"AWAK rehatlah dulu. Kalau nak apa-ii nanti, panggil saya." kata Jimin sebaik sahaja dia meletakkan beg dia tepi katil.
Belum sempat dia nak melangkah keluar dari bilik itu, Yoora mencapai tangannya. Jimin terkedu sesaat sebelum dia berpaling semula menghadap isterinya.
"Kenapa ni?"
"Err.. Awak tu yang sepatutnya rehat. Dari hari tu awak jaga saya dekat hospital. Awak tak penat ke?" soal Yoora.
Jimin angkat kening. Automatik hujung bibirnya tersenyum. Lantas, dia melabuhkan punggung dia sisi Yoora. Rasanya dia tak salah dengar kan?
"Kenapa awak senyum macam tu?"
"Sejak bila awak tukar panggilan ni?" Jimin senyum mengusik pula. Buatkan pipi Yoora bertukar rona.
"Saja. Kenapa? Awak tak suka ke?"
"Siapa cakap saya tak suka?"
Yoora menunduk. Bibirnya tersenyum simpul. "Jimin.."
"Hm?"
"Saya nak tanya sikit boleh?" Yoora mendongak. Memandang semula Jimin di hadapannya. "Kenapa awak baik sangat dengan saya?"
"Kenapa awak tanya macam tu? Mestilah saya baik dengan awak sebab awak tu isteri saya. Tanggungjawab saya. Lagipon, papa dah amanahkan saya untuk jaga awak. Untuk didik awak jadi perempuan yang lebih baik."
"Awak tak pernah bosan ke dengan saya? I mean.. Saya dah banyak sakitkan hati awak. Tapi awak masih tahan dengan perangai saya kan?"
Jimin genggam tangan Yoora. Wajah isterinya ditenung bersama senyuman.
"Awak dengar sini. Saya tak pernah bosan pon dengan awak. Macam yang saya cakapkan sebelum ni. Saya dah mula sayangkan awak. Saya tak sanggup nak kehilangan awak, Yoora. Mungkin ada sebab kenapa kita disatukan sebagai suami isteri. Dan kalau awak nak tahu, sejak saya kahwin dengan awak, banyak benda saya belajar. Saya belajar untuk jadi orang yang lebih sabar. Lebih kuat. Saya cuba ikhlas kan hati saya untuk terima perkahwinan ni. Walaupun saya tahu, bukan senang nak didik perempuan macam awak."
Yoora tak jawab apa. Cuma tunduk sambil bermain main dengan jarinya. Bila melihat Yoora cuma diam dari tadi, Jimin mula mencapai tangan isterinya lalu dibawa rapat ke dada. "Awak rasa sesuatu?"
Yoora angkat kepala. Terkejut dengan tindakan lelaki itu. Memang dia rasa sesuatu bila tapak tangannya melekap ke dada lelaki itu. Jantung lelaki itu semakin laju. Sama juga sepertinya sekarang ni.
"Macam nilah saya rasa bila awak dekat dengan saya, Yoora. Awaklah orang pertama yang buat saya rasa macam ni."
"Ji-"
"Shh.." Terdiam Yoora sebentar. Lama mereka berdua bertentang mata sebelum tangan Jimin mengelus lembut pipinya pula. Bibirnya mula tersenyum. Dan seakan akan terbuai dengan sentuhan lembut lelaki itu, Yoora terus pejam mata.
"Saya cuma nak awak tahu yang saya betul-ii ikhlas cintakan awak, Yoora. I really really love you. So bad."
Auch! Boleh terkeluar jantung dia dengar ayat itu. Terkedu Yoora mendengar kata-ii lelaki itu tadi. Dia tahu Jimin ikhlas cintakan dia. Cuma dia je yang masih berkeras hati tak nak terima lelaki itu sebagai suaminya.
"Saya faham apa awak rasa. Tapi tolong bagi saya masa? Saya perlukan masa untuk terima semua ni." Yoora memberanikan diri untuk mendongak. Beranikan diri untuk menatap mata suaminya walaupun jantungnya berdegup kencang. Perlahan lahan dia akan cuba terima lelaki ni dalam hidupnya. Dia dah tak sanggup nak menderita disebabkan perkahwinan ni lagi.
"Berapa lama masa pon awak nak, saya tetap akan tunggu."
"Betul awak sanggup tunggu?"
Jimin angguk. Mana mungkin dia sanggup berpisah dengan Yoora kalau hatinya sudah mula sayangkan gadis itu.
****
"DAH kenapa tu tersenyum senyum macam kambing?"
Jimin tayang sengih sambil melangkah ke arah lobi. Dari jauh lagi dia dah nampak Eunjung noona menggeleng kat meja kerja dia sana.
"Takdelah. Salah ke saya senyum? Orang cakap apa? Mulakan pagi anda dengan senyuman? Barulah hidup ceria selalu."
"Elehh. Ke.. Rindu bini kat rumah? Tahulah yang hang tu dah kahwin." sindir Eunjung.
Jimin menjeling. Ada betulnya jugak apa yang Eunjung noona cakapkan tu. Rindu tu memang la ada. Asyik duk teringatkan Yoora kat rumah je.
"Cakap pasal bini hang, macam mana dia sekarang? Dah sihat ke?" Eunjung jongket kening.
"Dah. Dah boleh buat kerja rumah dah pon." balas Jimin sambil mengambil surat-ii di atas meja.
"Baguslah kalau macam tu." Eunjung cuma mengangguk. "Ha! Surat-ii tu, kamu hantar dekat tempat biasa eh. Ingat, pastikan surat-ii ni sampai kat company yang betul. Jangan tersalah pulak. Risau noona tengok kamu sekarang ni. Angau semacam!" bebel Eunjung.
Jimin tayang sengih.
"Jangan risaulah, noona. Saya tak nyanyok lagi. Masih mampu nak tengok jalan raya kat luar tu lurus ke bengkok. Lagipon, saya kan dah lama kerja kat sini. Saya tahulah kerja saya."
"Yelah. Yelah.. Noona percayakan kamu. Dah, pergi cepat. Nanti lambat pulak." Eunjung menggeleng.
"Orite, bos!"
****
"PROJEK tu berjalan macam biasa. Cuma, saya nak buat penambahbaikan sikit. Lagi satu, jadual yang saya suruh awak edit tu.. saya nak kamu serahkan semula pada saya hujung bulan ni. Make sure segala aktiviti berjalan mengikut masa yang saya dah tetapkan ya."
"Baiklah, encik. Ada apa-ii lagi ke?"
"Takpe. Kamu boleh keluar dulu. Nanti kita bincang lagi"
"Baik, encik"
Tok.. Tok.. Tok!
Encik Jung mengerling ke arah pintu yang diketuk. Buku nota ditutup sebelum dia membetulkan kot di badan.
"Masuk!"
"Encik. Ada orang nak jumpa dengan encik. Encik free tak sekarang?" soal Jiyoung.
"Siapa?"
Jiyoung senyum. Sesaat kemudian, terpacul wajah Jimin di sebalik pintu.
"Jimin! Ya tuhan. Kenapa tak bagitahu papa dulu kamu nak datang sini?" Encik Jung tersenyum lebar. Dia bangun dan mendekati Jimin. Lalu, tubuh Jimin dipeluk erat sebelum dia memperlawa lelaki itu duduk di atas sofa.
"Saya singgah sekejap je ni, pa. Kebetulan saya hantar surat kat bawah tadi. Papa apa khabar?"
"Papa sihat. Hari-ii pon macam ni jugak. Takde apa yang berubah." Encik Jung ketawa. "Ah, sekejap. Papa suruh Jiyoung buatkan air panas. Jiyoung, tolong buatkan kopi panas dua ye."
Jiyoung mengangguk sebelum melangkah pergi dari situ.
"Dah lama papa tak jumpa kamu. Yoora macam mana? Papa tak sempat nak mintak maaf dekat dia lagi. Hari tu tak sempat nak jenguk dia kat hospital sebab papa outstation."
"Yoora okay je, pa. Papa janganlah risau. Yoora mesti faham. Lagipon mama kan ada datang jenguk dia kat hospital hari tu."
Encik Jung mengangguk perlahan. Sesaat dia mendiamkan diri sebelum dia memandang Jimin semula.
"Kenapa, pa?"
"Mesti Yoora masih marahkan papa kan?" soal Encik Jung sayu.
"Kenapa papa cakap macam tu.. Papa jangan fikirkan sangat pasal Yoora. Lama-ii dia boleh terima jugak semua ni nanti. Kita cuma perlu bagi dia masa je."
"Papa cuma nak dia tahu, yang papa takde niat pon nak biarkan dia hidup macam tu. Papa cuma nak dia berdikari. Tak salah kan?"
"Tak, pa. Papa buat benda yang betul." Jimin memegang bahu Encik Jung.
Encik Jung mengukirkan senyuman.
"Kamu dengan Yoora macam mana sekarang? Okay?" Encik Yoo menjongket kening. Dah tiga bulan Jimin kahwin dengan Yoora. Macam manalah keadaan mereka sekarang?
"Syukur, pa. Yoora semakin baik sekarang ni. Dia dah mula berubah sikit-ii. Dah boleh buat kerja rumah." balas Jimin.
"Syukurlah. Lega papa dengar. Mama mesti gembira bila dengar pasal ni. Kalau tak, siang malam asyik duk risaukan anak perempuan dia tu je."
Jimin ketawa kecil. "Biasalah tu, pa. Ibu mana yang tak risaukan anak. Tapi papa jangan risau. Yoora okay. Cuma kadang-ii tu masih ada lah jugak perangai degil dia tu. Bukan senang nak ubah seseorang tu, pa. Kita yang kena banyak bersabar."
"Papa tahu kamu kuat. Kamu dah banyak berkorban untuk Yoora. Mampu tahan dengan perangai isteri kamu tu. Tak sia-ii papa kahwinkan kamu berdua." Encik Yoo tepuk bahu Jimin. Bibirnya kemudian tersenyum kecil.
"Kalau macam ni, ada peluang lah papa nak dapat cucu ye?"
"Ishh. Ke situ pulak papa ni." Jimin menggeleng.
Encik Jung pula cuma ketawa kecil.
"Papa gurau je. Tapi betul lah apa yang papa cakapkan. Papa ni sebenarnya dah lama teringin nak ada cucu tau. Kalau bukan sekarang, bila lagi?"
Jimin garu kepala. Aduh, papa nih. Tiba-ii bukak topik pasal anak pulak..
"Kamu bedua ni pon masih muda. Kamu tak teringin nak ada anak ke?"
Jimin sengih. Memanglah dia ada terfikir jugak pasal tu. Tapi kalau si Yoora tu belum bersedia nak ada anak lagi, takkan dia nak memaksa pulak. Lagipon dia dah janji dengan Yoora yang dia takkan sesekali tuntut hak dia selagi Yoora belum bersedia.
"Err.. Nantilah, pa. Saya cuba bincang dengan Yoora. Papa tahu kan Yoora tu baru je nak belajar terima saya?"
Encik Yoo mengangguk. "Papa faham. Tapi kamu cubalah pujuk isteri kamu tu perlahan lahan. Ye?"
Jimin angguk. Haish.. Datang sini nak tanya khabar je. Lain pulak jadinya sekarang. Cakap pasal anak pulak.. Nampak gayanya jadi misi menggoda isteri lah lepas ni.
****
"TENGOK cerita apa tu?" Tanya Yoora sebaik sahaja melabuhkan punggung di atas sofa. Pandangan dihala ke arah televisyen. Kemudian, beralih pada Jimin semula.
"Drama cinta. Awak nak layan cerita ni dengan saya ke? Sweet tau."
"Elehh. Awak bukannya tengok pon cerita tu. Sibuk sangat dengan gitar awak tu dari tadi." Yoora menjeling. Remote tv dicapai untuk alih siaran.
"Kalau awak nak tahu, ni gitar kesayangan saya sejak dulu tau. Saya selalu main masa time-ii bujang dulu. Tapi sejak dah kahwin ni, saya jarang main."
"Ouh. Saya tak tahu pulak awak pandai main benda alah ni. Tapi saya tak pernah dengar awak main pun?"
"Awak asyik berkurung je kat dalam bilik tu dulu. Apa yang awak tahu?" Jimin meleret senyum.
Yoora mencebik. Tu dulu okay. Janganlah ungkit balik!
"Awak nak cuba?"
"Boleh ke?"
"Apa tak boleh pulak. Mestilah boleh. Sini." Jimin menepuk nepuk sofa di sebelahnya. Memanggil isterinya untuk datang lebih dekat.
Yoora beralih tempat. Punggungnya kemudian dilabuhkan di sebelah Jimin. Gitar bertukar tangan. Nasib baiklah alat muzik ni ringan. Senang sikit nak angkat.
"Macam mana nak main?" soal Yoora teruja.
Jimin ketawa kecil. Tangan Yoora dicapai perlahan. Lalu, dia meletakkan jari jemari Yoora di atas tali gitar. "Kita belajar basic dulu. Awak letak jari awak ni dekat sini. Lepastu, sebelah tangan lagi pegang plectrum ni."
"Macam ni?"
"Hm. Okay. Kita cuba satu lagu." Jimin beralih tempat di belakang Yoora pula. Tangan diletakkan di atas tangan isterinya.
Yoora cuma diam mengikut gerak tangan Jimin. Posisi mereka yang terlalu rapat buatkan detak jantungnya menjadi laju. Bila Jimin mula mainkan lagu, dia tersenyum kecil.
ᴏᴇʀᴏᴜᴍɪ ɢᴀᴅᴇᴜᴋʜɪ
ᴘɪᴇᴏɪssɴᴇᴜɴ ɪ ɢᴀʀᴅᴇɴ
ɢᴀsɪᴛᴜsᴇᴏɴɢɪ
ɪ ᴍᴏʀᴀᴇsᴇᴏɴɢᴇ ɴᴀɴ ɴᴀʟ ᴍᴀᴇᴇᴏssᴇᴏ
ɴᴇᴏᴜɪ ɪʀᴇᴜᴍᴇᴜɴ ᴍᴡᴏɴᴊɪ
ɢᴀʟ ɢᴏsɪ ɪssɢɪɴ ʜᴀɴᴊɪ
ᴏʜ ᴄᴏᴜʟᴅ ʏᴏᴜ ᴛᴇʟʟ ᴍᴇ?
ɪ ᴊᴇᴏɴɢᴡᴏɴᴇ sᴜᴍᴇᴏᴅᴇᴜɴ ɴᴇᴏʟ ʙᴡᴀssᴇᴏ
ᴀɴᴅ ɪ ᴋɴᴏᴡ
ɴᴇᴏᴜɪ ᴏɴɢɪɴ ᴍᴏᴅᴜ ᴅᴀ ᴊɪɴᴊᴊᴀʀᴀɴ ɢᴇᴏʟ
ᴘᴜʀᴇᴜɴ ᴋᴋᴏᴄʜᴇᴜʟ ᴋᴋᴇᴏᴋᴋɴᴇᴜɴ sᴏɴ
ᴊᴀʙɢᴏ sɪᴘᴊɪᴍᴀɴ
ɴᴀᴇ ᴜɴᴍʏᴇᴏɴɢɪɴ ɢᴇᴏʟ
ᴅᴏɴ'ᴛ sᴍɪʟᴇ ᴏɴ ᴍᴇ
ʟɪɢʜᴛ ᴏɴ ᴍᴇ
ɴᴇᴏᴇɢᴇ ᴅᴀɢᴀsᴇᴏʟ sᴜ ᴇᴏᴘsᴇᴜɴɪᴋᴋᴀ
ɴᴀᴇɢᴇɴ ʙᴜʟʟᴇᴏᴊᴜʟ ɪʀᴇᴜᴍɪ ᴇᴏᴘsᴇᴏ
ʏᴏᴜ ᴋɴᴏᴡ ᴛʜᴀᴛ ɪ ᴄᴀɴ'ᴛ
sʜᴏᴡ ʏᴏᴜ ᴍᴇ
ɢɪᴠᴇ ʏᴏᴜ ᴍᴇ
ᴄʜᴏʀᴀʜᴀɴ ᴍᴏsᴇᴜʙ ʙᴏʏᴇᴏᴊᴜʟ sᴜɴ ᴇᴏᴘsᴇᴏ
ᴛᴛᴏ ɢᴀᴍʏᴇᴏɴᴇᴜʟ ssᴇᴜɢᴏ ɴᴇᴏʟ ᴍᴀɴɴᴀʀᴇᴏ ɢᴀ
ʙᴜᴛ ɪ sᴛɪʟʟ ᴡᴀɴᴛ ʏᴏᴜ..
Tangan Jimin berhenti bermain.
Terukir senyuman manis di bibir Yoora. Tak pernah dia sangka yang Jimin rupanya pandai bernyanyi juga. Banyak pasal lelaki itu yang dia tak tahu.
"Boleh tahan sedap jugak suara awak kan?" kata Yoora. Terkejut apabila dia berpaling ke sisi. Wajah Jimin yang terlalu rapat dengan wajahnya buatkan pipinya membahang. Makin kuat degupan jantungnya apabila anak mata Jimin berlari ke serata wajahnya. Tergamam Yoora untuk seketika.
Cepat-ii Yoora memalingkan wajah semula.
"Err.. Ouh! Saya lupa saya ada basuh kain kat mesin basuh tadi. Mungkin dah siap kot."
Yoora mengalihkan alat muzik itu dari ribanya. Lantas, dia bangun dan berlari meninggalkan suaminya.
Jimin pula cuma tersenyum sinis. Sengaja lah tu nak lari daripada dia.
Tbc
Sape main BTS World? Drop ur code. Nanti saya add 😘
Ni code saya ASXMML2