抖阴社区

                                    

"mungkin betul lah tu.. yang aku risau ni ha, pelajar yang dapat kedudukan terakhir. kalau tak jatuh bangunan, mesti ada hal lain jadi." Dongheon menyuarakan kebimbangannya, yelah dia Naib Presiden. mesti dia rasa bertanggungjawab atas pelajar semua.

suasana di meja mereka sunyi seketika, tiada perbualan di antara mereka.

"sorry guyss aku lambat~" Hoyoung datang menyapa mereka, memecahkan keheningan yang terbuku tadi.

"kenapa kau lambat?" tanya Dongheon.

"aku dari bilik rawatan, temankan Mㅡowwp.." Hoyoung menghentikan ayatnya serta merta bila dia hampir terlepas cakap. lagi-lagi bila semua fokus rakan-rakannya tertumpu pada dia.

"kenapa hyung? hyung temankan siapa?" soal Kangmin ingin tahu.

"ah lantak lah.. aku temankan Minchan. dia pitam kat kelas tadi."

"Chan hyung pitam? kenapa? dia okay tak sekarang?" Automatik Yongseung bangkit dari duduknya. Hoyoung tersenyum nipis dan menepuk bahu Yongseung perlahan, menyuruhnya bertenang.

"Dia dah okay. Gyehyeon ada je jaga dia kat bilik rawatan."

"ya tuhan.. kau suruh Gyehyeon hyung jaga, hyung? terbalik lah bilik rawatan tu nanti.." Yeonho meletakkan sudunya kembali ke dalam mangkuk.

"takpe.. aku pergi jumpa dia sekarang." Yongseung kembali berdiri dan beredar dari cafeteria.

.

.

.

.

Gyehyeon berpeluk tubuh sambil memandang Minchan yang masih  membelakanginya.
"makan lah. aku tahu kau dah bangun. tu Hoyoung hyung ada belikan roti dengan air. isi lah sikit perut tu jangan biar kosong."

"..aku okay." jawab Minchan datar.

"hek eleh dah terbaring macam tu masih ada hati nak act cakap okay. makan jelah, payah mana?"

"eih. kenapa kau kat sini kalau nak sakitkan hati aku? pergilah sana!"

"eh.. nasib baik kau hyung aku.. kalau ikut hati aku memang eii.." gumam Gyehyeon perlahan.

"kau bukannya faham.."

"aku tak faham apa? aku dah tahu apa yang kau rahsiakan. ha, kalau kau taknak makan sekarang, aku panggil adik kauㅡ"

"berapa kali aku cakap jangan babitkan adik aku?! kau nak marah aku, marah je, tapi jangan sesekali bawa adik aku dalam hal tu." Minchan bingkas bangun dan berpaling ke arah Gyehyeon. tangan sebelahnya masih memegang perutnya yang berbunyi dari tadi.

"..kenapa kau jadi macam ni..kau dah macam bukan hyung yang aku kenal dulu.."

Minchan mengetap giginya bila suara Gyehyeon kedengaran perlahan dan bergetar.

"..aku tak berubah pun. cuma sekarang, aku tengah berusaha untuk kebaikan adik aku, kau takkan faham sebab kau tak ada di tempat aku."

cklek.

"Hyung~!"

"eoh.. Yongseungiee.." Minchan mengubah riak wajahnya serta-merta bila pintu bilik rawatan terbuka, dan Yongseung melangkah masuk menghampirinya.

"kan?! aku dah agak. hyung ni. kenapa hyung tak makan ?!"

"hyung kau tu degil. ha, kau pujuklah hyung kau tu suruh dia makan. aku pujuk tadi dia taknak." Gyehyeon memberikan roti pada Yongseung.

Yongseung mengambil bungkusan roti itu, namun dia menangkap sesuatu terselit sekali dengan bungkusan itu.

sekeping lagi nota teka-teki.

dia cepat-cepat menyembunyikan kepingan kertas itu dan membukakan bungkusan roti tadi untuk Minchan

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

dia cepat-cepat menyembunyikan kepingan kertas itu dan membukakan bungkusan roti tadi untuk Minchan.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

TBC

Student's CodeTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang