抖阴社区

                                    

Seungcheol terkapai-kapai.

"Uhuk! Uhuk!"

Mungkin tuhan masih mahu membiarkan dia hidup, seseorang yang berada di luar bilik mandinya tadi dengan pantas menendang pintu bilik mandi Seungcheol tersebut sehingga terbuka.

Seungcheol yang terkapai-kapai akibat kehilangan nafas itu membuatkan dia panik.

Tambahan pula, muka Seungcheol begitu pucat sehingga kan dia tidak tahu harus berbuat apa.

"Cheol.... Bangun..."

Mungkin kerana terlalu lama kehilangan nafas, Seungcheol akhirnya pengsan di hadapan seseorang tersebut.

Tetapi sempat dia menggumamkan nama orang tersebut.

"Jeong... Han..."

Sebelum Seungcheol ditimpa kegelapan dan membuatkan seseorang atau lebih tepatnya Jeonghan itu terpaksa membawa Seungcheol keluar dari bilik mandi.

***

3 jam berlalu sejak Seungcheol dikejarkan ke ruang kecemasan. Seventeen setia menunggu di luar dengan raut wajah cemas.

Mungkin.

Perasaan benci mereka bertukar menjadi cemas saat melihat Seungcheol dikejarkan ke ruang kesemasan.

Lebih-lebih lagi Jeonghan yang disisinya saat ini ada Minghao dan Vernon yang kini salin berkongsi pandangan antara satu sama lain.

"Hyung jumpa Seungcheol hyung dalam keadaan macam mana?" Tanya Vernon.

"Bukan itu yang penting. Macam mana hyung boleh ada dalam bilik Seungcheol hyung?" Vernon terdiam saat mendengar soalan yang diajukan oleh Minghao.

Ada benarnya juga. Bukankah aneh Jeonghan tiba-tiba berada dalam bilik Seungcheol?

Jeonghan mengeluh tanpa membalas soalan Vernon dan Minghao. Sebaliknya, dia termenung teringat tentang kejadian tadi.

***

"Jeonghan!" Panggil manager Kim. Jeonghab berpaling, mengangkat satu keningnya hairan.

"Kenapa?" Tanya Jeonghan hairan.

Manager Kim menghulurkan sebuah bungkusan yang dibungkus kemas kepada Jeonghan.

"Ini milik Seungcheol. Hadiah daripada Han daepyonim. Tolong bagi pada dia memandangkan kamu je yang belum balik sekarang ni. Saya sibuk, ada hal dekat sekolah anak saya." Ujar manager Kim. Jeonghan hanya mengangguk malas sebelum menyambut huluran hadiah tersebut.

"Ok la. Saya pergi dulu."

Jeonghan melirik ke arah nama penghantar dan penerima. Seketika dahinya berkerut saat membaca sesuatu yang ditulis oleh Han daepyonim pada Seungcheol di atas sehelai kertas.

From : Eomma (bukan Han daepyonim)
To : Choi Seungcheol

'Cheol, ni eomma. Hadiah dari eomma bukan dari Han daepyonim. Memandangkan Han daepyonim kawan rapat eomma, eomma minta tolong dia bagi hadiah ni pada Cheol bila Cheol dah umur 26 tahun. Jadi, bila Cheol baca surat ni, maksudnya eomma dah tak ada dan umur Cheol dah 26 tahun. Aww dah makin tua anak kesayangan eomma ni.

Mianhae. Eomma tak dapat tengok Cheol membesar. Eomma sakit. Kanser otak tahap 4. Dah kritikal.

Ehe. Cheol baru umur 2 tahun waktu eomma pergi nanti. Appa dan abang kamu pun sama. Eomma harap, Cheol kuat walaupun Cheol akan dihina atau dipandang jijik oleh semua orang

Tak apa. Eomma akan selalu ada bersama cheol. Ok? Jangan putus asa! Jangan menangis atas perkara yang remeh. Faham? Always be happy no matter what sebab eomma selalu sayangkan Cheol.'

Jeonghan tiba-tiba saja sebak.

Jadi sebab tu ke dia langsung tak menangis walaupun kitorang hina, maki, caci malah ejek dia?

Jeonghan lantas berjalan balik ke dorm. Sungguh tiba-tiba dia rasa menyesal dengan segala apa yang telah Jeonghan buat kepada Seungcheol.

Kakinya melangkah masuk ke dalam bilik Seungcheol dengan perlahan supaya tiada siapa yang tahu.

Mana dia?

Hadiah tersebut diletakkan ke atas katil Seungcheol.

Mungkin dia mandi.

Fikir Jeonghan.

Aku menghampiri meja tulisnya yang berdekatan dengan tandas sebelum aku dengar lirihan milik Seungcheol.

"Eomma... Kenapa tinggalkan Cheol?"

Jeonghan kaku ditempatnya.

Tiba-tiba dia teringat tentang surat eomma Seungcheol tadi.

"Appa... Cheol rindu appa..."

Sebak. entah kenapa tapi secara tiba-tiba dia rasa menyesal dengan semua yang telah dia buat pada Seungcheol

"Hyung... Kenapa tinggalkan Cheol?..."

Apa yang aku dah buat ni?

"Eomma..."

Tiada lagi lirihan yang aku dengar sebelum..,

"Uhuk! Uhuk!"

Jeonghan lantas menendang kuat pintu tandas tersebut sebelum mengeluarkan Seungcheol dari tab mandi.

***

KLIK !

Pintu ruang kecemasan dibuka oleh doktor sebelum Jeonghan sekaligus Seventeen menghampiri doktor tersebut.

"Macam mana dengan dia doktor?" Tanya Jeonghan.

"Dia ok. Cuma antibodi dia agak lemah buat masa ni."

Jeonghan menghela nafas lega sebelum mengangguk.

***

Ok.. Jeonghan tengah menyesal tuu. Pi lah pujuk. K bye. Hari ni double tetiba rasa rajin nak taip ehek. Btw, enjoy! 💓

— Revision Date: 27 February 2023
- Revision date: 1 May 2024
- Revision/Edited date: 1 Jun 2024

ULMS || CSC ?Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang