ถถา๕ษ็ว๘

LOST IN LOVE

By pinkguinsoo__

637K 19.4K 918

ROMANCE OF THE YEAR (THE ICE AWARD 2019) First Romance Novel by @pinkguinsoo__ "Jadi kita berpisah buat semen... More

Prolog ๐ŸŒŸ
BAB 1 ๐ŸŒŸ
BAB 2๐ŸŒŸ
BAB 3๐ŸŒŸ
BAB 4๐ŸŒŸ
BAB 5๐ŸŒŸ
BAB 6๐ŸŒŸ
BAB 7๐ŸŒŸ
BAB 8๐ŸŒŸ
BAB 9๐ŸŒŸ
BAB 10๐ŸŒŸ
BAB 11๐ŸŒŸ
BAB 12๐ŸŒŸ
BAB 13๐ŸŒŸ
BAB 14๐ŸŒŸ
BAB 15๐ŸŒŸ
BAB 16๐ŸŒŸ
BAB 17๐ŸŒŸ
BAB 18๐ŸŒŸ
BAB 19๐ŸŒŸ
BAB 20๐ŸŒŸ
BAB 21๐ŸŒŸ
BAB 22โญ
BAB 23๐ŸŒŸ
BAB 24๐ŸŒŸ
BAB 25๐ŸŒŸ
BAB 26๐ŸŒŸ
BAB 27๐ŸŒŸ
BAB 28๐ŸŒŸ
BAB 29๐ŸŒŸ
BAB 30๐ŸŒŸ
BAB 31๐ŸŒŸ
BAB 32๐ŸŒŸ
BAB 33๐ŸŒŸ
BAB 34๐ŸŒŸ
BAB 35๐ŸŒŸ
BAB 36๐ŸŒŸ
BAB 37๐ŸŒŸ
BAB 38๐ŸŒŸ
BAB 40๐ŸŒŸ
BAB 41๐ŸŒŸ
BAB 42๐ŸŒŸ
BAB 43โญ
BAB 44โญ
BAB 45๐ŸŒŸ
BAB 46๐ŸŒŸ
BAB 47๐ŸŒŸ
BAB 48๐ŸŒŸ
BAB 49๐ŸŒŸ
BAB 50๐ŸŒŸ
BAB 51๐ŸŒŸ
BAB 52๐ŸŒŸ
BAB 53๐ŸŒŸ
BAB 54๐ŸŒŸ
BAB 55๐ŸŒŸ
BAB 56๐ŸŒŸ
BAB 57๐ŸŒŸ
BAB 58๐ŸŒŸ
BAB 59๐ŸŒŸ
BAB 60๐ŸŒŸ
BAB 61๐ŸŒŸ
BAB 62๐ŸŒŸ
BAB 63๐ŸŒŸ
BAB 64๐ŸŒŸ
BAB 65๐ŸŒŸ
BAB 66๐ŸŒŸ
BAB 67๐ŸŒŸ
BAB 68๐ŸŒŸ
BAB 69๐ŸŒŸ
BAB 70๐ŸŒŸ
BAB 71๐ŸŒŸ
BAB 72 ๐ŸŒŸ
ทกฑ่พฑฑ๔ดวฒต๐ŸŒŸ
REVIEW & FEEDBACK
New Novel ๐ŸŒˆ

BAB 39๐ŸŒŸ

8K 241 18
By pinkguinsoo__

Dengan sekali lafaz,Nayla Zahira sah menjadi isteri kepada jejaka idamannya,Raihan Azizi. Kini tibalah walimatulurus ataupun majlis persandingan kepada raja sehari ini. Bunyi paluan kompang juga sudah bergema di serata ruangan dewan ini mengiringi langkah masuknya Raihan menuju ke pelaminnya. Amanda pula sebagai pengapit Nayla juga sudah bersedia menutupi wajah Nayla menggunakan kipas yang berada di tangannya.

Usai pertunjukan silat,Raihan melanjutkan langkahnya hingga naik ke pelamin. Pada waktu itu juga,Amanda agak terkejut. Dia tidak percaya apa yang dilihatnya saat ini.

"Nayla,kenapa kau tak beritahu aku dia jadi pengapit Raihan?" bisik Amanda pada telinga Nayla dengan membongkokkan sedikit tubuhnya.

"Maaf,babe. Aku pun baru tahu dua hari lepas. Aku tak nak beritahu kau sebab takut kau cancel nak jadi pengapit aku." balas Nayla dengan wajahnya yang masih menghadap ke hadapan ke arah para tetamu.

Amanda mendengus kecil. Sejak saat pernikahan Nayla dan Raihan lagi dia cuba mengelakkan diri daripada Aariz,akhirnya tanpa diduga akhirnya terpaksa dia bertemu dengan Aariz lagi. Bukan apa,dia tidak mahu sakit lagi. Cukuplah apa yang dilaluinya selama ini.

Amanda curi-curi memandang ke arah Aariz yang sedang mengipas Raihan itu. Aariz yang perasan akan pandangan itu lantas membalas. Terus Amanda melarikan pandangan matanya ke arah lain. Kantoi pula tengah menjeling duda anak satu itu. Namun tidak dengan Aariz. Dia masih memandang anak mata Amanda yang membuat gadis itu tidak keruan. Dia yakin dia pernah melihat sepasang mata yang cantik ini dan suatu peristiwa berlegar kembali dalam ingatannya.

"Afwan,haza laki?"

"Na'am. Syukran.

"Qalat tilkan maraah."

Aariz tersenyum apabila teringat peristiwa itu. Nampaknya penungguannya yang bertunggu-bertangga tidak sia-sia sebenarnya kerana dia betul-betul telah menemui Amanda. Cuma kerana separuh wajah Amanda saat itu ditutupi oleh purdah,jadi dia tidak dapat mengecam wajah Amanda. Dari lunak suara hari itu juga,memang sah itu suara Amanda.

"Weh,kau yang sanding aku yang gemuruh kat atas ni." adu Amanda sekali lagi berbisik pada Nayla.

"Aduhai,kenapa pula? Yang sanding aku. Bukan kau dengan Aariz." balas Nayla yang juga dengan nada berbisik. Risau didengar oleh Aariz pula nanti.

"Kau cuba tengok ke sana sikit. Aku bukan nak jadi perempuan perasan tapi dia memang tengok kat akulah. Takkan dia berdendam dengan aku?" bisik Amanda lagi. Dia risau juga apabila Aariz merenungnya seperti itu. Mana tahu ada niat tidak baik.

Usai itu,Nayla menyenggol Raihan yang duduk di sebelahnya.

"Pesan dekat pengapit awak tu. Jangan tenung anak dara orang sangat. Tak malu ke." bisik Nayla pula pada Raihan.

"Amboi! Sweetnya pengantin kita ni! Siap main bisik-bisik manja lagi!" kata pengacara majlis. Riuh satu dewan dibuatnya. Nayla dan Raihan sempat tersipu malu. Ini Amanda dan Aariz punya pasal. Bukannya tetamu di bawah tahu apa-apa. Sudah difikirnya mereka berdua sedang ber 'sweet'.

"Hoi,tak payahlah tenung anak dara orang. Buat zina mata pula. Kan balik rumah teringat-ingat jadi zina hati." tegur Raihan dengan selambanya. Mahu pecah ketawa Nayla dibuatnya. Padan muka Aariz kena tegur sedas daripada Raihan.

-

Sementara pasangan raja sehari sedang sibuk bergambar,Amanda sebagai pengapit rehat seketika untuk merehatkan tubuhnya sektika. Lagipun dia ingin mengelakkan diri daripada Aariz. Tidak betah dia berlama-lama di situ.

"Weh,kenapa Aariz tiba-tiba jadi pengapit? Korang berpakat ke macam mana ni? Terkejut aku dibuatnya." tanya Adilla yang duduk di sebelah Amanda.

"Kalau aku jangan kata terkejut,rasa macam nak cabut heels ni lepas tu baling kat dia. Hah,mendapat setepek tapak kasut aku." sampuk Aireen pula. Sememangnya api kemarahannya pasti akan menyala setiap kali melihat kelibat Aariz. Dia masih simpan perasaan sakit hati terhadap Aariz lagi walaupun Amanda sudah memaafkan lelaki itu.

"Ish,kau ni. Tak baik tau macam tu nak baling-baling orang bagai. Kalau ada orang rakam lepas tu viral macam mana? Tak ke kau mendapat malu." balas Amanda bagi menenangkan Aireen.

"Weh,aku tanya ni. Kau dengan Aariz memang pakat ke nak jadi pengapit?!" tanya Adilla lagi dengan nada geram apabila soalannya tidak mendapat sebarang jawapan.

"Memang taklah aku nak berpakat. Kalau aku tahu dia jadi pengapit Raihan,memang aku tolaklah offer jadi pengapit Nayla ni. Tak sanggup aku nak berhadapan dengan dia. Balik-balik hati aku yang sakit nanti. Aku juga yang menangis sendiri nanti akhirnya." jawab Amanda.

"Itulah,apalah nasib kau ni. Asyik terjumpa je dengan bekas tunang. Jodoh korang kuat tak sebenarnya?" celah Ellyza pula. Terus bertaut kedua kening Amanda. Memang tidaklah apa yang dikatakan Ellyza itu.

"Ini lagi satu. Boleh cakap macam tu pula."

"Ya tak ya eh. Lagipun kan,biasanya yang jadi pengapit ni kadang ada jodoh tau. Entah-entah memang jodoh kau dengan dia tak?" sokong Adilla pula. Kali ini Amanda menggeleng laju.

"Ish,entahlah. Tak nak aku fikir macam-macam lagi. Yang penting,aku berharap sangat doa aku masa kat Makkah Allah akan makbulkan satu-persatu. Aamiin." ujar Amanda. Yang lain juga turut mengaminkan.

"Antaranya apa je doa kau tu?" tanya Aireen yang musykil ingin tahu.

"Minta lelaki yang terbaik boleh jadi imam aku." jawab Amanda dengan senyuman.

"Insya-allah,Jihan. Allah tu Maha Mengetahui. Allah pasti tahu apa yang terbaik untuk hamba dia. Especially, buat hamba dia yang solehah. Cuma apa yang penting kita usaha. Sebab Allah pun takkan tolong hamba dia yang tak usaha dan kerjanya asyik nak tawakal je." nyata Ellyza. Yang lain pula mengangguk setuju sebagai balasan.

Pada masa yang sama,mereka perasan Aariz melangkah menuju ke meja mereka. Amanda mula gelabah. Lebih-lebih lagi mata Aariz memandang tepat pada Amanda. Memang panas punggung dibuatnya.

"Babes,aku pergi tandas dululah. Kau pandai-pandailah tolong cover kan aku kalau dia cari aku." pesan Amanda yang berura-ura hendak pergi itu.

"Perasannya kau. Macam confirm je dia cari kau." usik Aireen lagi. Amanda mengetap giginya rapat. Geram melihat Aireen.

"Kan aku kata kalau." balas Amanda dengan menekankan perkataan 'kalau' lalu meneruskan niatnya ingin melarikan diri ke tandas. 










BERSAMBUNG...

Continue Reading

You'll Also Like

1.5M 63.6K 58
" It hurts when you try to make things right, and all that they can see in you is wrong. " - Arisya Delina Hidupnya hanya dihambakan pada kerja. Diab...
38.4K 2.4K 55
๐Ÿธnd ๐š„๐™ฝ๐™ณ๐™ด๐š ๐™ฑ๐™ด๐™ป๐™ป๐™ด ๐š‚๐™ด๐š๐™ธ๐™ด๐š‚ ๊•ฅ ๐™ธ๐š‰๐™ฐ๐š๐™ฐ ๐™ฐ๐™ธ๐š๐™ธ๐™ฝ 100% mine "I want you to become my housemate." "Aku setuju." Titik pertemuan antar...
536K 19.4K 80
ใ€Ž แด‹แด€ส€สแด€ แด˜แด‡ส€แด›แด€แดแด€ ส™ส า“สŸแดแดกแด‡ส€แดขแด‡แดœs ใ€ sแด›แด€แด›แดœs : complete แด„แดแด แด‡ส€ ส™ส ; @Aizack_Mesle โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ” Pertemuan yang terjadi telah meruntuhkan dinding kekuatan...
701K 24.5K 61
"Kau buat hidup aku tak tenang.Aku benci kau." Tengku Izzat Azrif Kerana pertolongan kecil, dia dah memegang title suami segera pada waktu muda. "Wal...