"PAPA, tolong jangan main-main dengan Yoora please?"
"Papa serius, Yoora. Papa nak kamu kahwin dengan Jimin"
Yoora menggeleng tidak percaya. Terus gadis itu bangun dari sofa seraya memandang Jimin. Tiba-ii disuruh kahwin? Dengan lelaki yang tak pernah dia kenal pulak tu. Oh, tak mungkin!
"Tak. Papa tipu. Papa mesti saja nak bergurau dengan Yoora kan?"
"Yoora..dengar dulu apa papa nak cakap ni. Papa.."
"Kenapa Papa buat Yoora macam ni? Kenapa tak bincang dengan Yoora dulu?"
Jimin cuma diam memerhati. Malas nak masuk campur. Nanti bila dia turut buka mulut, dikatakan penyibuk pulak
"Sayang..papa buat semua ni untuk kebaikan kamu jugak. Yoora janganlah macam ni.." pujuk Puan Jung
"Mama. Yoora baru 19 tahun, okay. Yoora belum bersedia nak kahwin lagi"
"Papa tetap dengan keputusan papa. Nak tak nak, kamu kena kahwin. Jimin baru 22 tahun. Bukannya papa kahwinkan kamu dengan orang tua pon"
Yoora tunduk. Rasa marah dan kecewa bila dipaksa berkahwin dengan orang yang tidak pernah dicintainya. Kenapa papa begitu kejam dengannya?
"Ni semua salah you!". jerkah Yoora dengan linangan air mata. Jari ditunding ke arah Jimin. "Kalau you tak pernah muncul depan papa, papa takkan suruh I kahwin dengan orang macam you ni!"
"Yoora, jangan salahkan Jimin. Dia tak salah. Papa sendiri yang minta dia kahwin dengan kamu"
"Pftt! papa percaya ke dengan orang macam dia ni? Entah-ii ada sebab lain kenapa dia bersetuju nak kahwin dengan Yoora" sinis Yoora
Jimin menggenggam kedua dua tangannya. Hanya mampu bersabar dengan sikap gadis itu. Nasib baik mama dan papanya ada kat sini. Ikutkan nak je dia tengking balik lepas tu gigit gadis itu sampai mati
"Kalau kamu tak nak kahwin, takpe. Papa tak kisah. Tapi lepas ni, jangan harapkan duit papa lagi. Papa takkan bagi sesen pon duit papa pada kamu. Semua akaun kad kredit kamu, papa akan bekukan"
"Papa.." Yoora kesat air mata dengan tangan. Kemudian, dia memandang ibunya pula. Berharap agar ibunya dapat menghalang perkahwinan ni. "Mama..tolong pujuk papa please. Yoora tak nak kahwin."
"Mama mintak maaf, sayang. Mama tak boleh buat apa-ii" jawab Puan Jung
"Papa bagi kamu dua pilihan. Kahwin, atau papa akan buat seperti apa yang papa cakapkan tadi"
Yoora hentak kaki. Geram. Sakit hati. Nak lari rumah, semua ada. Ah! Kenapalah semua ni berlaku?
"Yoora benci papa!". Yoora berlari meninggalkan ruang itu dan terus naik ke bilik semula
"Encik, saya tak kisah kalau Yoora tak suka. Kita tak boleh nak paksa. Saya dah tahu yang dia takkan terima orang macam saya ni"
"Tak. Saya tetap akan kahwinkan kamu berdua. Kamu jangan risau. Pandai pandailah saya pujuk dia nanti"
***
"PAPA nak bawak Yoora pergi mana ni?" tanya Yoora dingin sambil berjalan ke arah papanya yang sedang duduk bersantai di tepi kolam renang itu
Encik Jung melakar senyuman manis. Kaca matanya dibetulkan sedikit sebaik sahaja melihat anaknya di depan. "Tak pergi mana-ii"
Yoora kerut dahi. "Tadi papa yang suruh Yoora bersiap kan?"
"Memanglah. Tapi bukan papa yang akan bawak kamu keluar"
"Habis tu sapa pulak-"
"Sorry. Saya tumpang toilet tadi. Awak dah siap ke? Jom"
Yoora toleh ke belakang. Raut wajah serta merta berubah apabila melihat Jimin muncul di belakangnya. "You lagi. Buat apa datang rumah I pagi-ii ni?"
"Appa yang suruh Jimin datang sini amik kamu. Kamu jangan nak banyak cakap. Ikut je ke mana dia nak bawak kamu" kata Encik Jung. Kembali membuka surat khabar lalu menyambung pembacaannya
"Appa! Yoora tak nak!"
"Kamu ikut jelah. Bukannya pergi buat benda tak baik pon"
"No! Yoora takkan pergi"
Jimin mengeluh. Aish, Yoora ni. Kalau dah datang angin marah dia, pujuk macam mana sekalipon takkan ubah apa-ii. Keras hati sangat.
"Encik, kami gerak dulu"
"Ah! Yah! Lepaslah" jerit Yoora. Cuba tarik tangan bila lelaki itu tiba-ii menarik lengannya. Semakin dia meronta, semakin kuat genggaman lelaki itu
"Dahlah tu. Kau kena terima yang aku ni bakal suami kau jugak" Kata Jimin bersama senyuman sinis
Hmph! Depan papa bukan main lagi awak-saya. Sekarang ni kau-aku pulak?
"Sapa cakap I nak kahwin dengan you? Jangan nak berangan!" Yoora jelir lidah sambil berpeluk tubuh. Muka dah merah menahan marah
"Kau ingat aku nak sangat ke kahwin dengan kau? Tch! Aku ni cuma nak tolong papa kau. Dah. Naik cepat"
Yoora pandang motosikal di depannya. Mata terkebil kebil. Kening bertaut ketika melihatnya. Seriously? Fikir dia sapa nak naik benda alah ni?
"Tunggu apa lagi? Cepat pergi, cepatlah kita balik"
Yoora angkat muka untuk pandang Jimin yang sudahpon menunggunya di atas motor. Pantas kepalanya digeleng sambil kakinya mengundur setapak ke belakang
"Tak nak. I tak naik benda-ii macam ni"
"Yoora. Ni je yang aku ada. Cepat naik sebelum aku angkat kau. Jangan ingat aku tak berani" Jimin tersenyum sinis
"You jangan nak macam-ii dengan I. I tampar muka you tu karang baru tau" ugut Yoora. Tch! Acah-ii berani nak tampar orang
Jimin cuma ketawa kecil.
"Asal gelak?"
"Berani ke kau? Haha. Sebelum kau tampar muka aku, aku gigit kau dulu"
Yoora terus terdiam.
"Cepatlah. Berapa lama lagi aku nak tunggu kau naik ni? Setahun? Dua tahun?"
"Ishh! Yelah! Macam mana nak naik?"
Jimin tersenyum kecil. Terus dia turun dari motor dan berdiri di sebelah gadis itu
"Apa yang you buat ni?"
"Aku nak tolong kau naiklah"
Yoora lihat tangan Jimin yang sudah berada di pinggangnya. Niat nak terus tolak lelaki itu jauh darinya tapi tak jadi bila lelaki itu mula pegang kaki kirinya
"Naikkan kaki atas ni dulu. Lepastu, tangan tahan atas seat. Macam ni" Jimin capai tangannya pula lalu diletakkan di atas seat motor
Gadis itu cuma menurut. Tapi tak selesa pulak bila lelaki itu berdiri terlalu rapat di belakangnya.
"I-I boleh cuba naik sendiri"
"Huh? Betul ni?"
Yoora angguk perlahan
"Okay." Jimin cepat-ii alihkan pinggang gadis itu
"Lepastu I kene buat ape?" soal Yoora sebaik sahaja dia berjaya melabuhkan punggung di atas motor itu. Ikutkan takdelah susah mana pon tapi ini kan kali pertama dia naik motor. Memanglah kekok sikit
"Kejap" Jimin mengambil satu lagi helmet di raga motornya dan terus menyarungkan helmet itu di kepala Yoora. Gadis itu cuma diam memerhati. Mata bertaut ketika lelaki itu sedang mengikat tali topi keledarnya
Cepat-ii dia alihkan pandangan bila Jimin mula tersenyum sinis padanya
"Kau ni comel jugak kan bila tengok dekat-ii macam ni" Jimin ketawa kecil apabila melihat muka tahan malu gadis itu. Kepala helmet yang dipakai Yoora ditepuk perlahan sebelum dia naik atas motor
Yoora tayang muka menyampah. Geramnya sampai rasa macam nak sepak je motor ni sampai tumbang. Ugh!
Bila Jimin mula hidupkan enjin motosikalnya, secara automatik tangannya memeluk pinggang lelaki itu. Mata pejam-ii rapat. Takut juga terjatuh dari motor nanti
"Bawak slow-ii tau!" rungut gadis itu
Jimin cuma memerhati gadis itu dari cermin sisi motor. Jantungnya tiba-tiba laju ketika tangan gadis itu menyentuh pinggangnya tadi. Belum pernah lagi dia rasa macam ni sebelum ni
Jimin menggeleng perlahan. Tanpa sedar, dia tersenyum sendiri
***
"I tak suka tempat ni. Macam mana eh you boleh selesa makan kat tempat macam ni?" Yoora perhati sekeliling kedai makan yang agak kecil itu. Tangan disilang ke dada. Dah start dah tayang muka tak puas hati dia tu
"Restoran mahal tak semestinya makanannya sedap" Kata Jimin
"I tetap tak suka. Hantar I balik sekarang"
Jimin cuma tersenyum kecil. Jangan dilayan sangat perangai mengada si Yoora ni. Nanti makin dilayan, makin banyak bunyi. Lebih baik dia diam
"Jimin! I nak balik!"
"Rasa makanan kat sini dulu. Kau takkan menyesal" Jimin tenung muka Yoora
Dengan hanya melihat renungan dan pandangan Jimin, dia tahu yang lelaki itu dalam diam sedang memberi amaran padanya
"I hate you" Yoora jeling lelaki itu
Jimin hanya tersenyum melihatnya. Comel. Itu sahaja dia mampu katakan
"Kenapa you senyum-ii dari tadi? Gila eh?"
"Mane ade aku senyum"
"I tak buta lagi okay. You ingat I tak nampak?" Yoora angkat kening sebelah
Dari tadi dia perhati lelaki itu. Senyum tak sudah. Nak kata ada perempuan lain dalam kedai makan ni, tak jugak. Cuma dia seorang je perempuan dalam ni. Ada pon mak cik mak cik tua. Takkan dia senyum kat mereka kot
Sebentar kemudian, makanan yang dipesan sampai. "Nah. Kamu pesan makanan ni tadi kan?"
"Ahh..nae" Jimin mengangguk
Ahjumma itu mula melakar senyum sebaik sahaja matanya melihat Yoora. Tapi muka gadis itu masam je dari tadi. Tak senyum langsung padanya. Tegur apatah lagi
Tak naklah bersangka buruk. Mungkin gadis itu tengah merajuk kot. Tengok muka takdelah nampk macam sombong sangat
"Mak cik tengok kamu berdua memang pasangan yang sesuai lah. Mak cik suka tengok kamu berdua ni" ahjumma itu ketawa kecil
Yoora terus pandang muka ahjumma tu. Mata dah tajam bagai harimau melihat mangsa. Ahjumma itu cepat-ii pergi meningalkan mereka berdua bila lihat pandangan gadis itu
Jimin yang melihatnya hanya menggeleng sambil tepuk dahi. Yoora ni memang sengaja cari masalah ke apa?
***
"KENAPA tak makan?" Jimin berhenti mengunyah
Dari tadi Yoora cuma tenung makanan di atas meja itu. Tak berusik langsung. Tak rasa lagi makanan tu, mana nak tu sedap ke tak. Bagi dia, makanan kat sini semua boleh tahan. Sebab tu dia selalu singgah makan kat sini time makan tengah hari
"Kan I dah cakap, I tak makan tempat macam ni"
Jimin meletakkan semula garfu di atas pinggan. Wajah Yoora dipandang sesaat. Memang kena banyak bersabar kalo nak bersama dengan Yoora ni. Perangai mengada dia tu. Ya tuhan..tak tau nak cakap macam mana
"Cuba lah rasa dulu. Ke kau nak aku tolong suapkan?"
Yoora terus mengangkat wajahnya. Mata cuma perhati tangan Jimin yang sudahpon mengambil sedikit mi goreng dalam pinggannya dengan garfu
"Nah. Makan sikit. Say Aaahh"
Jimin sua mi goreng itu ke arah mulut Yoora namun gadis itu cuma buat tahu
"Cepatlah nganga. Semua orang tengok ni" Jimin pandang sekeliling
Yoora peduli apa? Orang tengok ke tak, dia tetap takkan makan
Jimin cuma tahan sabar. Perlahan lahan garfu diletakkan semula di atas pinggan. Kemudian, dia bangun meninggalkan gadis itu
Tbc
***
Jimin merajuk ke? 😎