抖阴社区

?? Bab 51

5.1K 221 20
                                    

"KALAU Mel ikut lelaki tu , Mel bukan lagi isteri abang."

Setitis air jernih mula jatuh membasahi pipi mulusnya. Sungguh Armel tidak menyangka perkataan itu akan keluar dari mulut Tengku Hatta. Bukankah ini yang kau mahu? Kau mahu Tengku Hatta menjauh daripada kau?

Kau tak suka tengok muka dia. Kau benci dengan dia. Tapi... kenapa hati kau terguris tatkala Tengku Hatta menegaskan perkataan itu tadi? Mengapa kau harus bersedih?

"Ya Allah , Hatta. Kenapa perlu jadi macam ni sekali?" tanya Puan Farahin , terkejut.

Armel masih lagi berdiri membelakangi keluarga itu. Sengaja tangisannya disembunyikan daripada Tengku Hatta. Dia tidak mahu menampakkan dirinya itu lemah dimata lelaki itu. Armel menghapus air mata. Kasar. Dia memusingkan badan. Riak muka dikawal.

"Memang itu pun yang aku hendakkan. Aku tak ingin pun nak jadi isteri kau. Aku tak patut masuk dalam keluarga ni. Keluarga yang telah bunuh ibu dan anak aku. Aku mengaku aku silap. Silap sebab mempercayai kau berbanding ayah kandung aku sendiri. Kenapa arh...? Kenapa Hatta? Kenapa kau buat semua ni? Kerana dendam keluarga kita yang tak pernah habis ni ke yang buat kau sanggup bunuh anak aku? Apa salah anak aku...?" sayu sekali Armel berkata-kata.

Dia meraup muka sebelum memejamkan mata. Kecomelan wajah anaknya bermain diruang mata. Dia rindu... sangat merindui bayi itu.

Malah Tengku Hatta cuma diam. Dia turut menangis tetapi tiada sebarang suara. Kalau Armel sedih dia apatah lagi? Dia ayah kandung kepada Tengku Hanez Armaya. Tengku Hatta mengangkat perlahan tangannya lalu dipandang.

Tangan ini... tangan yang kasar inilah yang mendukung Hanez. Tangan yang mendodoikan bayi itu. Kenapa harus satu-persatu insan yang aku sayang pergi meninggalkan aku? Cukuplah aku sudah kehilangan Harith dan Hanez.

"Jadi ini yang Mel hendakkan dari abang? Mel nak tinggalkan abang dan lepas tu nak ikut lelaki tak guna tu?"

"Ya. Ini yang Mel mahukan. Kita berpisah. Kalau ayah anggap kamu semua ni musuh dia , aku pun akan anggap kamu semua ni musuh aku jugak." Armel memalingkan badan hendak berlalu pergi. Dia sudah tidak berpaling ke belakang.

Tengku Hatta tidak menghalangnya. Dia hanya menghantar kelibat kereta yang dinaiki oleh Armel sehingga hilang dari pandangan matanya. Lelaki itu menarik nafas sedalam-dalamnya sebelum menghembuskan semula ke udara. Tanpa berkata apa-apa , Tengku Hatta terus masuk ke dalam perut kereta.

Dia tiada kekuatan untuk membuka suara.

Kalau itu yang Armel hendakkan , apa lagi yang harus Tengku Hatta lakukan? Merayu? Menangis macam orang gila dan berharap agar Armel kembali ke pangkuannya? Tidak.

Tengku Hatta Jonathan ada caranya yang tersendiri untuk mendapatkan semula cinta hatinya. Biarpun terpaksa meleraikan ikatan yang sah , tetapi rasa cinta itu masih mekar dihatinya.

Kita berpisah kejap je sayang, getus hati Tengku Hatta yang kian lara.

_____

            "MEL duduk dulu. Ayah nak buatkan Mel air," ujar Encik Rifqi. Armel akur. Matanya sembab akibat menangis terlalu lama. Dia sedih mengenangkan pemergian Hanez dan Tengku Hatta. Kini talak sudah jatuh ke atasnya. Ini bermakna aku bukan lagi Mrs. Jonathan yang dia puja. Aku hanyalah insan biasa yang tersakiti.

Encik Rifqi sempat mengerling sekilas anak perempuannya sebelum melangkah ke ruang dapur. Telefon bimbit sudah tersedia ditangan.

"Halu encik Leong," bisiknya perlahan.

"Halu Rifqi. Lu mau apa lagi dari aku? Mau hutang lagikah? Hutang lama masih belum lunas sekarang lu mau pinjam lagikah?" sindir Encik Leong di corong telefon.

"Aku call kau bukan sebab nak hutang lagi ma. Aku call ni sebab mau bayar hutanglah!" ujarnya.

"Lu? Mau bayar hutang? Aku bermimpikah? Lu mana ada duit!"

"Aku memang tak ada duit. Tapi aku ada barang paling istimewa punya nak bagi dekat kau."

"Apa dia?"

"Anak perempuan aku dah balik. Malam ni kau buatlah apa-apa dekat dia. Yang penting lepas lu dapat apa yang lu mau , semua hutang aku akan lunas! Amacam?"

"Wah! Sudah lama aku tunggu masa ini! Eh tapi bukan anak kau kahwin dengan anak musuh kau tu ke? Dia tahu ke apa yang-"

"Itu semua tak penting! Malam ni lu datang sini. Armel milik kau!"

Armel menekup mulut. Terkejut dengan apa yang dia baru dengar sebentar tadi. Air mata kembali jatuh ke pipinya. Jadi apa yang Hatta bagitahu aku tu... betul? Ayah sebenarnya nak jual aku? Ya Allah , apa yang aku dah buat ni?

Armel menghapus air mata. Dia berlari hendak menuju ke pintu namun tudungnya direntap kasar oleh Encik Rifqi dari belakang.

"Mel nak pergi mana?!" jerit lelaki tua itu. Nasib baik dia sempat menghalang Armel untuk tidak pergi dari rumah ini. Bayangkan kalau Armel berjaya melarikan diri tadi , mahunya jadi mayat dia disini bila Encik Leong datang.

"Ayah tipu Mel! Ayah tipu Mel!" bentak Armel dengan tangisan.

"Aku tak tipu kau! Kau yang percayakan aku!"

"Kenapa ayah buat semua ni?! Mel ni anak ayah!"

"Sebab aku terdesaklah nak bayar semua hutang-hutang aku pada Leong! Kau nak ke kalau aku kena kejar oleh dia orang? Anak-anak buah aku semuanya pergi! Penakut!"

"Sepatutnya aku tembak je si Hatta tu. Biar dia yang mati. Buang masa aku je bunuh Hanez! Habuk pun tiada!"

Armel bungkam. Dia tidak salah dengarkah? Ayah yang bunuh anak aku?

Armel memusingkan badan ke belakang seraya menolak kasar Encik Rifqi sehingga terduduk di atas lantai. Sungguh dia tidak percaya dengan apa yang dia dengar tadi. Dia sudah tuduh Tengku Hatta yang bukan-bukan. Dia sudah menghina keluarga yang selama ini melayaninya seperti anak dan keluarga mereka sendiri.

"Kenapa ayah bunuh Hanez?! Dia cucu ayah! Anak Mel! Sanggup ayah bunuh cucu ayah sendiri? Hanez tu darah daging ayah tahu tak?! Kenapa ayah kenapa?!"

"Dia bukan cucu aku! Aku tak pernah anggap budak tu sebagai darah daging aku. Aku bunuh dia pun supaya kau percaya yang keluarga tu punca kematian anak kau. Cerita tu aku tambahlah sikit-sikit supaya kau percaya. Tapi tak sangka pula yang kau ni cetek akal! Semudah itu kau percaya apa yang aku kata?" sinis Encik Rifqi berkata.

"Mel benci ayah! Mel benci!!! Ergh!" Sekali lagi tudung Armel direntap. Tanpa kerelaan Armel , Encik Rifqi mengheret tubuh anaknya sehingga tiba ditingkat atas. Pintu bilik ditendang. Dengan kasar tubuh anaknya ditolak masuk ke dalam sebelum dikunci dari luar.

"Ayah! Buka pintu ni!" Armel menepuk pintu. Berkali-kali tombol pintu dipulasnya.

"Kau duduk dalam tu diam-diam sampai Encik Leong datang!" Kedengaran bunyi derapan langkah Encik Rifqi semakin jauh.

"Buka pintu ni... ayah!" Dia sudah tidak dapat berbuat apa-apa lagi.

Beribu penyesalan terukir diwajahnya. Lemah seluruh tubuh bila mengingat kembali kata-kata kasarnya terhadap Tengku Hatta. Tersedu-sedu dia menangis meratapi kesilapan yang dia telah lakukan.

"Maafkan Mel abang... maafkan Mel.." Armel melorot jatuh didepan pintu.






TENGKU HATTA JONATHAN (C)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang