抖阴社区

Stargazer 7

29 5 1
                                    

.

.

.

Sirius.
bintang paling terang yang dicatatkan dalam halaman astronomi.
Cahaya bintang Sirius dapat dilihat dari bumi pada waktu malam.

Mesti ada yang terfikir, adakah Kejora; Bintang dalam lembaran sastera klasik dan yang sering disebut oleh pujangga itu adalah Sirius?

jawapannya bukan.

Sirius adalah bintang, dan Kejora adalah nama lain bagi planet Zuhrah.

Bintang paling terang.. tapi sekiranya ia makhluk yang memiliki perasaan, adakah ia merasa sunyi?
Ia tak sama dengan Rigel ataupun Altair, dan tak seperti Pleiades si bintang 7 bersaudara.

Ia cuma salah satu dari jutaan bintang di kanvas gelap angkasa,
dan salah satu butir bintang dalam gugusan buruj yang terhubung di cakerawala.

dan satu saat nanti, ia akan perlahan-lahan berevolusi menjadi bintang kerdil, dan akhirnya memudar, meninggalkan sisa debuan nebula.

...

Matthew menghela nafas berat. lagi-lagi dia berhadapan dengan situasi yang sama.
"..Maaf, tapi nama saya Matthew. bukan Yongseung."

Hwanwoong mengambil masa beberapa saat untuk memproses ayatnya sebelum berdehem dan menunduk hormat.
"..ah tak.. saya yang patut minta maaf. saya silap orang. ermm..awak nak daftar jadi ahli ke?"

Matthew mengangguk. Hwanwoong mengambil borang dan memberikannya pada Matthew.
"..ermm"

"panggil Matthew je, and tak perlu formal sangat kot.." Matthew mengukir senyuman kecil.

"okay Matthew, kau isi je borang ni. jangan risau, aku tak minta personal information pun. cukup profil biasa je."

Matthew mengangguk dan mengisi borang tersebut. setelah selesai, dia menyerahkannya pada Hwanwoong.

"..kau nak tengok sekeliling studio ni? nanti taklah sesat ke apa." tawar Hwanwoong.

"boleh je. lagipun aku memang plan nak ronda studio pun."

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

"Hyung..hati-hatilah, meh aku tolong."

"ohmaigad Kangmin, aku boleh jalan lagi. yang kena tembak bahu bukan kaki." Gyehyeon berjalan perlahan diiring Kangmin, turun dari teksi dan menghampiri halaman rumah.

"No~!! kau tetap cedera tu. takpa aku jaga kau eh?"

"dua tiga hari nanti sembuh lah.. kau kan banyak assignment lagi? tak payahlah susah-susah." ujar Gyehyeon.

Kangmin menggeleng laju. "aku boleh buat sambil jaga kau."

"takyah la, susahkan kau jㅡ"

"okay fine, kali ni last . lepas ni pandai-pandailah kau jaga diri." Kangmin membuka pintu pagar rumah.

"apa pulak kau pandang aku macam tu? aku cakap macam tu bukan sebab aku merajuk, tapi sebab aku nak berdikari jugak. aku dah besar." Kangmin menoleh sekilas bila dia rasa dia diperhati.

Student's CodeTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang