ถถา๕ษ็ว๘

LOST IN LOVE

By pinkguinsoo__

637K 19.4K 918

ROMANCE OF THE YEAR (THE ICE AWARD 2019) First Romance Novel by @pinkguinsoo__ "Jadi kita berpisah buat semen... More

Prolog ๐ŸŒŸ
BAB 1 ๐ŸŒŸ
BAB 2๐ŸŒŸ
BAB 3๐ŸŒŸ
BAB 4๐ŸŒŸ
BAB 5๐ŸŒŸ
BAB 6๐ŸŒŸ
BAB 7๐ŸŒŸ
BAB 8๐ŸŒŸ
BAB 9๐ŸŒŸ
BAB 10๐ŸŒŸ
BAB 11๐ŸŒŸ
BAB 12๐ŸŒŸ
BAB 13๐ŸŒŸ
BAB 14๐ŸŒŸ
BAB 15๐ŸŒŸ
BAB 16๐ŸŒŸ
BAB 17๐ŸŒŸ
BAB 18๐ŸŒŸ
BAB 19๐ŸŒŸ
BAB 20๐ŸŒŸ
BAB 21๐ŸŒŸ
BAB 22โญ
BAB 23๐ŸŒŸ
BAB 24๐ŸŒŸ
BAB 26๐ŸŒŸ
BAB 27๐ŸŒŸ
BAB 28๐ŸŒŸ
BAB 29๐ŸŒŸ
BAB 30๐ŸŒŸ
BAB 31๐ŸŒŸ
BAB 32๐ŸŒŸ
BAB 33๐ŸŒŸ
BAB 34๐ŸŒŸ
BAB 35๐ŸŒŸ
BAB 36๐ŸŒŸ
BAB 37๐ŸŒŸ
BAB 38๐ŸŒŸ
BAB 39๐ŸŒŸ
BAB 40๐ŸŒŸ
BAB 41๐ŸŒŸ
BAB 42๐ŸŒŸ
BAB 43โญ
BAB 44โญ
BAB 45๐ŸŒŸ
BAB 46๐ŸŒŸ
BAB 47๐ŸŒŸ
BAB 48๐ŸŒŸ
BAB 49๐ŸŒŸ
BAB 50๐ŸŒŸ
BAB 51๐ŸŒŸ
BAB 52๐ŸŒŸ
BAB 53๐ŸŒŸ
BAB 54๐ŸŒŸ
BAB 55๐ŸŒŸ
BAB 56๐ŸŒŸ
BAB 57๐ŸŒŸ
BAB 58๐ŸŒŸ
BAB 59๐ŸŒŸ
BAB 60๐ŸŒŸ
BAB 61๐ŸŒŸ
BAB 62๐ŸŒŸ
BAB 63๐ŸŒŸ
BAB 64๐ŸŒŸ
BAB 65๐ŸŒŸ
BAB 66๐ŸŒŸ
BAB 67๐ŸŒŸ
BAB 68๐ŸŒŸ
BAB 69๐ŸŒŸ
BAB 70๐ŸŒŸ
BAB 71๐ŸŒŸ
BAB 72 ๐ŸŒŸ
ทกฑ่พฑฑ๔ดวฒต๐ŸŒŸ
REVIEW & FEEDBACK
New Novel ๐ŸŒˆ

BAB 25๐ŸŒŸ

7.4K 245 6
By pinkguinsoo__

Puan Sri Henny terjaga tatkala mendengar suara meracau Amanda. Lantas dia bangun dan merapati Amanda yang berada disisinya. Buat satu malam ini biarlah dia tidur bersama Amanda kerana dia tahu puterinya itu pasti masih dalam keadaan terkejut dan trauma.

"Amanda,kenapa ni? Bangun,sayang." kejut Puan Sri Henny seraya menepuk perlahan pipi Amanda. Mata Amanda terus bulat celik dan juga terasa berat untuk bernafas. Peluh dingin juga menitik daripada dahinya walaupun segenap ruangan ini sejuk kerana pendingin hawa yang dipasang.

"Amanda,okey tak?" tanya Puan Sri Henny. Amanda menggeleng lalu memeluk erat tubuh mamanya.

"Mama,jangan pernah tinggalkan Manda. Amanda takut." balas Amanda. Puan Sri Henny membalas pelukan anaknya itu lalu ditepuk perlahan seperti menidurkan anak kecil.

"Ya,mama tak tinggalkan Amanda. Dah.Tidur,tidur." kata Puan Sri Henny. Amanda terus melelapkan matanya semula dan cuba untuk tidur semula.

Setelah seketika,kedengaran dengkuran halus Amanda sebagai tanda dia sudah terlena walaupun pada mulanya sukar. Syukur berkat mamanya disisi,dia berasa selamat,selesa dan akhirnya dapat terlena semula setelah belakang tubuhnya ditepuk-tepuk perlahan serupa bayi. Bagi Puan Sri Henny,puteri bongsunya itu tetap seperti anak kecil walaupun sebenarnya sudah dewasa. Amanda masih perlukan perhatian dan kasih sayangnya lebih-lebih lagi kerana Amanda banyak terluka selama ini. Amanda perlukan penawar dan tulang belakang sebagai sokongan dan pembakar semangat dalam Amanda menerusi onak duri hidupnya.

Everything have remedy except death.

-

"Assalamualaikum." kata Nayla memberi salam seraya mengetuk pintu kayu rumah itu beberapa kali.

"Waalaikumsalam." balas seseorang dari dalam rumah lalu menguak daun pintu rumah itu.

"Aunty,apa khabar?" tanya Nayla lalu menyalam tangan Puan Sri Henny. Rasanya sudah lama dia tidak bertemu mamanya Amanda. Kali terakhir pada Raya tahun lepas kalau dia tidak silap.

"Alhamdulillah,baik. Fikirkan siapa tadi,rupanya Nayla. Marilah masuk,Nayla." jawab Puan Sri Henny lalu menjemput Nayla masuk ke dalam rumah banglo itu. Nayla pula melangkah masuk ke dalam rumah itu setelah dipelawa masuk.

"Duduklah,dulu. Aunty ambilkan jus ya." kata Puan Sri Henny lalu melangkah ke dapur. Nayla pula melabuhkan punggungnya di atas sofa empuk itu seraya memandang sekelilingnya cuba mencari figura Amanda.

Setelah mendapat berita tentang kejadian malam tadi daripada Raihan,dia terus datang ke sini. Mujur hari ini ialah Ahad,dia tidak bekerja. Boleh menyempatkan diri ke untuk menjenguk Amanda.

Puan Sri Henny kembali dengan menatang dua gelas jus untuk dirinya dan Nayla serta sepinggan biskut cip coklat untuk dihidang untuk Nayla.

"Jemput minum,Nayla. Jus orange je. Ini pun Minute Maid Pulpy je." pelawa Puan Sri Henny seraya menyuakan gelas itu di hadapan Nayla.

"Tak apa,aunty. Jus oren pun boleh,Nayla tak kisah. Janji sedap." balas Nayla lalu meneguk sedikit jus oren itu lalu diletakkan semula di atas meja.

"Nayla datang nak tengok Jihan ke?" tanya Puan Sri Henny. Nayla mengangguk mengiakan.

"Ya,aunty. Saya dapat tahu tentang hal malam tadi dari Raihan. Tulah saya nak tengok keadaan dia." balas Nayla. Puan Sri Henny mengangguk faham.

"Pergilah tengok dia. Bolehlah teman dia berbual sekejap. Dari pagi tadi dia tak keluar bilik. Sarapan pun aunty paksa baru nak makan. Risau aunty dibuatnya." ujar Puan Sri Henny. Nayla menghela nafas pendek lalu berdiri dari tempat duduknya.

"Kalau macam tu saya tengok dia dulu. Saya pun ada something nak cerita dengan dia." balas Nayla lalu melangkah menaiki tangga rumah itu menuju ke bilik Amanda.

-

"Jihan..." panggil Nayla perlahan seraya menjengulkan kepalanya di muka pintu. Dia dapat melihat Amanda duduk di birai katil sambil menghadap ke arah balkoni biliknya.

Nayla melangkah masuk ke dalam bilik Amanda lalu menutup rapat daun pintu itu. Sejurus itu,dia mengatur langkahnya untuk menghampiri Amanda.

"Kenapa kau tak beritahu aku,Nayla? Kenapa kau tak jujur dengan aku?" tanya Amanda dua tubi tanpa memandang wajah sahabatnya itu.

Nayla mula dihimpit rasa bersalah. Dia dapat jangkakan semua ini pasti bakal berlaku dan akan tiba di mana Amanda mengetahui tentang kaitan dirinya dengan Maisara serta Anisya.

"Aku minta maaf. Aku tak berniat pun nak sembunyikan." balas Nayla. Amanda berjeda seketika. Suasana sunyi diantara mereka.

"Habis tu? Apa alasan kau sebenarnya? Aku akan dengar alasan kau sebab kau kawan aku." balas Amanda pula. Jika dengan Nayla,dia masih boleh mengalah.

"Aku tak nak kau benci Anisya. Sebab dulu kau pernah terpanggil dia anak haram. Anisya tak salah. Dan aku tak nak kau bersangka buruk dengan aku sebab Maisara cousin aku." jujur Nayla. Tubir matanya terasa hangat saat ini.

"Sampai hati kau. Tak mungkin aku akan bencikan kau. Kau adalah diri kau. Takkan aku nak samakan dengan Sara? Pasal Anisya,aku tak mungkin nak bencikan dia. Sebab aku tahu,yang mungkin bersalah dulu parents dia tapi bukan dia. Kau fikir aku jahat sangat ke?" kata Amanda lalu berdiri merapati Nayla yang tercegat di bucu katil. Terus Nayla memeluk tubuh Amanda dengan eratnya.

"Aku tak nak friendship kita musnah disebabkan tu. Itu je." balas Nayla. Amanda perlahan-lahan membalas pelukan Nayla.

"Dan aku pun takkan sebodoh untuk merosakkan persahabatan kita dengan benda remeh." ujar Amanda. Memang dia sudah berjanji pada dirinya,dia akan sentiasa berusaha mempertahankan persahabatannya. Mustahil tiada perselisihan faham, antara mereka berlima tapi seperti yang sudah dipegang dalam dirinya dia akan melindungi persahabatannya. Jika hari itu tiba,biarlah sahabatnya meninggalkan dirinya kerana kekurangan dirinya tetapi bukan dia yang meninggalkan mereka.

-

Nayla menghenyakkan punggungnya di atas sofa seraya menghelakan nafas panjang dan senyuman kecil. Dia memejamkan matanya seketika. Lega rasanya kerana Amanda tidak membenci dirinya dan bersikap matang serta profesional yang tidak mencampur aduk tentang hal peribadi dengan persahabatan mereka.

Tiba-tiba telefon pintar Nayla berdering meminta untuk diangkat daripada dalam beg tangannya. Dia kembali duduk tegak lalu mengambil telefon pintarnya. Tertera nama Maisara pada skrin telefonnya. Tanpa membuang masa,Nayla terus menjawab panggilan itu.

"Assalamualaikum,Nayla."

"Waalaikumsalam,Sara."

"Maaf andai saya macam pentingkan diri sendiri. Sebenarnya saya nak minta tolong awak jumpakan saya dengan Amanda secepat mungkin boleh? Saya teringin nak jumpa dia. Hanya antara saya dan dia."

"Saya tak tahulah,Sara. Saya bukan tak nak tolong,tapi awak fahamkan macam mana kondisi Amanda sekarang. Dia masih takut untuk keluar rumah. Dia masih dalam keadaan shock. Tadi je saya yang jenguk dia kat rumah parents dia. Itu pun dalam bilik je."

"Ya,saya tahu. Tapi hati saya tak tenteram selagi tak jumpa dia. Saya tak sedap hati."

"Maaf,Sara. I really can't help you this time. Amanda perlukan masa dan rehat. Kalau semua dah okey,baru awak jumpa dia. Saya tak nak Amanda makin terasa terganggu bila jumpa awak. Saya nak solat Asar dulu. Assalamualaikum."

"Baiklah,waalaikumsalam."

Nayla memicit pelipisnya. Terasa berserabut pula kepala otaknya. Dua-dua orang yang penting dalam hidupnya. Maisara sepupu,Amanda sahabat. Namun,walau apapun yang terjadi Amanda sentiasa menjadi keutamaan. Berdasarkan luahan Amanda,dia bukan sahaja masih terkejut kerana hampir kali kedua menjadi mangsa rogol tetapi yang membebankan fikirannya adalah Aariz yang menyelamatkan dirinya. Semua itu membuat Amanda menjadi stres. Dan sebagai sahabat,dia perlu memberi sokongan kepada Amanda. Bukan membuat Amanda semakin tertekan.





BERSAMBUNG...

Macam mana eh nak cakap,tapi kebanyakan awak semua memang benci watak Aariz eh? 😅

Begini,watak Aariz ni ikutkan baik,cuma dia jadi jahat sebab tinggalkan Amanda. Tak sangka sebab tu ramai benci Aariz😂

Continue Reading

You'll Also Like

425K 16.1K 39
Sequel dari AisyaYasmina Ali telah kehilangan segala-galanya sejak kecil. Kehilangan orang tuanya meninggalkan luka yang sukar untuk sembuh. Namun, t...
275K 10.5K 40
#Novel Of The Year Besties Awards 2018 #Romance Novaestar Awards 2017 #Shortlist The Wattys Awards 2018 #Nominate In The Wattys Awards 2019 #Particip...
422K 14.6K 94
Cover by :: @HeyL_AryaN Pencapaian :: >Perfect Storyline_ White Arlyz Award >Classic Romance Winner (Alleged Happines) _ Best Book Award (BBA) >Rom...
100K 2K 23
Disebabkan kecewa gadis idaman dimiliki oleh si abang tiri sendiri, tubuh sahabat menjadi korban. Amsyar melafazkan akad nikah buat Diandra bukan ker...