抖阴社区

11

28 6 2
                                    


.

.

.

"hh-hyung.. apa maksud perbualan kau dengan Pengetua tadi? aa-apa maksud kau.. lifeline surgery yang aku jalani tu..?"

Minchan memandang ke seluruh arah, berusaha mengelak dari bertembung mata dengan adiknya.

"hyung! aku tanya ni. apa maksud perbualan kau tadi?!"

"tak penting untuk kau ambil tahu hal tu, Yongseung."

"kenapa tak penting? aku dengar tadi, pengetua sebut pasal aku. kalau benda tu ada kaitan dengan aku, maksudnya benda tu penting untuk aku tahu!"

"kalau aku kata tak penting, maksudnya kau tak perlu tahu." bidas Minchan lagi. dia masih berusaha menutup rahsia yang dia simpan selama ini. Selagi Yongseung masih tak faham apa yang dia bualkan tadi, maksudnya rahsia dia masih selamat.

"..kau tak buat benda yang tak sepatutnya, semata-mata untuk aku kan?" Soal Yongseung. dia bukannya mudah ditipu. semua orang tahu dia juga bijak, sama seperti hyungnya.

"apapun yang aku buat, semuanya atas sebab aku nak kau selamat, kau boleh jalani hidup kau dengan baik. aku tak peduli, apapun caranya. aku hyung kau, apa yang aku mahu cuma kebahagiaan dan keselamatan kau." Minchan menggenggam buku limanya dan memandang wajah adiknya lama.

Yongseung menggeleng perlahan, tanda dia kecewa. dia menghulur roti yang dia beli tadi sebelum beredar dari situ tanpa berkata sepatahpun.

"..aku tahu kau kecewa. tapi tolonglah percaya, aku buat semua ni untuk kau, aku nak kau sihat. kalaulah boleh, biar aku yang tanggung sakit yang kau alami sekarang."

Minchan menarik nafas panjang, sebelum mencengkam dadanya. nafasnya menjadi tak teratur secara tiba-tiba dan indera pendengarannya berdengung, sebelum timbulnya bisikan-bisikan pelik.

"..pelajar terbaik? huh.."

"kau punca pelajar corot sekolah ni terkorban rupanya.."

"terbaik huh? kau pentingkan diri."

"kau memang tak diperlukan."

" kau terang-terang dah bersalah. kau pentingkan diri! "

"pelajar terbaik sekolah, kebanggaan sekolah..kau ingat kau buat semua ni untuk adik kau ke? kau buat untuk diri kau sendiri kan?!"

"KAU TAK TAHU, DIAMLAH!" dia menutup telinga dan memejamkan matanya rapat.

"aku..aku buat semua ni untuk adik aku.."

"aku tak buat untuk diri aku.."

"aku tak salah..aku cuma nak selamatkan adik aku.."

"aku taknak lebih, aku cuma nak adik aku selamat.."

Pandangannya mulai kabur, dan dia dapat rasakan ada hawa sejuk yang mulai menyelubungi badannya, seiring dengan bisikan yang masih mengganggunya, seolah menyalahkan nya atas terkorbannya pelajar yang mendapat kedudukan tercorot di sekolah itu.

"aku..aku tak bunuh dorang pun.. berhenti! diamlah! akuㅡ"
pandangannya gelap sepenuhnya, dan badannya perlahan terjatuh dari katil.

tak lama kemudian, kelopak matanya terbuka perlahan dan seringai sinis terukir di wajahnya, diiringi tawa halus.

.

.

.

.

.

.

.

.

Student's CodeTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang