..
.
Tok! tok! tok!
"kejap~ datang ni.." Yongseung yang berada di dapur bergegas ke ruang tamu untuk membuka pintu rumahnya yang diketuk berkali-kali.
cklek.
"Eoh? Kangmin?"
Kangmin yang berdiri tegak di hadapan rumahnya sambil membawa 2 beg itu tersengih.
"hai Yongseung hyung~"
Yongseung memandang Kangmin hairan.
"hai.""tak lama lagi exam. So aku stay dengan korang buat masa ni. Minchan hyung dah izinkan aku stay sini, and lagipun dia boleh tolong ajarkan aku apa yang patut." ujar Kangmin.
"...So, mana Minchan hyung?" Kangmin menjenguk ke dalam.
"Channie hyung~~ aku dah sampai.." Kangmin membawa kedua-dua begnya masuk ke dalam rumah, meninggalkan Yongseung yang terpinga-pinga di depan pintu."mwoya.. bukan ke selalu dia stay dekat rumah Gyehyeon hyung? mimpi apa stay dekat sini pulak kali ni? budak ni ada rancang apa-apa ke?" monolognya sendirian sebelum kembali ke biliknya.
.
.
.
.
"Chan hyung~" Kangmin mengetuk pintu bilik Minchan dan menjenguk ke dalam.
"eoh.. Kangmin ah. kau dah sampai." Minchan yang fokus mencoret sesuatu di meja belajarnya menoleh sebentar.
Kangmin menghampiri Minchan dan meletakkan begnya di samping meja.
"kenapa call aku tadi,hyung?"Minchan meletakkan pen yang dia pegang dan berpeluk tubuh memandang ke luar tingkap.
"..malam nanti aku bagitahu. kalau sekarang nanti Yongseung dengar pulak. sekarang aku nak tunjuk bilik kau dulu. oh ya, nanti kalau kau nak makan ke, turun je kat dapur. aku ada masak lauk lebih tadi." bisik Minchan dalam nada rendah.
"okay."
.
.
.
.
Yongseung mengeluh ringan sambil mengangkat buku berisi fakta sains yang selalu dibawanya.
suasana di dewan petang itu riuh dengan rungutan pelajar. Sebelum balik dari sekolah petang itu, pihak sekolah adakan perhimpunan sebelum perperiksaan berlangsung 2 hari lagi.
Suasana tiba-tiba senyap bila Pengetua Oh melangkah masuk dan menaiki podium dan berdehem, mengambil perhatian semua pelajar.
"selamat petang semua."
Semua pelajar menjawab ucapan itu serentak.
"saya rasa kamu tahu kenapa saya adakan perhimpunan petang ni. kamu semua akan menduduki perperiksaan 2 hari lagi." Pengetua itu menghentikan ayatnya, dan rungutan pelajar kedengaran tapi tak selantang sebelum ini.
Yongseung menatap sekeliling, dan dia dapat rasa ada sesuatu yang pelik.
Dia pandang wajah rakan-rakannya satu persatu.semua raut wajah rakan-rakan nya kosong, seolah-olah tiada perasaan.
"saya mahu semua pelajar berusaha sebaiknya, supaya keputusan kamu semua cemerlang. Mengenai penyebar rumor dan berita tak betul dalam kalangan kamu semua, adalah lebih baik kamu hentikan kalau taknak dikenakan tindakan." tegas Pengetua Oh.

ANDA SEDANG MEMBACA
Student's Code
FanfictionSolve the puzzle and you will be safe. Fail to solve it? face the consequences.