抖阴社区

6

39 7 2
                                    

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

.

.

.

"lifeline surgery."

Minchan mengerutkan dahinya. "hhuh?"

"lifeline surgery ni famous kat luar negara,terutama kalau pesakit itu dah kritikal. lifeline itu biasanya akan diimplan di pergelangan tangan, bersambung dengan lifeline pesakit."

"tak boleh ke kalau guna kaedah pendermaan jantung?"

"boleh. cuma ada beberapa faktor yang buatkan cara ini lebih sesuai berbanding pendermaan jantung."

.

Minchan merenung kosong adiknya yang terbaring dari luar wad. sedikit sebanyak timbul rasa takut dalam dirinya bila dah mendengarkan penjelasan doktor tadi.

Kalaulah adiknya dapat dirawat dengan cara pendermaan jantung, dia sendiri yang akan dermakan jantungnya. Tapi ada banyak komplikasi lain yang buatkan adiknya kurang sesuai dirawat dengan cara pendermaan.

nampaknya dia perlu mengambil kerja separuh masa untuk menampung kos rawatan adiknya. Tapi dia tak kisah, dia bertekad untuk bekerja keras untuk pastikan adiknya selamat dan dapat hidup seperti remaja lain yang seusia dengannya.

Semenjak adiknya disahkan menghidap penyakit itu, dia perasan yang adiknya jarang tersenyum dan ketawa. dia rindu melihat adiknya tersenyum, tertawa bermain dengan ceria dan gembira seperti sebelum ini.

"Haksaeng?"

Minchan menoleh ke arah sumber suara. "Oh Seonsaengnim.."
Minchan menunduk hormat bila tahu yang menyapanya tadi adalah pengetua sekolah.

"Apa yang haksaeng buat di sini?" tanyanya ramah.

"Saya lawat adik saya.."

"adik kamu sakit?"

Minchan mengangguk.

"teruk ke?" tanya pengetua Oh lagi. Kali ini Minchan tak menyahut. dia tunduk dan bermain dengan jarinya.

"kalau saya tawarkan untuk bantu kamu..kamu mahu? saya juga boleh tolong kamu bayarkan kos rawatan."

Minchan mengangkat wajahnya, memandang Pengetua Oh dengan raut wajah tak percaya.

"..Saya dengar dari guru kelas kamu, kamu merupakan pelajar terbaik, dan kamu juga salah seorang pelajar yang tersenarai dalam 10% pelajar terbaik kebangsaan. jadi saya nak tolong kamu." Ujarnya sambil mengukir senyuman.

Minchan tersenyum lega dan menunduk hormat beberapa kali. "Kamsahamnida Saem.."

"tapi, ada syarat yang wajib kamu tepati.."

Student's CodeTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang