"Tepuk amai- amai belalang kupu kupu. Tepuk adik pandai emak--"
"Astaughfirullahalazim... Kal. Dah 27 kali aku suruh kau diam." Hafie meraup mukanya.
"Suka hati aku lah. Kerja aku dah habis."
Ya. Mereka sekarang di markas mereka.
"Kerja kau dah habis , masalahnya kitorang punya belum lah , syaitan."
Jap jap. Kerja apa dorang buat?
Hehe rahsiaaa~~
Haikal: Cakap je lah yang kau tak ada idea
Waina: Hehe...
"Aku bosan kut. Lama lagi ke korang nak habis?"
"Kitorang dah nak habis. Si Adam tu ha. Kerja dia berlambak." Balas Amran.
"Kutuk aku ke?" Suara datar dari arah pintu menyentakkan mereka.
"Ehh Adam.. Tak lah. Takkan lah kita nak ngutuk kau."
"Haikal. Aku kenal kau dah berapa tahun wei. Bila nak ubah perangai munafik kau tu?" Ujar Adam selamba.
"Tahun depan?"
"Dah lah. Malas aku layan kau." Adam memusingkan matanya.
"Yang kau ni kenapa datang sini , Dam?"
"Jom balik."
"Aik? Tak pernah pernah kau nak balik awal. Selalunya jam 3-4 pagi baru balik." Sambung Amran lagi.
"Aku tak nak tinggalkan Aqilah sorang sorang kat rumah. Bahaya. Korang tak nak balik awal ke?"
"Eh eh nak wei nak! Siapa tak nak?"
"Dah tu? Jom lah."
Selesai menutup suis komputer , mereka berempat menuju ke kereta masing masing.
Bunyi deruman kereta kedengaran di sepanjang jalan raya.
✴✴✴✴✴✴✴✴✴✴
"Awal awak balik?" Kata Aqilah sebaik sahaja Adam memasuki bilik mereka.
"Habistu? Kan aku dah janji tak balik lambat dah."
"Tapi kerja awak?"
"Aku pergi sana buat kerja sejam je. Yang sampai 3-4 pagi tu kalau ada musuh datang serang ataupun ada mesyuarat. Tak pun aku berlatih."
"Mesti awak penat kan?"
"Memang penat. Tapi lepas tengok muka kau terus tak jadi penat."
"Ceh. Ayat cliché! Cringeee!!"
"Cringe cringe ni juga yang kau suka kan?"
"Hehe.. Awak dah makan ke belum?"
"Belum."
"Nak makan tak? Saya masakkan."
"Kau tak makan lagi ke?"
"Belum."
"Kenapa tak makan?"
"Malas."
"Makan pun malas? Sebelum ni 24 jam makan je kerja. Tu tengok. Pipi ni dah macam pau dah." Adam mencubit kedua belah pipi Aqilah.
"Ehh pipi jangan main eh. Sensitif tau."
"Biarlah. Aku punya juga."
"Suka hati tok moyang nenek awak je claim pipi ni awak punya. Takde pun cop awak tau!"
Cup
"Sekarang dah ada cop." Adam tersenyum sinis.
"Ei malas lah layan awak! Baik saya masak!" Aqilah terus keluar dari bilik.
Beberapa langkah menjauhi bilik , kedengaran Adam melaung.
"Kalau cair tu cakap la sayang!!"
"Awak diam sebelum saya humban awak!!"
"WOI BABUN DIAM LAH!! KITORANG TENGAH MAIN GAME NI!!"
✴✴✴✴✴✴✴✴✴✴
Selesai mengisi perut , Aqilah dan Adam naik semula ke bilik.
"Awak."
"Hurm?"
"Ada apa apa maklumat tentang Raini?"
Adam diam. Tetapi tangan dipanjangkan mencapai telefon pintar.
Satu mesej dihantar pada yang lain.
"Kita semua bincang dekat ruang bawah tanah. Jom."
"Tenpat tu lagi? Gelap kot.."
"Kau takut gelap ke apa?"
"Sikit."
"Dah. Jom. Aku ada kan."
Adam menarik tangan Aqilah keruangan bawah tanah.
Selesai melepasi kawalan sekuriti , mereka masuk kedalam.
Kelihatan Hafie , Amran dan Haikal sedang duduk di hadapan sebuah meja.
"Kenapa kau panggil kitorang datang sini?" Soal Hafie.
"Kes Aqilah." Jawab Adam pendek.
"Ada apa apa maklumat pasal Raini?" Soal Adam.
"Buat masa ni dia menghilangkan diri. Tak dapat jejak." Balas Amran.
"Aqilah , Raini ada kacau kau lagi?"
Aqilah menggeleng menjawab pertanyaan Adam.
"Tak. Dah lama dia tak muncul. Yang lain pun sama."
"Sebenarnya ada berapa orang kacau kau ni?" Soal Haikal.
"Urm.. The S.A , Nightmare Hoodie , Unknown Caller dengan The Psycho."
"The S.A tu dah mampos. Nightmare Hoodie tu Raini. Yang dua tu siapa?" Soal Hafie.
"Aku syak Unknown Caller tu salah satu keluarga aku. Dia berabis suruh aku jangan terima tawaran kahwin dengan Adam untuk dapatkan syarikat arwah papa. Persoalannya , macam mana dia tahu aku kena kahwin dengan Adam?"
"Yang sekor tu pula?"
"Itu lelaki gila muncul dari celah mana entah. Dia nakkan aku. Hampir dia bunuh aku."
"Maksud dia nakkan kau?"
"Lelaki tu nakkan Aqilah jadi isteri dia. Dia pernah telefon aku semata mata suruh aku ceraikan Aqilah unuk diri dia sendiri." Jawab Adam.
"Kenapa kau tak ikut je Adam? Aman sikit dunia."
Buk
"Mulut tu jangan celupar sangat eh Kal. Bini aku tu."
Haikal menggosok kepalanya yang baru diluku Adam. Bibir mengukir sengihan.
"Dah dah. Jangan gaduh. Sekarang ni nak buat apa?" Soal Aqilah.
"Cuba telefon The Psycho tu. Aku boleh hack telefon dia melalui telefon kau." Kata Amran.
"Tapi kalau dia tak angkat?"
"Dia cakap dia nakkan kau kan? Kalau kau telefon dia sendiri , mesti dia angkat punya." Balas Hafie.
"Urm okay."
Amran membuka komputer ribanya.
"Sambung wayar ni dekat telefon kau." Aqilah menyambut huluran Amran. Wayar itu disambungkan ke telefonnya.
"Sedia?"
Aqilah mengangguk.
Nombor yang selalu mengganggunya itu ditekan. Speaker dibuka.
"Hello sayang."
Panggilan Aqilah disambut. Amran mula menekan papan kekunci komputer ribanya.
"Kenapa sayang telefon. Rindu saya?"
"Kenapa kau selalu ganggu aku?"
"Aik? Sayang yang call saya."
"Aku telefon kau sebab aku nakkan jawapan. Siapa kau? Kenapa kau nakkan aku?"
"Aqilah , kau dah boleh tutup. Aku dah dapat." Bisik Amran perlahan.
"Sekejap." Balas Aqilah berbisik.
"Yana... Aku nakkan kau sebab aku cintakan kau! Aku sayangkan kau!!"
Suara lelaki iu mula berubah kasar.
"Kau gila."
"Ya! Memang aku gila! Aku gilakan kau! Tapi kau pilih si Adam bodoh tu!! Aku akan pastikan kau mati!! MATI!!!"
Muka Aqila memucat.
"Aku akan pastikan kau milik aku! Hidup atau tidak tubuh badan kau milik aku!!"
Adam tidak menunggu lama. Panggilan itu terus dimatikan.
Muka pucat Aqilah disorokkan dibalik bahunya.
"Kitorang tunggu kat atas." Hafie dan yang lain terus menuju ke atas. Tahu yang pasangan itu perlukan ruang.
"A-adam.. Dia gila.." Suara Aqilah perlahan berbicara.
"M-macam mana kalau dia ambil saya dari awak? Macam mana kalau dia bunuh saya?"
"Itu semua takkan terjadi. Aku janji. Aku akan jagakan sepenuh nyawa aku."
"Aqilah , Adam!! Korang kena tengok ni!!" Suara Amran melaung kedengaran.
Pintu dibuka dari luar.
"Lelaki gila tu.."
"Putera Syaqel Aizat. Bekan teman lelaki Aqilah dan.."
"Adik The S.A."
Dan serta merta , dunia Aqilah gelap.
✴✴✴✴✴✴✴✴✴✴
Sebaik sahaja Aqilah membuka matanya , kepalanya mula pening.
"Sayang dah bangun?"
Aqilah menoleh ketepi.
"Adam.. Kepala saya pening."
"Kau tak sedar dari semalam."
"Semalam?" Aqilah terus memandang jam.
8:30 pagi.
"Adam , hari ni kan Isnin! Sekolah!"
"Dah dah. Kau jangan mengada ngada nak pergi sekolah."
"Awak pula?"
"Aku jaga kau. Takkan aku nak biarkan kau sorang sorang kat rumah."
Aqilah hanya mengangguk.
"Baring sini." Adam menepuk pahanya.
"Huh?"
Adam tidak berkata apa apa. Kepala Aqilah dibaringkan di pahanya.
Tangan kasarnya mula bermain di sekitar kawasan dahi gadis itu.
"Kurang dah?"
Aqilah tersenyum tanda mengiyakan.
Mana nak cari husband macam ni woi😪 Dalam novel je jumpa😣😣😣
Aqilah menghembuskan nafas berat. Mata dipejam rapat.
Setitik mutiara jatuh dari mata.
"Don't cry , Miele."
"Saya takut. Nanti lelaki tu cari saya."
"Aqilah. Dia sentuh kau sejari pun , aku akan bunuh dia."
"Macam mana kalau dia bawa saya lari?"
"Aku kejar sampai dapat."
Mutiara Aqilah tidak tertahan lagi.
"Dah la. Jangan lah nangis. Sejak kau amnesia ni selalu nangis."
"Saya dah tak kuat macam dulu lagi."
"Kau masih kuat sayang. Kau masih kuat. Dah dah. Tak nak nangis. Tak comel."
Aqilah tersenyum kecil.
✴✴✴✴✴✴✴✴✴✴✴✴✴✴✴✴✴✴
1170 Words
Bahsgagsjqfwhwcahavaobabaa
Sincerely,
h_waina05