"Thank you for your hardwork guys! And, thank you to 6G for help us. Rasanya saya nak hantar diorang ke bilik kuarantin" Tuan Aidil tersenyum bangga kearah 6G.
"No problem. Tuan pun patutnya berterima kasih dengan Shah dan ikan-"
"Jangan panggil aku ikan" Ethan menyampuk dengan suara mendatar. Sakit tho kena panggil ikan. Ada ke ikan semacho dia di dalam air laut?
Jawapannya, TETT!
Salah, ikan Mandarin lagi lawa dari dia.
Opps, macho.
Tuan Aidil tersenyum melihat mereka yang sedang galak mengusik Ethan. Kebiasaannya, anak-anak perempuan yang berada di bawah jagaan gerun dengan sifat Ethan.
Dingin, sombong, dan pendiam.
Tapi, untuk pertama kalinya! 6G ialah perempuan pertama yang berani mengusik sang penguat hati beku.
"Jadi, tuan nak suruh kami buat apa lagi?" soal Sarra, memandang wajah Tuan Aidil yang tersenyum sendiri. Dari rambut hingga ke halkum. Salahkan Eva sebab ajar diorang suka lelaki berambut stylo macam Tuan Aidil.
"Saya nak kamu siasat tentang kumpulan-ermm, apa nama kumpulan tu?" soal Tuan Aidil, sambil tersengih lalu menguis belakang tengkuknya.
"The Error Dog tuan, Error Dog. Kalau senang, TED. Kalau nak mengecam, panggil anjing rosak" Athiyah menjawab dengan riak wajah selamba. Perempuan memang tak akan lepaskan peluang untuk mengecam.
Kecam itu harus dalam diri makcik bawang muda era kini.
"Okey, okey. Amy, Adam, saya nak kamu siasat tentang kumpulan ni. Datang dari mana, organisasi apa. Faham?" arah Tuan Aidil, memandang wajah Amy dan Adam silih berganti.
"Ukeee"
"Okey bossku!"
"Ewah Adam, kamu dah pandai ber-bossku-an dengan saya ek?" Tuan Aidil mengusik sambil merosakkan rambut Adam. Rasanya lelaki ni baru je letak pomade sebab nak keraskan rambut dia dalam kereta tadi.
Arden, Dhafiq dan Xavier tertunduk di luar pejabat Tuan Aidil. Mereka hanya mampu mendengar mereka bergurau senda, sementara aura hitam menusuk kalbu mereka.
Salahkan mulut becok sendiri sebab suka nilai orang dari luaran. Dasar lelaki.
"Tuan jangan terlalu berkeras dengan diorang ek. Rasanya diorang baru nak rasa penyesalan dari kami"
Tiba-tiba, mereka bertiga terdengar satu ucapan yang menarik mengenai mereka dari dalam pejabat. Suara siapa ni ek? Suara macam lelaki, tapi serak basah tu pasti suara perempuan.
"Eh kau, protect nampak. Kalau aku, memang nak congkel biji mata diorang lepastu rebus!"
Okey, itu meremang. Next!
"Kadang-kadang aku kesian dengan diorang. Kenapa boleh percaya benda prank tu?"
Oh, itu sakit. Next!
"Diorang buat hal lagi, memang aku tak lepaskan pisau dari leher"
Ngeri, next!
"Dahlah, kita maafkan diorang keyh. Bukan selalu nampak diorang tiga akur. Antara kami berenam, memang dioranglah yang paling degil"
Haa, ni pasti si Shah! Caring dia tu limited edition memandangkan dia ada ciri-ciri lelaki idaman.
"Kau dah solat ke belum?"
"Oh, aku nak solat jap! Jam berapa sekarang?"
Pintu dikuak dan,
BUKK!
"Aduh,"
"Korang menghendap ke?"
Arden, Xavier dan Dhafiq memandang 6G, Ethan, Adam dan Tuan Aidil. Ahh, baru perasan diorang halang jalan Shah nak pergi solat.
"Sorry, sorry" mereka bertiga bangun dari jatuh lalu tersengih. Tuan Aidil hanya menggeleng sedikit. Tak jangka, lelaki depan mata dia ni sejenis manusia yang keras kepala macam arnab.
**※💎6 generations [S]💎※**
GH
"Welcome home!"
Arden, Adam, Xavier, dan Dhafiq ternganga. Lainlah Ethan dan Shah yang sememangnya kerap datang ke rumah agam 6G ketika itu.
"Ni rumah ke shopping mall? Besar gila!" jerit Dhafiq, tidak mampu menyembunyi perasaan takjub dengan kemewahan rumah 6G.
Tetapi, tengok sikit pun bukannya besar sangat. Its simple, but still gorgeous!
"Jadi Et, sini ke kau stay sepanjang kau merajuk dengan kami?" soal Arden, pelik melihat Ethan dan Shah yang bergerak normal di dalam rumah itu.
"Habis tu?"
"Ohh"
"Jadi, korang pernah pergi sini?" soal Adam, sibuk mengerli television 70 inci itu. Rasanya kalau tak puas tengok memang dia kena cepuk dengan 6G sendiri.
"Pernah. Plan untuk culik koranglah" jawab Shah dengan selamba. Lelaki itu tidak kekok mengenakan apron sambil menyinsing lengan bajunya. Dan, turut dibantu oleh Sarra di dapur.
"Dam" Amy memanggil.
"Ye?"
"Jom siapkan kerja. Nanti pandai-pandailah diorang urus rumah" kata Amy lalu masuk ke bilik IT.
"Okey!" sahut Adam, berlari anak bersama beg laptopnya untuk masuk ke bilik IT itu.
Setibanya dia masuk,
Terlopong jap.
Ni bukan mimpi kan?
Tiga buah PC jenama Apple iMAC itu tersusun kemas dalam satu meja yang panjang. Ketika itu, Adam berpaling dan terlihat,
"What the heck?!"
Adam ternganga sekali lagi. Kali ini lagi besar daripada tadi memandangkan dia sejenis manusia yang mempunyai personaliti kurang peka.
Haa sorry Adam, terkutuk.
"Macam mana kau dapat benda ni? Kau tau tak semua ni susah nak dapat?" Adam menyoal dengan pelbagai soalan bertubi-tubi. Setiap satu dibelek teruja.
"Jangan suka kau je pegang. Ingat murah ke barang tu?" Amy melarang lalu menyindir sikap Adam yang membuatnya sedikit risau.
Sikap teruja dia tu takut terpengaruh kepada malapetaka. Terutamanya melibatkan bilik kegemarannya itu.
"Okey, okey, jom kita start" Adam mengerli barang tersebut sebelum meneguk air liur sendiri. Ciss, ingatkan dia sorang je ada pekakas hacker, rupanya Amy lagi up dari dia.
Rak yang tersusun pelbagai barangan hacking memang menarik perhatian Adam sendiri. Gatal tangan nak pegang lagi.
Amy mencapai laptop Acer Aspire 5 daripada rak tersebut lalu menyimpan semula laptop Macbook Pro miliknya di kawasan asal.
Perghh, laptop Amy dah cecah 5 buah semata-mata bakat haramnya itu. Yes, haram. Sebab Amy pernah hack laman sesawang kementerian negara.
Kantoi tu pasti, tapi tak ada sesiapa tahu tu kerja Amy. Bertuah punya budak.
Sementara itu,
Shah tersenyum hambar. Rasanya bersalah sebab kurang bagi didikan dengan mereka.
Ethan memandang sayur sawi di sebelah kanan, manakala berpaling memandang sayur bayam di sebelah kiri. Terjungkit keningnya untuk seketika.
"Mana satu bayam?" soal Ethan, memandang Eva yang sedang memotong cendawan bulat di meja kaunter. Gadis itu berkerut sebelum matanya menangkap Shah di sebelahnya.
"Kau ajar dia apa kat rumah sana?" soal Eva, pelik.
"Selalunya tugas masak, aku yang jaga. Mungkin sebab tu kut diorang jarang masuk dapur" jawab Shah, menguis bawang merah dan putih yang telah dicincang halus.
"Weh ikan, sayur bayam kat tangan kiri kau" ujar Eva, sengaja tidak mengambil perhatian kearah Shah yang tersengih.
Kalau disuruh Ethan masuk dapur, rasanya perlukan masa 7/24 hari untuk siapkan.
Ethan mengangguk lalu memberikan sayur itu kepada Eva sebelum gadis itu terjungkit kening lagi.
Wajah Ethan ditatap lama sambil berkerut dahi. lelaki ni faham tak konsep sebenar memasak?
"Shah, kau pergi cuci sayur tu lastu bagi Amy"
"Okey"
Sarra memandang pasta Farfalle yang semakin mendidih. Dia kembali memotong dada ayam berbentuk dadu. * bukanlah bentuk dadu sangat. Jangan lurus bendul readers. HAHAHA *
Rasanya bahan-bahan untuk membuat Creamy Ravioli sudah sedia. Matanya melirik ruang tamu yang sunyi.
Diorang tau ke nak pasang television atau tak? Kenapa macam tanah kubur je dalam sana tu.
"Weh"
"Hah?"
Sarra menepuk dahi sendiri. Betullah diorang ni. Nampak sangat terkejut beruk bila tengok rumah sebesar ni. Padahal kaki persegi dia hampir sama dengan rumah kediaman diorang sendiri.
'Kadang-kadang aku macam nak bagi tabik hormat kat diorang' hati Sarra tergumam sendiri sambil menggeleng kepala.
"Korang dah selesai jelajah rumah ni?" sindir Sarra, sambil memeluk tubuh memandang Arden, Xavier dan Dhafiq silih berganti.
"Tak sanggup nak jelajah. Takut kami koma je tengok" jawab Dhafiq, terkedu dengan mulut ternganga.
Wah lalat, anda bertuah kerana saya menjumpai kediaman baru anda!
"Korang nak melepak? Turunlah bawah. Ada game jugak kat bawah" Sarra menunjukkan arah menuju ke ruangan bawah tanah, tempat tersembunyi favourite Athiyah.
Mereka mengikut, meredah jalan gelap yang disinari lampu kecil, dan
Mereka tiba.
Bagi diorang bernafas dulu. Nampak muka macam terkejut nak mati tu.
"Weh, kau seriuslah? Ni kan Acer Predator Thronos yang harga RM57,000 tu?" Xavier membelek harta itu dengan hati-hati.
Sebagai manusia yang menghayati jiwa gaming, Xavier dan Dhafiq tidak akan lepaskan peluang untuk mencuba.
"Taklah"
"Habis tu berapa?"
"RM56,999."
"Ckk, beza seringgit je"
Sarra hanya menggeleng lalu melontarkan pandangannya kearah tempat lain. Kaunter bar yang diduduki oleh Athiyah. Berseorangan diri.
"Wahh, aku nak cuba-"
"Kau jangan sentuh!"
Xavier dan Dhafiq tersentak lalu mencari suara nyaring itu. Gerun jugak bila tiba-tiba muncul hantu kepala dua ke situ.
Waniey dan Dayyan turun sambil memandang tepat kearah Xavier dan Dhafiq dengan tajam persis serigala yang lapar.
"Alaa, aku nak main" rengek Dhafiq, sambil menghentak kakinya dengan manja.
Upps, tidak tertarik. Harap maaf, sila cuba lagi.
"Aku lupa pulak nak bagitau. Tu sebenarnya harta diorang dua. So, kalau nak main minta izin sang pemilik. Okeylah, aku chaw dulu." Sarra menepuk bahu Xavier dan Dhafiq sambil tersenyum jahat.
"Aku tak kasi!"
"Pleaselah korang. Chance for life ni!"
"Tak boleh! Aku nak main"
"Ahh, bagilah kami main duluu"
Arden memekakkan telinganya, mengatur langkah menuju kearah Athiyah yang termenung seorang diri.
"Yo, buat apa?" sapa Arden, mengambil tempat duduk bersebelahan dengan Athiyah. Ehh, pembetulan. Dibelakang Athiyah.
Athiyah berpaling memandang Arden dengan sesuatu di tangannya. Wajah Arden sedikit cuak tetapi cuba ditutup dengan reaksi cool.
Nak jugak copy cat si Ethan.
"Kau nak apa?" soal Athiyah, berlalu pergi menuju ke gelanggang menembak. Pistol di tangannya dihalakan lurus ke target.
"Urm, aku saja datang. Tapi alang-alang dah berdua macam ni, aku nak mintak maaf sebab tumbuk kau" Arden bersuara, mendekati gelanggang menembak itu.
Cewah, ingatkan nak peluk perempuan taken tu. Kang ada jugak meletup jantung kena tembak.
" Oh, baru sekarang kau nak rasa menyesal? Hari-hari lain?" Athiyah tergelak sinis.
"Yelah, kan seminggu tu kau tak datang. Rumah pun aku tak tau"
"Oh, ye tak ye jugak. Aku lupa"
Krik-krik.
BANG!
BANG!
KREEK!
Athiyah berpaling, lalu mencebik memandang Arden yang masuk ke gelanggang. Mata jejaka itu tak habis-habis memerhati gerak geri Athiyah yang sedikit gementar.
Pembetulan, Athiyah cakap bukan gementar. Tapi bergegar. Dia suruh sensored supaya tak ada sesiapa nampak. Tapi author tak buat. HAHAHA
"Kau ni, bukan macam tu nak menembak musuhlah" Arden menghampiri lalu mendekatkan tubuhnya dengan tubuh Athiyah. Tangan kanan lelaki itu memegang lengan Athiyah yang lurus di hadapan manakala tangan kirinya menggenggam tangan Athiyah yang ada pistol.
Yups, dia ajar macam mana nak menembak tepat.
"Okey, kepala jangan senget"
Kepala Athiyah yang senget itu diluruskan dengan tangan kanannya lalu kembali memegang lengan gadis itu.
Athiyah meneguk air liur. Situasinya sekarang, dia terlalu dekat dengan Arden sampai bau perfume Arden dia terhidu!
BANG!
Athiyah memandang papan tersebut lalu terbuntang besar.
Tepat tengah!
Walaupun dia pernah dapat, tapi menakjubkan! Dia dapat sasarkan dengan satu tembakan.
"See, you can do it!" Arden tersenyum lalu melepaskan pegangannya. Athiyah berpusing lalu tersenyum gembira. Alahai, sweet betul ni.
Attention Athiyah Nathrah, please jangan curang!
"Ehem-ehem"
Mereka berdua menoleh serentak.
"Sweet nampak" Waniey, Dayyan, Xavier dan Dhafiq tersenyum nakal sambil bersiul.
"Arden dah nakal, Arden dah nakal, Arden dah nakal, tiba-tiba dah nakal, tiba-tiba dah nakal, tiba-tiba dah nakal, tanduk nakal dah naik!" Xavier dan Dhafiq menyanyi 'Tiba-Tiba Ramadhan' sambil berjoget sendiri.
"Thiyah, fikir jugak tau alien marikh kau tu!" kali ini Waniey pula menyambung mengusik sambil tergelak jahat.
Yes, rakan-rakan mereka amat jahat sampai bersepakat nak sedekahkan satu penumbuk.
BUK!
BUK!
BUK!
BUK!
Kan dah kena.
**☆🌙🌙☆**
8:40pm
Arden sendawa sambil mengusap perutnya yang penuh. Makanan untuk makan malam kali ini memang terbaik!
Yelah, kan 6G dah tak menetap di rumah mereka, rindu tu memanglah tapi ego tu tinggi sangat.
"Esok korang sekolah?" Soal Adam, bermain dengan gelas kaca yang kosong.
Setiap wajah 6G dipandang silih berganti, dengan riak wajah simpati.
"Entah. Kenapa?"
"Taklah, korang dah banyak tolong kami-"
"Cupp, sejak bila kami tolong korang ni?" Waniey menyampuk sambil berkerut dahi, pelik.
Tadi tu bukannya bantuan, tapi balas dendam. Tak tu pun diorang tak tau?
"Yelah, yelah. Kami banyak menyusahkan korang. Sebagai balasan, kami nak belanja korang esok. Nak?" Xavier tersengih menampakkan lesung pipitnya.
Ahh, dimple!
"Aku taknak korang belanja kami di cafe" bantah Sarra, menonjolkan riak wajah serius.
DEXSAA masih menunggu jawapan mereka.
"Kami nak ke funfair"
Allahu, tu je?
Huh, kacang kuning lah, petik je jari dan,
BOOM!
Sampai.
"Deal, lepas sekolah. Jumpa korang di funfair tau. Jangan lambat" Shah setuju diikuti anggukan daripada rakan-rakannya.
"Aku fikir diorang nak bawak kita shopping tadi" bisik Xavier perlahan, kearah Dhafiq. Memang tabiklah jadi jimat jugak duit belanja diorang.
•
•
•
•
•
•
•
•
•
•