"Kenapa?! Kenapa dengan kau ni Hatta!" Tengku Hatta memarahi dirinya sendiri. Dia menjerit kuat.
Cawan kaca yang tersusun kemas diatas meja dibuang ke tepi sehingga kesemuanya pecah. Kepalanya yang terasa sakit digenggam kasar lantas ditampar. Dia marah sebenarnya kerana telah melukai perasaan Armel tadi. Tiada niatnya mahu memperlakukan Armel sebegitu.
Tetapi keadaan memaksa dia berbuat demikian. Kenapa? Kenapa Tengku Hatta sejak kebelakangan ini bersikap dingin? Kadang-kala emosinya juga tidak stabil. Dia sendiri pun keliru dengan apa yang sudah terjadi. Pertengkaran yang berlaku didalam bilik tadi membuatkan lelaki itu menyesal akan perbuatannya.
"Ke..napa?"
Dengan perlahan tubuhnya melorot jatuh ke lantai. Pipi Tengku Hatta ditumpahi dengan air mata. Tidak dapat menahan rasa perit yang semakin mencengkam jiwanya. Rambut digenggam kasar.
"Abang Hatta! Kenapa ni?"
Indira Benz mempercepatkan langkahnya menuju ke ruang dapur apabila terdengar bunyi benda terjatuh. Yang paling menggerunkan adalah suara jeritan lelaki itu tadi. Dihampiri tubuh lemah itu namun tidak boleh.
Serpihan kaca yang berterabur di atas lantai menghalang Indira Benz untuk mara ke hadapan.
"Hatta!"
Selepas terdengar bunyi jeritan anak lelakinya , Puan Farahin dan Tengku Hakim bergegas turun ke bawah. Termasuk Tengku Harlan dan Tuan Chaisai. Mereka terkejut memandang Tengku Hatta menangis. Kepalanya berkali-kali dihentak pada dinding almari.
"Ya Allah , kenapa ni Hatta...?" sayup suara Puan Farahin.
Tengku Harlan mengambil penyapu lantas membersihkan lantai. Dia memberi sedikit ruang untuk mamanya meluru ke arah Tengku Hatta. Dipeluk erat Tengku Hatta yang menangis. Setiap tangisan lelaki itu menyelinap masuk ke dalam urat saraf si ibu.
Puan Farahin juga mengalirkan air mata. Diraup rambut Tengku Hatta supaya mukanya nampak lebih jelas.
"Hatta jahat mummy... Hatta lukakan hati Mel... what should I do?"
"Hatta cakap apa ni sayang? Bagitahu dekat mummy apa yang Hatta pendam."
Sewaktu Tengku Hatta hendak menjawab , di ekor matanya dia terlihat Armel menuruni tangga. Beg bagasi besar turut ada bersamanya. Pantas lelaki itu meluru ke arah Armel yang nampaknya betul-betul marah dengan sikap Tengku Hatta tadi. Dalam sekelip mata Tengku Hatta berada didepan Armel.
"Mel nak pergi mana?"
"Keluar dari rumah ni," laju Armel menjawab. Matanya sembab.
"Kenapa nak keluar?"
"Abang yang suruh Mel pergikan?"
"No. Abang minta maaf atas apa yang abang kata pada Mel tadi. Abang-"
"Balik-balik cakap benda yang sama! Buat salah lepas tu mintak maaf! Itu je yang abang tahu!" Armel membentak.
Air mata yang disangkakan sudah kering , kembali membasahi pipinya. Tangan menyentuh dada. Ditumbuk dadanya sambil mengetap bibir.
"Abang lukakan hati Mel. Abang cakap Mel yang bukan-bukan... Abang tahu tak? Setiap kata-kata abang tadi menghiris perasaan Mel!" ujarnya dengan tangisan.
"Mel keliru dengan abang. Mel keliru dengan sikap abang yang selalu berubah. Sikit pun abang tak fikir pasal perasaan Mel! Yang abang tahu marah je."
Tengku Hatta hanya diam membisu sambil menatap wajah sayu itu. Dia mahu Armel meluahkan segala perasaan yang kian menghantui dirinya.
Dia lagi suka kalau Armel menampar , maki seranah , atau menumbuknya. Kalau itu boleh membuatkan Armel memaafkan dirinya , dia sanggup hadapi. Dia hanya membiarkan Armel melepaskan amarahnya depan semua orang.
"Ya Allah , apa yang dah jadi dengan kamu berdua ni arh?" Tengku Hakim bersuara lantang.
"Mel memang bodoh. Bodoh sebab masuk dalam keluarga ni."
"Ari." Tuan Chaisai bersuara tegas.
"Awak diam! Saya tak bercakap dengan awak. Saya bercakap dengan sepupu awak ni," kata Armel.
"Tadi abang beria suruh Mel pergi balik dekat ayah kan? Tapi kenapa masa Mel nak pergi , abang halang Mel? Apa yang abang nak sebenarnya?"
Melihat Tengku Hatta tidak memberikan sebarang respon , beg bagasinya ditarik. Dia hendak berlalu pergi meninggalkan semua orang namun sekali lagi Tengku Hatta menghalangnya.
"Bukankah Mel dah berjanji dengan abang? Yang Mel sudi berada disamping abang sampai ke hujung nyawa? Jadi untuk apa semua ni? Takkan Mel dah lupa semua janji Mel terhadap abang?" ucapnya sayu. Pipi Armel disentuh lembut serta didongakkan agar memandang tepat ke matanya.
Armel pula kaku. Mata kuyu milik suaminya membuatkan dia lemah. Memang benar dia sudah berjanji. Berjanji akan berada disampingnya hingga ke hujung nyawa. Tapi kenapa harus terjadinya perkara ini? Kenapa? Sikapnya yang selalu berubah membuatkan aku menjauhinya.
"Kalau macam tu bagitahu Mel apa sebenarnya masalah abang. Bagi Mel ruang untuk fahami jiwa abang," ujar Armel , berharap agar Tengku Hatta segera memberitahunya perkara yang sebenarnya.
Namun harapannya sia-sia. Begitu sukar sekali Tengku Hatta hendak menjelaskan perkara yang sebenar. Perkara yang mengganggu pemikirannya. Perkara yang mengubah personalitinya. Perkara yang menyebabkan Tengku Hatta cepat marah tanpa alasan yang kukuh.
Keberaniannya mahu berterus-terang pada Armel tiba-tiba hilang. Bungkam dan diam membisu sambil meratapi nasib yang bakal menimpanya. Riak muka yang ditunjukkan oleh Tengku Hatta sudah menjawab segala-galanya.
Dengan perlahan tubuh Tengku Hatta ditolak. Pandangan sayu diberi sebelum dia melangkah pergi.
"Jaga diri," kata Armel lalu melimpasi Tengku Hatta.
"Armel Ariana , awak tak boleh tinggalkan Hatta." Tiba-tiba Tuan Chaisai Imran bersuara tegas.
Armel berhenti melangkah. Tuan Chaisai memandang sekilas sepupunya yang menundukkan wajah. Kemudian dia menapak menghampiri Armel. Muka serius dipamerkan sebelum dia membuka katanya.
"Hatta perlukan awak sekarang ni," sambungnya. Armel pula tetap dengan keputusannya.
Cukup hatinya telah dilukai oleh Tengku Hatta. Dengan langkah yang berat , Armel gagahi juga hendak menapak keluar dari rumah itu. Untuk apa dia perlukan aku kalau dia sendiri yang nak semua perkara ni terjadi?
Biarpun aku sudah hampir menghala ke pintu , sikitpun Tengku Hatta tidak menghalang. Dia masih berdiri kaku ditempatnya.
Kalau dia benar-benar tidak mahu aku pergi , kenapa dia tidak memanggil namaku? Kenapa harus mendiamkan diri sambil membiarkan cintanya pergi tanpa rela hati?
Derap kakinya serta-merta terhenti apabila Tuan Chaisai memberitahunya sesuatu.
"Hatta menderita penyakit barah otak tahap empat. Dia tak pernah menjalani pembedahan untuk buang tumor yang ada dalam otak dia."
-----
:)

ANDA SEDANG MEMBACA
TENGKU HATTA JONATHAN (C)
Romance"And suddenly you Are my everything." ?flwershaee, 2025