抖阴社区

                                    

"aa-apa dia, Saem?"

"kamu kena kekalkan prestasi terbaik dalam akademik sampai kamu graduate, kekalkan reputasi sekolah sebagai salah satu sekolah terbaik."

Minchan mulai ragu, dia tak yakin yang dia dapat terus menjadi yang terbaik.

"kamu tak mahu? oh.. saya dengar adik kamu yang sakit tu pun boleh tahan cemerlang. kalau kamu tak mahuㅡ"

"Tak! saya setuju. cuma tolong..jangan bebankan adik saya. saya akan berusaha tunaikan syarat tu. " potong Minchan cepat.

"itu yang saya nak dengar.. jadi saat ini, kamu tak perlu risau pasal kos ataupun rawatan adik kamu. kamu cuma perlu fokus untuk kekalkan prestasi kamu, boleh?"

.
.
_______

"Minchannie~! kau menung apa tu?"
satu suara menghentikan lamunannya.

"eoh.. Hoyoung ah. takde.. aku cuma.. fikir pasal exam minggu depan." Ujarnya dalam nada lemah, sesekali dia mengurut dahinya.

Hoyoung mengangkat keningnya. "yeke? aku tahu la kau tipu. lau risaukan adik kau kan? ni.. kau cukup rehat ke tak ? dengan eyebag, mana mata macam panda je."

"aku okay..aku tidur lewat je.."

Hoyoung merenung lama wajah rakannya. "kau nak tipu siapa Minchan? aku tahu kau tak okay. kau macam takda tenaga je sekarang."

Minchan mendengus kasar dan mengusutkan rambutnya. "aku okay.. tak cukup rehat sikit je ni."

"yelah yelah. apa-apa je.. kalau kau rasa tak okay bagitahu aku." Hoyoung kembali ke tempat duduknya iaitu di hadapan Minchan bila kelibat guru matapelajaran mereka kelihatan sedang menghampiri kelas mereka.

Minchan menghela nafas berat. Dia belum sempat bersarapan pagi tadi sebab dia terlewat bangun, jadi sebab itu tenaganya kurang.

Hoyoung berpaling ke belakang semula, untuk berbual sebentar sementara guru mereka masih dalam perjalanan.

"Minㅡ YAH!!"

.

.

.

.

.

.

.

Dongheon, Yeonho, Yongseung dan Kangmin duduk di meja cafeteria yang semakin penuh dengan pelajar, memandangkan waktu rehat tiba.

"eh? mana Hoyoung hyung, Minchan hyung dengan Gyehyeon hyung?" tanya Yeonho. dia memerhati sekeliling, mencari kelibat mereka bertiga di antara pelajar yang berpusu-pusu mengambil makanan di cafeteria.

"belum keluar lagi lah.. kau ni macam tak biasa je." Dongheon menghirup air orennya. pandangannya jatuh pada Yongseung yang sedang menjamu selera.
"Yongseung.. kau ikut pertandingan tu..Minchan izinkan ke?"

"Uhmm.. dia dah izinkan. sebab tu aku boleh ikut. Aku janji yang aku boleh jaga diri." Yongseung mengangguk, dan dia tersenyum lebar.

"Hyung.. kau ikut tu nanti, macam mana dengan study? exam minggu depan." soal Kangmin sambil menyuapkan kepingan dried seaweed ke dalam mulutnya.

"oh, tak apa.. kan semua orang taknak dapat no 1 dengan nombor last. jadi mana yang mampu je lah."

"Minchan hyung je yang stabil aku tengok. keputusan dia fuh..perfect all kill, tapi dia sihat je. sedangkan yang lain boleh jatuh sakit. bawa pergi hospital, doktor cakap biasalah pelajar, stress dengan penat." Yeonho mengerutkan dahinya.

Student's CodeTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang