tiba-tiba hyung cakap kitorang tidur dan mimpi..."
Seungcheol berkelip dua kali sebelum dia tersenyum lembut.
"Kan hyung dah cakap nak tidur tu basuh la kaki ke baca doa ke apa tengok kau mimpi aku mati."
Seventeen serta merta mencebik dan kembali memeluk Seungcheol membuatkan leader itu hanya mampu tersenyum.
Seventeen turut tersenyum.
Bahagia kerana itu semua hanyalah sebuah mimpi semata-mata. Melihat senyum cerah milik Seungcheol membuatkan mereka ikut tersenyum kerana bahagia yang tidak terkata.
↱END OF EPILOG↲
༺═──────────────═༻ ArinSwag's 抖阴社区 ;
Korang nak special chapter tak? Kalau nak esok rinn update.
Anyway, thanks for 1K reads!!😘😭
Siyes tak sangka dapat readers banyak camni. Thank you so much untuk siapa yang dah tunggu fanfic ni sejak awal.