Lapangan Terbang , Bangkok.
SUASANA di balai ketibaan sangat sibuk. Tempat itu dibanjiri oleh orang ramai disetiap pelosok negara. Dari jauh lagi , kelibat Tengku Hatta dan Armel sudah kelihatan. Lelaki itu menolak beg bagasi sambil matanya meliar mencari kelibat seseorang. Armel kelihatan sangat kecil molek disamping Tengku Hatta.
"Ramainya orang.." Armel bersuara perlahan. Matanya asyik meneliti setiap kelompok orang ramai yang sedang berpusu-pusu hendak pergi.
"Mata tu tengok depan. Nanti awak hilang dari pandangan saya , macam mana? Dahlah awak tu rendah. Nampak kepala je," pesan Tengku Hatta tegas tetapi tidak marah. Kepala digelengkan. Sudahlah Armel hanya paras bahunya saja , kalau hilang nanti macam mana?
Armel menjeling. Sempat lagi dia kutuk aku ni rendah? Tak guna.
Akibat terlampau jakun hendak mengamati suasana indah didepan mata , Armel berjalan ikut suka hatinya. Keadaan hujan diluar sana membuatkan suasana balai ketibaan ini sangat dingin dan sejuk. Lantai sedikit licin. Kaki pendeknya diayun dengan laju.
"Erk Mrs. Jonathan?" tegur Tengku Hatta sebaik sahaja terlihat figura isterinya itu selamba saja melimpasinya. Eii budak kecik ni , tak reti nak tunggu orang ke?
"Apa?"
"Jalan tu biarlah perlahan sikit. Kalau tergelincir nanti macam mana?"
"Tak tergelincir punyalah. Saya oke.. argh!" Akibat tidak patuh cakap suami , Armel tergelincir ditengah-tengah balai ketibaan itu. Punggungnya terhempas kuat. Dapat dia rasakan punggungnya telahpun basah.
Inikah akibatnya kalau tak dengar cakap suami?
Uhu malunya terjatuh dekat sini. Semua orang tengok aku. Mana nak letak muka ni?
Tengku Hatta ketawa. Orang jatuh depan mata dia , bukannya dia nak tolong. Tolong ketawa adalah. Dasar Tengku Hantam sajalah!
"Itulah. Melawan lagi cakap suami. Kan dah jatuh. Ni.. boleh bangun tak ni?" Tengku Hatta senyum lalu berjalan menghampiri Armel yang duduk bertapa ditengah-tengah tempat itu.
"Bolehlah! Tepi!" Armel cuba untuk bangun , tetapi kakinya berdenyut sakit. Terkehel mungkin? Mukanya berkerut menahan sakit dikaki.
"Boleh jalan ke tidak?" soal Tengku Hatta bernada lembut. Dia duduk melutut didepan gadis itu.
"Boleh." Armel jual mahal. Dia tidak ingin diangkat oleh Tengku Hatta. Sepatutnya dia yang jaga Tengku Hatta yang baru saja pulih dari sakitnya. Tapi terbalik pula. Tengku Hatta yang jaga Armel.
Tengku Hatta mengeluh. Rambut ditiup seraya memerhatikan tindak-tanduk Armel yang berusaha untuk bangun dari duduk. Budak ni , tak boleh jalan pun masih nak berdegil. Buang pergi longkang baru tahu.
"Awak tak boleh jalan ni. Naik cepat," kata Tengku Hatta lalu memusingkan tubuhnya membelakangi Armel. Niatnya mahu Armel segera panjat ke belakangnya. Kiranya dia nak angkat Armellah. Takkan nak biar bini jalan dengan keadaan yang macam ni?
Armel membuat muka. Biar betul ni? Dia nak aku panjat belakang dia?
"Saya berat tau. Berat saya 46 Kg," katanya.
Dapat dia dengar suara Tengku Hatta sedang mentertawakannya.
"Seriuslah? Meh saya cuba angkat."
"Eh tapi lengan awak masih belum sembuh lagi. Kalau berdarah balik ,macam mana?" tanya Armel , risau.
"Itu belakang ceritalah. Sekarang ni awak lagi penting. Kejap eh." Tengku Hatta membuka jaketnya lalu disidaikan ke lengan.
Dengan perlahan Armel panjat belakang badan Tengku Hatta. Nak sentuh pun segan gila! Walaupun berat hati mahu menyentuh badan suaminya itu , namun Armel gagahi juga hendak melakukannya. Yelah orang nak tolong , buat apa nak tolak?

ANDA SEDANG MEMBACA
TENGKU HATTA JONATHAN (C)
Romance"And suddenly you Are my everything." ?flwershaee, 2025