抖阴社区

10

25 5 8
                                    

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

.
.

.

Bunyi loceng yang kedengaran di seluruh bangunan sekolah, menandakan peralihan waktu subjek.
Suasana riuh seketika, ada pelajar yang berbual sesama sendiri dan ada yang bersedia untuk subjek seterusnya.

"Yeonho ah~, esok kalau Saem ada bagi nota atau bagitahu topik apa yang berkemungkinan keluar exam, kau salin tau, lepas tu bagi kat aku." pesan Yongseung.

Yeonho mengangguk laju. "ye tahu. ni dah masuk kali ke 5 kau pesan kat aku."

"takut kau lupa je."

Yeonho berdecit dan mengeluarkan buku untuk subjek seterusnya, mengabaikan Yongseung yang dari tadi asyik mengingatkannya tentang perkara yang sama.

Haechan yang berada di hadapan mereka membalikkan badannya ke belakang, menghadap Yeonho dan Yongseung.
"korang.. korang dengar tak rumor baru tu?"

"haih..tak habis-habis lagi ke? bunuh je lah semua orang kalau macam tu." Yeonho mengeluh berat.

"bukan lah pasal tu.. tapi, adalah kaitan sikit."

"ha.. apa dia?"

"kau tahu kenapa pelajar yang dapat ranking tertinggi selalu sakit lepas keputusan keluar? aku dengar sebab pelajar tercorot yang terkorban kat sekolah ni yang buat dorang sakit."

"kau ni.. tak baik lah. dorang dah lah terkorban kat sekolah ni, sekarang..kau cakap dorang punca ramai pelajar terbaik jatuh sakit." Han yang mendengar perbualan Haechan dari tadi menyampuk.

"bukan aku cakap, The Diviner yang bagitahu." jawab Haechan ringkas.

mendengar saja perkataan 'The Diviner' terlontar dari bibir Haechan, perhatian Yongseung automatik tertumpu pada perbualan itu.
"jap..kau cakap tadi 'The Diviner?' kau pernah jumpa dia? siapa dia?"

Haechan menggeleng. "tak ada pelajar lagi yang pernah jumpa atau tahu siapa The Diviner tu. boleh jadi kau, kau, dia ataupun sesiapa saja."

"dah tu? kau cakap tadi The Diviner bagitahu?"

"ada nota pelik yang dia lekatkan kat papan notis luar sana ha, ramai je yang dah baca. kau mesti tak baca en? tu yang tak tahu tu..."

"mungkin.. dorang masih ada kat sini.." Yeonho mengurut dagunya perlahan, tanda dia sedang berfikir.

suasana dalam kelas itu senyap beberapa saat sebelum kembali riuh, ada beberapa pelajar yang menjenguk keluar tingkap kelas.

namun, tak lama kemudian hampir kesemua pelajar dalam kelas itu menyerbu ke arah tingkap. Tak ketinggalan Han. Sebagai ketua kelas dia perlu kawal rakan-rakannya dari berbuat bising ataupun hilang kawalan macam sekarang.

"weh..siapa tu?!"

"ada yang jatuh bangunan lagi ke?"

"seriuslah siang hari buta ni?"

Student's CodeTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang