"Tiada buat apa-apa Hatta cakap? Habis tu , kenapa baju Hatta boleh koyak?" soal Tengku Hakim , tegas.
Suasana diruang tamu tegang sekali. Semua orang ada disitu memerhatikan dua pesalah yang saling bermasam muka. Yang satu tu tengok kanan. Yang satu lagi pula tengok kiri. Bebelan Tengku Hakim tidak diendahkan. Masuk telinga kanan , keluar telinga kiri sajalah.
Ada aku kisah?
"Kenapa diam? Hatta? Dr. Armel?"
"Ya Allah , apa yang daddy bebelkan ni? Hatta tak fahamlah." Tengku Hatta mencapai kusyen lalu dipeluk.
Entah berapa kali Tengku Hatta dan Armel jelaskan kepada mereka semua. Tetapi keluarga itu tetap tidak percaya. Yalah kalau lelaki dan perempuan berdua-duaan dalam bilik , lepas tu yang si lelaki pula bajunya koyak. Kau rasa apa yang terjadi dalam tu? Mesti fikir negatifkan?
"Daddy tanya , kenapa baju Hatta boleh koyak macam tu? Apa yang kamu berdua buat dekat dalam?"
"Pasal tu , daddy tanya Dr. Armel. Tanya dia kenapa baju Hatta boleh koyak macam tarzan masa tu." Tengku Hatta memuncungkan bibir ke arah Armel yang diam membisu.
"Eh! Kenapa saya pula?" Armel bersuara.
"Eh! Kenapa saya pula?" Lelaki itu mengajuk Armel. Muka menjengkelkan ditayang. Sempat Tengku Hatta memutarkan anak mata ke atas sambil meniup rambutnya. "Awak yang tarik baju saya sampai koyak! Awaklah pesalah dalam masalah ni! Bukannya saya!" sambungnya.
"Dia ni kan memang nak kenalah..."
"Sudah! Sudah! Kalau kamu berdua bergaduh macam ni sampai bila-bila pun masalah ni takkan selesai. Disebabkan nama keluarga kita dah jadi bualan orang , hanya satu cara saja macam mana nak selesaikan masalah ni."
Tengku Harith bangun. Jari dipetik kuat.
"Kita kahwinkan je diorang daddy!" jeritnya berbaur usikan.
Tengku Hatta membulatkan mata. Kusyen yang dipeluknya dilontar tepat ke muka adik bongsunya itu.
"Kahwin kepala otak kau! Kau ingat kahwin ni benda main-main ke?" balasnya sedikit marah.
"Alah apa susah! Kahwin jelah. Pasal cinta tu , lepas kahwin nanti berputiklah dia dengan sendirinya. Abang Hatta kan tiptop dalam bab menggoda ni. Confirm Dr. Armel cair punya. Manalah tahu sebulan kahwin , Dr. Armel ni pregnant ? Bunting pelaminlah katakan. Abang Hatta kan kuat?" ujar Tengku Harlan dengan tawa ditahan. Dia terus bersembunyi dibelakang mamanya. Dia tahu sebentar lagi abangnya akan bangkit untuk memberinya pengajaran.
"Bangang betullah kau ni. Mari sini kau!" Seperti yang dijangkakan , Tengku Hatta bangkit lantas mendapatkan Tengku Harlan. Maka dengan ini , adegan kejar-mengejar sedang giat berlangsung diruang tamu.
"Mari sini! Biar abang cuci otak Harlan guna klorox!"
"Malulah tu! Puih!"
"Kau ni.."
Merah muka Tengku Hatta dibuatnya. Adakah patut dia cakap macam tu depan semua orang? Buat malu aje. Tak guna.
"SUDAH!" Tengku Hakim bersuara kuat mengejutkan dua beradik itu. Automatik pergerakan mereka terhenti selepas mendengar pekikan daddy mereka. Sepantas kilat Tengku Hatta dan Tengku Harlan duduk di sofa dengan muka ditundukkan bak anak dara.
"Petang ni , Hatta temankan Armel pergi fitting baju pengantin."
"Apa?"
"What?"
"Mel jangan risau. Saya dah bagitahu keluarga kamu tentang hal ni. Mereka semua setuju kalau doktor kahwin dengan Hatta. Herm , Mel pula macam mana? Setuju ke tidak dengan rancangan ni?" tanya Tengku Hakim , risau.
Tengku Hatta ketawa sinis. Memang taklah Ice Princess ni nak setuju dengan rancangan gila tu. Tengok muka aku pun dia tak suka. Apatah lagi kahwin dengan aku? In your dream baby!
Jus oren dicapai Tengku Hatta lalu diteguk perlahan. Dia tidak sabar hendak tahu jawapan Armel. Biarpun dia sudah mengagak jawapan apa yang akan diberi oleh gadis itu , tetapi dia tetap selamba menanti jawapan. Memanglah jawapannya tidak setuju!
"Saya setuju."
Jus oren yang selamat diteguk tadi kini tersembur indah dimuka kacak milik Tengku Harlan.
"Eyaks! Apa ni?" Tengku Harlan terus berlari laju menuju ke tandas untuk mencuci sisa jus oren yang melekat pada wajahnya.
"Apa dia? Awak setuju?" soal Tengku Hatta tidak percaya.
"Yes," jawab Armel dingin. Dia bersikap biasa.
"Awak setuju?" tanya Tengku Hatta lagi.
"Yes. Saya setuju."
"But why?" Lelaki itu bertanya lembut.
"Sebab saya setujulah."
"Eleh ye ke ni? Atau awak suka dekat saya?"
"Saya? Suka dekat awak? Memang taklah."
"Mengaku jelah."
"Mana adalah!"
"Kenapa muka tu merah? Malulah tu bila rahsia dah terbongkar. Don't worry Ice Princess , saya akan balas balik perasaan awak pada saya." Tengku Hatta senyum nakal. Kening diangkat satu. Matanya tidak lepas merenung lama muka Armel yang sudah merah bak tomato.
Tipulah kalau aku tak tergoda dengan Tengku Hatta. Dia angkat kening pun sudah terserlah ketampanannya. Senyumannya pula. Sentiasa manis. Gigi taringnya , mengancam kalbu! Belahan didagunya membuatkan lelaki ini nampak istimewa.
"Fikir apa tu? Fikirkan masa depan kita erk?"
Pertanyaan Tengku Hatta menyedarkan Armel dari lamunan. Gadis itu tersentak. Cepat-cepat dia mengawal riak muka. Aku tekad! Aku akan tarik balik kata-kata aku tadi! Keputusan aku adalah... aku tak nak kahwin dengan Tengku Hatta!
"Saya tarik balik kata-kata saya tadi. Maaf. Saya tak setuju dengan rancangan tu," kata Armel.
"Aik? Susahlah macam ni. Hatta pula macam mana? Setuju ke tidak?"
"Hatta setuju."
Kali ini Armel pula yang terkejut mendengar jawapan yang diberi oleh Tengku Hatta.
"Awak setuju? Tadi kata tak setuju!" Gadis itu bangkit. Marah sebenarnya bila dipermainkan.
"Yelah. Kenapa? Tak suka?" Tengku Hatta bangun. Mata dipejam seketika. Mulutnya melepaskan keluhan. Rambut yang terjuntai didahi ditiup. Serentak dengan itu , Tengku Hatta memalingkan tubuh ke arah Armel.
Sengaja rambutnya diraup ke belakang. Lirikan senyuman manisnya membuatkan degupan jantung Armel mula tak teratur. Aduh kau dah kenapa Mel? Jangan berangan! Nanti susah nak berhadapan dengan lelaki tak cukup matang ni.
"No! Saya tak setuju!" Gadis itu membuat muka cemberut.
"Setujulah."
"Tak setuju!"
"Ala , setujulah."
Dengan perlahan Tengku Hatta menghampiri gadis itu. Sempat Tengku Hatta menoleh memandang daddy dan mummynya yang sudah menepuk dahi tanda 'apalah yang anakku buat ni?'
"No means no!"
"Awak cakap apa?" Tengku Hatta membuat muka serius dan menakutkan. Mata mencerlung tajam ke arah Armel. Tiada lagi senyuman manis yang terbit dibibirnya.
"Erk.. tak setuju."
Tengku Hatta diam. Matanya masih menusuk masuk ke dalam anak mata gadis itu. Sikitpun matanya tidak berkelip memandang Armel. Mukanya kelihatan tegang dan menakutkan.
Ini ke rupa Mafia yang sebenarnya? Muka serius dan menakutkan? Auranya sangat menggerunkan!
"Erk.. saya.. saya.. saya..saya.."
"Bah!" Sergahan Tengku Hatta mengejutkan Armel. Akibat terkejut dengan sergahan itu , dia terus berkata,
"Setuju!!"
----
Vote, comment and share. Thank you♡
Maaf , ayat saya tak gramatis🙆

ANDA SEDANG MEMBACA
TENGKU HATTA JONATHAN (C)
Romance"And suddenly you Are my everything." ?flwershaee, 2025